Oleh pada 09 Mar 2018 kategori

rosyam noor fattah amin kl special force

1. Lakonan Datuk Rosyam Nor sangat mantap

Trust me! Wataknya sarat dengan emosi. Ada ketika kau rasa geram dengan beliau, ada ketika kau rasa simpati, ada masanya kau rasa tak guna betul dia ni hinggalah ada satu babak beliau akan membuatkan air mata kau mengalir tanpa sedar.

Aku paling suka dialog beliau yang ini, "dunia ni tak akan rosak sebab orang jahat. Ia akan hancur bila orang yang baik tak berbuat apa-apa untuk melawan kejahatan."

Itu yang ada dialog. Masa babak beliau tak bercakap pun kau dapat 'rasa' masalah apa yang sedang bersarang dalam jantung hatinya. Power ya ampun!

10/10 bintang untuk Datuk Rosyam Nor!

fattah amin beraksi kl special force

2. Fattah Amin?

Hey, kalau kau dah letak mindset FA ni berlakon apa watak pun lakonannya kaku, keras dan kayu, maka elok sangat kau tonton filem ni.

Der, aksi dalam filem ni boleh kata semua dia buat sendiri tau. Loncat dan terjun bangunan, lawan atas bas yang bergerak, dilanggar oleh kereta, bertumbuk dan ditumbuk, eh, macam-macamlah. Aku yakin masa sesi penggambaran pasti badannya lebam-lebam dek menjayakan watak anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini. 

Sama seperti Rosyam Nor, watak Zul lakonan Fattah Amin juga banyak bermain dengan emosi dan perasaan. Ada satu babak kau rasa macam nak tumbuk je muka dia. Kahkah. Nampak tak betapa berjayanya beliau melakonkan watak. Menjadi sungguh!

9/10 bintang untuk lakonan Fattah Amin. 

syamsul yusof dalam kl special force

3. Shamsul Yusof?

Mamat ni aku tak mahu komen banyak. Bagilah watak apa sekalipun, pasti beliau akan beri lakonan yang terbaik. Dalam filem ini, Shamsul memegang watak Asyraf, ketua geng perompak bank paling licik yang dikehendaki oleh pihak polis. 

9/10 untuk Shamsul Yusof.

fattah amin berlakon polis kl special force

4. Bagaimana pula lakonan pelakon yang lain?

Percayalah cakap aku, setiap dari mereka telah berikan lakonan yang baik sekali termasuklah seorang budak yang melakonkan watak Syamsul masa remaja. 

Tahniah Mahmud Ali Bashah, Shaharuddin Thamby, Esma Danial, Puteri Balqis, Sabrina Ali, Tania Hudson, Ramona Zamzam, Mustaqim Bahadon, Josiah Padilla Hogan, Liza Abdullah, Razif Salimin, Siraj Alzakap, Ruzzlan Abdullah Shah dan pak guard yang bersama team Rosyam Nor lawan perompak. Power ya amat!

Aku kasi 9/10 bintang juga.

5. Jalan cerita filem ni cukup mendebarkan.

Aksi tak henti-henti. Lepas selesai satu, satu lagi yang muncul. Plot sangat laju. Tak buang masa kau. Masa tak ada lawan-lawan, muncul babak melibatkan emosi dan perasaan pula. Pendek kata, Syafiq Yusof sebagai pengarah tak bagi kau canlah untuk habiskan masa layan babak yang entah apa-apa.

syafiq yusof pengarah kl special force

6. Arahan Syafiq Yusof Bro!

Kalau kau penggemar filem arahan Syafiq Yusof, pasti kau dah tahu kan permainan beliau. Jawapan bagi segala permasalahan akan dijawab di hujung cerita. Sama macam cerita S.A.M, Desolasi, Abang Long Fadil 2 hinggalah KL Special Force ini.

Beliau takkan bagi kau klu awal kenapa watak ini begini dan begini. Kalau ada pun, ia sengaja diberi supaya kau masuk dalam 'game' beliau. Bila kau dah rasa teori kau betul, maka Syafiq bijak 'twist plot' sehingga kau tercengang dan berkata, 'oh, patutlah dia jadi macam ni." Atau, "oh, tak sangka betullah."

Jadi, aku pesan awal-awal, jangan cepat buat kesimpulan. Tonton sampai habis. 

7. Falsafah dalam filem.

Bab ini paling aku suka. Syafiq cukup bijak ketengahkan hal ini dalam karyanya. Isu rasuah, kepincangan ekonomi, tempangnya institusi kekeluargaan, bangsatnya golongan kapitalis yang berkuasa hinggalah sisi baik seorang ketua perompak.

fattah amin bukan kayu

8. PDRM pun sempoi

Ya, aku nak ulas pasal Polis Diraja Malaysia. Tak sangka dalam filem ni kita dapat mengenali unit IT PDRM yang efisien sekali. Mereka mampu menyelia, memantau, mencari maklumat dan menangkap pesalah melalui CCTV yang dipasang di setiap lokasi yang berbeza.

Jadi, aku tak pelik kalau di alam nyata ada kes yang PDRM cepat selesaikan. Jadi, kalau nak tengok sisi lain bagi polis Malaysia, memang wajiblah tonton filem ni.


Ok, itu sahaja review yang aku nak bagi. Tapi karya yang terbaik pasti tak lari dari kelemahan kan. Adalah satu dua babak yang aku tak setuju dan tak patut ada dalam filem.

Sebagai contoh, adegan polis berpangkat biasa yang memegang pistol berhadapan perompak bank yang memiliki senjata lagi power dari mereka. Macam biasa, polis ini akan berkata, "jangan bergerak, letakkan senjata." Tak sempat habis cakap, kena tembak dah semua. Maklumlah, gambar tak ada dalam poster. Huhu

Itu sahaja. Aku harap kau orang support filem ini. Siapa kaki wayang yang tak pergi tonton, aku anggap kau peminat Datuk Seri Aliff Syukri Badang. 

Ditulis oleh Akhi Fairuz Al Jengkawi

Ikuti page Akhi Fairuz


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)