Kredit foto: Instagram @hadi_mazlan & Facebook Hadi Idola Kecil 3

      

Biodata

1. Nama lengkapnya, Abdul Hadi bin Abdul Mazlan. Popular atau dikenali umum sebagai 'Hadi Mazlan' dan 'Hadi Idola Kecil'.

2. Kelahiran Kuala Lumpur pada 18 Februari 1999.

3. Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik.

4. Bekas penuntut Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras.

5. Pernah menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim ketiga yang bersiaran di saluran TV9.

6. Pernah merakamkan sebuah album mini yang memuatkan empat buah lagu dan satu minus one di bawah label Rumie Music Lab. Selain itu, beliau turut menghasilkan album single bersama KRU Production menerusi lagu 'Tujuh' hasil kolaborasi bersama penyanyi Haris, Puteri dan Angel.

7. Penglibatannya dalam bidang lakonan antaranya menerusi drama Sarjan Saji dan Elly & Epit.

8. Kini, dia yang sudah tidak lagi aktif dalam bidang hiburan, sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Syariah Islam di Kolej Islam As Sofa. Dalam pendedahan ibunya menerusi laman Facebook, kehidupan Hadi dikatakan sudah jauh berubah, malah minatnya lebih terarah kepada ilmu agama sejak pulang menunaikan umrah pada tahun 2014.

9. Pada 16 Jun 2019, beliau mendirikan rumah tangga dengan juara Idola Kecil musim kedua, Dayana Amerda yang pernah sama-sama berlakon dengannya dalam siri Elly & Epit. Mereka terlebih dahulu bertunang pada 11 November tahun lalu.

10. Difahamkan, selepas ini Hadi bakal terbang ke luar negara untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

       

Foto

biodata hadi mazlan kini suami penyanyi dayana amerda 2

biodata hadi mazlan kini suami penyanyi dayana amerda 3

biodata hadi mazlan kini suami penyanyi dayana amerda 4

biodata hadi mazlan kini suami penyanyi dayana amerda 5

biodata hadi mazlan kini suami penyanyi dayana amerda 6

biodata hadi mazlan kini suami penyanyi dayana amerda 7

Kredit foto: Instagram @hadi_mazlan, Facebook Hadi Idola Kecil 3 & Facebook Anggraini Agam DrAya

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. Blogspot Hadi Idola Kecil 3

3. MHE TV

4. Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)