Oleh pada 21 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Utusan Online/Faisol Mustafa

Pendatang baru Liga Super, Kuala Lumpur melancarkan jersi pasukan tersebut yang bakal dipakai sepanjang musim 2018. 

Terdapat tiga pilihan warna jersi berkenaan iaitu merah bagi jersi di laman sendiri, biru bagi jersi di tempat lawan, dan ungu untuk jersi ketiga.

Jersi tersebut bakal dipakai oleh skuad Liga Super, Piala Presiden dan juga Piala Belia Kuala Lumpur bagi musim ini.

Majlis itu turut memperkenalkan keseluruhan pemain daripada tiga skuad yang bakal menempuhi tiga saingan berkenaan.

Majlis perasmian jersi yang diadakan di Berjaya Times Square itu disempurnakan oleh Penaung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Acara tersebut juga menyaksikan kehadiran ratusan penyokong kuat skuad "The Hawks" bagi melihat jersi baru pasukan kegemaran mereka itu dirasmikan.

Kuala Lumpur mara ke saingan Liga Super sebagai pemenang Liga Perdana musim terdahulu, menumpaskan Terengganu serta mengakhiri penantian 5 tahun setelah tersingkir ke Liga Perdana pada tahun 2013.

Anak buah Fabio Maciel tersebut akan melalui aksi 'Derbi Lembah Klang' menentang Selangor pada pertarungan pembukaan mereka di Stadium Cheras pada 4 Februari ini.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)