Oleh pada 26 Jul 2018 kategori

Sama ada posisi penjaga gol, pertahanan, pemain tengah atau penyerang, kita telah melihat antara yang terbaik dalam yang terbaik di semua posisi ini bertempur sesama sendiri dalam kejohanan bola sepak terbesar di dunia sejak kelahirannya pada tahun 1930.

Kejohanan ini telah menjadi kemuncak bagi karier seseorang pemain bola sepak. Piala Dunia boleh mengubah karier seseorang pemain yang suram kepada sesuatu yang boleh diingat selama-lamanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ramai pemain lagenda yang telah beraksi dalam sejarah 88 tahun Piala Dunia, dan iluminasi.com kongsikan 11 pemain terbaik yang pernah menyarung jersi di pentas Piala Dunia untuk nombor 1 hingga 11.

Nombor 1 - Gianluigi Buffon

gianluigi buffon nombor 1

Antara penjaga gol terhebat sepanjang zaman, Gianluigi Buffon tak dapat dinafikan adalah penjaga gol terbaik dalam sejarah Piala Dunia.

Walaupun penjaga gol Kesatuan Soviet iaitu Lev Yashin adalah satu-satunya penjaga gol dalam sejarah yang pernah memenangi anugerah Ballor d'Or, namun Buffon mempunyai pengaruh yang lebih kuat dalam Piala Dunia. 

Lev Yashin boleh dikatakan sebagai individu yang menjadi pengubah kepada penjagaan gol moden, namun dia gagal memperoleh kejayaan sebenar di Piala Dunia.

Sebalinya, Buffon telah memenangi kejohanan paling didambakan ini pada tahun 2006 dan hanya bolos 2 gol.

Buffon yang kini berusia 40 tahun telah beraksi di 5 pentas Piala Dunia untuk Itali dan tersemat sebagai penjaga gol terbaik Itali dalam sejarah.

Simpanan: Lev Yashin (Kesatuan Soviet), Oliver Kahn (Jerman), Gordon Banks (England)

Nombor 2 - Cafu

cafu nombor 2

Boleh dikatakan sebagai pemain pertahanan kanan terbaik dalam generasinya yang mempunyai pemikiran menyerang, Cafu menjadi tokoh pemain bola sepak di atas keterlibatannya dalam PIala Dunia.

Kerjaya Cafu dengan pasukan Selecao berlangsung selama 16 tahun di mana dia muncul dalam 4 Piala Dunia dan menjadi pemain pertama yang bermain dalam 3 final Piala Dunia.

Tak cukup dengan itu, daripada 3 final tersebut, Cafu berjaya menjulang 2 Piala Dunia iaitu pada tahun 1994 dan 2002.

Ikon bola sepak Brazil ini mencatatkan rekod 142 kali penampilan untuk negaranya dan berhak untuk mengatakan dirinya memberikan pengaruh yang besar dalam mereka bentuk semula peranan pertahanan kanan.

Simpanan: Djalma Santos (Brazil)

Nombor 3 - Paul Breitner

paul breitner nombor 3

Mungkin ada yang tak pernah mendengar nama Paul Breitner. Namun, beliau adalah antara pemain terbaik dalam sejarah Jerman yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam sejarah Piala Dunia.

Paul terkenal dengan penampilannya berambut afro. Pemain pertahanan kiri ini adalah sebahagian daripada pasukan Jerman tahun 1974 yang berjaya sampai ke perlawanan akhir dan mengalahkan Belanda yang dipimpin oleh Johan Cruyff.

Jerman menewaskan Belanda dengan jaringan 2-1, yang mana salah satu daripada gol Jerman dijaringkan oleh Paul.

Paul yang sudah bersara dipaksa untuk kembali bermain dalam Piala Dunia 1982, di mana dia sekali lagi menjaringkan gol pada perlawanan akhir namun tewas di tangan Itali dengan jaringan 3-1.

Simpanan: Paolo Maldini (Itali)

Nombor 4 - Carlos Alberto

carlos alberto nombor 4

Jaringan gol Carlos Alberto yang tersangat menakjubkan menentang Itali pada perlawanan akhir Piala Dunia dikatakan antara gol yang paling hebat dalam sejarah perlawanan akhir Piala Dunia, melihatkan Brazil membenam Itali dengan jaringan 4-1.

Jika tidak diambil kira gol ini, Carlos juga telah mengetuai pasukan yang boleh dikatakan terhebat dalam sejarah Piala Dunia.

Perkara ini tidak boleh dilepas pandang untuk meingtiraf Carlos sebagai pemain yang memakai jersi nombor 4 terbaik, walaupun dikejar rapat oleh pencabarnya iaitu Jurgen Kohler.

Simpanan: Jurgen Kohler (Jerman)

Nombor 5 - Franz Beckenbauer

franz beckenbauer nombor 5

Diberikan nama jolokan "Der Kaiser" yang bermaksud "maharaja", Franz Beckenbauer telah memenangi anugerah Ballon d'Or sebanyak dua kali.

Ia merupakan satu kejayaan besar bagi mana-mana pemain, tetapi ia lebih dahsyat bagi seorang pemain pertahanan dan merupakan satu fenomena.

Beckenbauer boleh dikatakan sebagai pemain pertahanan terbaik di Piala Dunia, namun istilah "pertahanan" tidak sempurna untuk pemain ini.

Dia telah merekabentuk semula posisinya membuatkan apa yang dahulunya sebagai posisi tengah satu dimensi kepada tugas "sweeper" di mana dia membawa bola dan menyertai bahagian serangan menjadi ciri utama permainannya.

Beckenbauer menjaringkan 5 gol di Piala Dunia dan pernah menjulang trofi berprestij ini sebanyak 1 kali.

Simpanan: Fabio Cannavaro (Itali), Carles Puyol (Sepanyol)

Nombor 6 - Bobby Moore

bobby moore nombor 6

Satu-satunya pemain yang berjaya mengetuai England menjulang Piala Dunia tersenarai dalam senarai pemain terbaik yang memakai jersei nombor 6. 

Bobby Moore telah disenaraikan dalam senarai  Pemain Kesebelasan Utama Piala Dunia Terbaik pada tahun 1994 dan juga menjadi pemain di tangga kedua dalam anugerah Ballon d'Or pada tahun 1970 di belakang Gerd Müller dari Jerman.

Walaupun hanya pernah memenangi Piala Dunia sebanyak sekali sahaja, Bobby Moore meninggalkan warisan yang tidak terbanding pada kejohanan terbesar bola sepak ini.

Simpanan: Roberto Carlos (Brazil) , Franco Baresi (Itali)

Nombor 7 - Garrincha

garrincha nombor 7

Tersangat hebat sehinggakan sebuah stadium di Brazil dinamakan bersempena namanya, Garrincha pernah digelar sebagai pemain yang "lebih hebat daripada Pele" oleh sesetengah peminat bola sepak Brazil.

Apa yang membuatkan pemain sayap yang dinamik ini istimewa adalah salah satu ciri fizikalnya yang unik iaitu dilahirkan dengan satu kaki lebih pendek daripada yang satu lagi, membuatkan dia menukar arah larian dalam sekelip mata.

Garinccha berjaya memenangi anugerah Kasut Emas dan Pemain Terbaik kejohanan ketika Brazil menjuarai Piala Dunia 1962 tanpat kehadiran bakat besar seperti Pele kerana kecederaan.

Walaupun Pele dikatakan sebagai pemain terbaik dalam sejarah bola sepak, namun dia tidak berjaya memenangi anugerah Kasut Emas di Piala Dunia sebagaimana dilakukan oleh Garrincha.

Simpanan: Jairzinho (Brazil), Cristiano Ronaldo (Portugal)

Nombor 8 - Lothar Matthäus

lothar matth us nombor 8

Kerjaya antarabangsa bersama pasukan Jerman selama 20 tahun melihatkan Lothar Matthaus mengukuhkan kedudukannya dalam cerita rakyat Jerman dan juga kemahsyuran Piala Dunia.

Pemain terbaik untuk nombor 8 ini adalah pemain Jerman yang pertama memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada tahun 1991, terutamanya disebabkan oleh prestasinya pada Piala Dunia 1990 yang berjaya mengetuai Jerman menjulang trofi ini.

Lothar adalah salah satu daripada dua pemain padang (selain penjaga gol) yang telah bermain dalam 5 edisi Piala Dunia bersama dengan Rafael Marquez dari Mexico.

Dia juga memegang rekod bagi penampilan paling banyak di Piala Dunia iaitu sebanyak 25.

Matthaus adalah salah satu daripada hanya dua pemain luar yang telah bermain dalam lima edisi Piala Dunia bersama dengan Rafael Marquez dari Mexico, sementara Matthaus tidak memegang rekodnya untuk penampilan paling banyak di Piala Dunia dengan 25 tahun.

Diego Maradona menggambar Lothar Matthaus sebagai "musuh terbaik yang pernah dihadapinya".

Simpanan: Sandor Koscis (Hungary), Xavi Hernandez (Sepanyol), Dennis Bergkamp (Belanda)

Nombor 9 - Ronaldo

ronaldo jersi nombor 9

Tiada siapa yang boleh menyangkal fakta bahawa beliau adalah pemain bola sepak terbaik dalam sejarah yang menyarung jersi nombor 9, apatah lagi dalam sejarah Piala Dunia.

O Fenomeno telah menjuarai 2 edisi Piala Dunia bersama pasukan Selecao sepanjang kerjayanya.

Ronaldo Luís Nazário de Lima atau lebih dikenali sebagai R9 memenangi anugerah Kasut Emas pada edisi 2002 selepas Brazil menewaskan Jerman dengan jaringan 2-0 yang mana kedua-dua gol dijaringkan beliau.

Kejayaan ini sekaligus menamatkan mimpi ngeri tewas kepada Perancis pada perlawanan akhir edisi 1998. Kehebatan beliau masih digunakan sebagai penanda aras dalam mengukur bakat muda dalam Piala Dunia seperti Kylian Mbappe.

Jika bukan disebabkan oleh masalah lututnya, Ronaldo pasti akan dianggap sebagai pemain terbaik Piala Dunia bagi semua posisi.

Simpanan: Gerd Müller (Jerman), Bobby Charlton (England), Roger Milla (Cameroon)

Nombor 10 - Pele

pele jersi nombor 10

Apabila mana-mana pemain mencapai kejayaan yang sangat menakjubkan dalam bola sepak moden, tak kiralah betapa hebat pencapaian tersebut, nama Pele pasti akan kelihatan sebagai penanda aras.

Ini dengan mudah menggambarkan betapa hebatnya kesan yang ditinggalkan oleh pemain terbaik jersi nombor 10 dari Brazil ini.

Pele menempa nama di Piala Dunia ketika hanya berusia 17 tahun, menggalas tugas berat sebagai pemain skuad senior dalam kejohanan terbesar dunia sebelum mencecah usia dewasa.

Pele menjaringkan hatrick ketika Brazil menewaskan Perancis dengan jaringan 5-2 pada perlawanan separuh akhir edisi 1958, sebelum meledak lagi 2 gol pada perlawanan akhir menewaskan Sweden dengan jaringan 5-2.

Beliau masih dianggap sebagai salah seorang pemain yang terhebat pernah menyarungkan kasut bola dengan warisan yang ditinggalkannya dalam sukan ini.

Dan walaupun ramai pemain yang tersangat hebat pernah menyarung jersi nombor 10, Pele tetap menjadi pilihan yang mudah untuk ditabalkan sebagai pendahulu.

SImpanan: Diego Maradona (Argentina), Ferenc Puskás (Hungary), Zinedine Zidane (Perancis), Michel Platini (Perancis), Roberto Baggio (Itali), Rivaldo (Brazil)

Nombor 11 - Miroslav Klose

miroslav klose jersi nombor 11

Mungkin masa yang sangat panjang diperlukan untuk memadamkan rekod Miroslav Klose sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dengan 16 jaringan dalam 24 penampilan sepanjang 4 kejohanan.

Klose juga memegang rekod jaringan terbanyak melalui tandukan dalam 1 edisi Piala Dunia, iaitu sebanyak 5 gol dalam Piala Dunia 2002 yang juga merupakan penampilan Piala Dunia pertamanya.

Walaupun prestasi Klose tidak sehebat di kelabnya, namun beliau sentiasa muncul di Piala Dunia dan menunjukkan prestasi mengagumkan.

Klose tersemat dalam sejarah Piala Dunia sebagai antara penyerang terbaik.

Simpanan: Romario (Brazil), Karl-Heinz Rummenigge (Jerman)




Hakcipta iluminasi.com (2017)