Oleh pada 17 Nov 2019 kategori

Sesuatu memorabilia (barang kenangan) sukan itu melambangkan sejarah, kebanggaan, nilai sesuatu sukan dan pemainnya. Ini adalah sebab mengapa ia menjadi kegemaran para pengumpul.

memorabilia sukan 850

Semakin lama, nilai sesuatu memorabilia itu boleh menjadi begitu tinggi sehingga mencecah jutaan ringgit terutamanya jika ia milik ahli sukan terkenal dunia. Berikut adalah 10 buah memorabilia sukan paling mahal pernah dijual.

10. Piala FA Cup - RM 3,970,000

piala fa

Football Association Challenge Cup yang juga dikenali sebagai English FA Cup adalah pertandingan bola sepak tertua dunia. Pertandingan itu pertama kali diperkenalkan pada tahun 1871 dan pasukan Wanderers FC muncul juara.

Hanya empat trofi sahaja untuk pertandingan FA Cup yang pernah dihasilkan tetapi trofi pertamanya telah hilang dicuri. Salah satu trofi yang digunakan sejak tahun 1896 sehingga 1910 telah dijual kepada seorang pembeli rahsia pada tahun 2005 dengan harga hampir RM 4 juta.

9. Kontrak Babe Ruth bersama pasukan Yankees 1919 - RM 4,136,400

kontrak babe ruth yankees 1919

1919 adalah tahun di mana legenda baseball (bola lisut) Babe Ruth berpindah dari pasukan Red Sox ke New York Yankees. Perpindahan itu merupakan perubahan ketara untuk legenda ini. Ruth bertukar posisi daripada pembaling kepada outfielder dan bermain dengan Yankees selama 15 musim.

Dalam musim pertamanya bersama Yankees, Ruth memecahkan rekod dengan pukulan home run terbanyak dalam sebulan dan memecahkan rekod itu pada bulan seterusnya. Kontrak asal kepunyaan pemilik Yankees, Jacob Ruppert, ini telah dijual lebih daripada RM 4 juta.

8. Sarung tangan Muhammad Ali VS Floyd Patterson (1965) - RM 4,570,000

sarung tangan muhammad ali 1965

Pertarungan ini merupakan pertarungan tinju ikonik dalam sejarah. Floyd Patterson pernah mengecam Muslim berkulit hitam dan apabila kedua-dua peninju ini bertemu, mereka tidak mempunyai belas kasihan.

Pertarungan pertama kedua-dua peninju pada tahun 1965 itu berterusan sehingga 12 pusingan. Walaupun Patterson rebah pada pusingan keenam tetapi dia enggan mengalah dan meneruskan perlawanan. Perlawanan yang dimenangi Muhammad Ali ini juga adalah kemenangan untuk pergerakan hak asasi kulit hitam Amerika.

Tidak hairanlah mengapa sarung tangan tinju yang digunakan legenda ini begitu berharga dan dijual pada harga RM 4.5 juta.

7. Peraturan Kelab Bola Sepak Sheffield - RM 5,150,000

peraturan sheffield fc

Sheffield FC merupakan kelab bola sepak tertua di dunia. Satu-satunya salinan peraturan dan undang-undang kelab itu ditulis pada tahun 1858 dan sebahagian besarnya menjadi panduan utama kepada bola sepak di England.

Pada tahun 2011, Sheffield FC telah menjual buku peraturan itu dengan harga melebihi RM 5 juta bagi memajukan pasukan bola sepak mereka untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

6. Pemukul Home Run Pertama Babe Ruth di Stadium Yankee (1923) - RM 5,250,000

pemukul babe ruth

Apabila pasukan New York Yankees berpindah ke stadium baru iaitu Stadium Yankee, Babe Ruth telah mencapai impian peribadinyanya apabila membuat pukulan Home Run pertama di situ.

Ironiknya, Babe Ruth melakukan pukulan itu menentang musuh ketat Yankees dan bekas pasukan lamanya, Boston Red Sox. Pemukul ikonik yang digunakan Babe Ruth dalam perlawanan itu telah dijual melebihi RM 5 juta.

5. Jersi Paul Henderson (1972) - RM 5,300,000

jersi paul henderson

Canada mendominasi sukan hoki ais sejak sukan itu diperkenalkan. Beberapa pemain legenda dari negara itu banyak menaikkan nama Canada sebagai kuasa besar sukan hoki ais. Salah seorangnya ialah Paul Henderson.

Jersi yang dipakainya ketika Canada menang menentang pasukan Kesatuan Soviet dalam pertandingan pertama Summit Series dijual dengan harga melebihi RM 5 juta. Henderson menjadi wira negara kerana berjaya menjadikan Canada juara ketika perlawanan hanya berbaki 34 saat sahaja.

4. Bola Home Run ke-70 Mark McGwire - RM 12,460,000

bola mark mcgwire

Mark McGwire pernah mencipta rekod dengan 70 pukulan Home Run dalam satu musim ketika bermain untuk pasukan St. Louis Cardinals. Bola yang dibaling oleh Billy Wagner dari Houston Astros dan merupakan bola Home Run ke-70 McGwire itu dijual pada harga melebihi RM 12 juta.

Walau bagaimanapun, rekod McGwire telah dipecahkan pada tahun 2001 oleh Barry Bondsof yang bermain untuk San Francisco Giants dengan 73 Home Run dalam satu musim.

3. Kad Baseball Honus Wagner 1909 - RM 12,960,000

kad baseball honus wagner 1909

Ramai yang bersetuju bahawa Honus Wagner adalah salah seorang pemain baseball paling hebat sepanjang zaman tetapi tidak banyak gambar dan artifak pemain legenda itu yang masih wujud.

Salah satu yang masih wujud adalah kad pemain yang dihasilkan pada tahun 1909. Kad itu dikeluarkan untuk mempromosi rokok tetapi tidak banyak dihasilkan kerana dibantah Wagner. Legenda itu pernah memenangi anugerah Pemukul Terbaik sebanyak lapan kali sepanjang kariernya dan merupakan pemukul ketiga tertinggi dalam sejarah baseball.

2. Peraturan Bola Keranjang 1891 - RM 17,860,000

peraturan basketball

Pencipta bola keranjang iaitu James Naismith pernah menulis 13 peraturan sukan itu pada tahun 1891. Sukan itu diciptanya untuk menghiburkan para atlet di Sekolah Latihan YMCA di Springfield, Massachusetts.

Murid-muridnya memerlukan permainan dalam bangunan bagi membantu mereka kekal cergas ketika musim sejuk tetapi tidak terlalu kasar untuk mengelakkan kecederaan serius. Tidak lama selepas itu, bola keranjang menjadi semakin popular dan dimainkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

1. Jersi Babe Ruth 1920 - RM 18,340,000

jersi babe ruth 1920

Memorabilia sukan milik pemain bola lisut terhebat sepanjang masa ini bukanlah perkara biasa. Sebenarnya, banyak lagi memorabilia Babe Ruth yang dijual pada harga yang tinggi. Memorabilia termahalnya adalah jersi Yankees tahun 1920.

Jersi ini pada asalnya merupakan sebahagian pameran di Muzium Babe Ruth di Baltimore tetapi telah dijual di lelongan dan dibeli oleh seorang hartawan Joshua Leland Evans pada harga melebihi RM 18 juta.

Rujukan :

1. Memorabilia milik atlet paling mahal pernah dijual

2. Memorabilia sukan paling mahal

3. Top 10 barangan sejarah sukan termahal



Hakcipta iluminasi.com (2017)