Terdapat satu lukisan terkenal yang dihasilkan oleh Paul Delaroche pada abad ke-19 di Galeri Nasional London tentang 'Hukuman Mati Lady Jane Gray'. Dalam lukisan itu, seorang wanita muda ditutup matanya dan kelihatan sedang bersedia untuk menjalani hukuman mati.

kisah lady jane grey

Walaupun potret itu dilukis 270 tahun selepas Lady Jane Gray dihukum pada tahun 1554, ia menceritakan tentang bagaimana seorang kanak-kanak berusia 16 tahun menjadi korban kepada kerakusan perebutan kuasa pada zaman pemerintahan Tudor di England.

Kisah Lady Jane atau "Ratu Sembilan Hari" ini sering diabaikan antara kemahsyuran Raja Edward VI dan saudara tirinya, Queen Mary I. Lady Jane yang ditabalkan sebagai Ratu pada 10 Julai 1553 itu hanyalah sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan kepercayaan golongan Protestan di England yang rata-ratanya tidak menyokong Mary yang berfahaman Katolik.

lady jane grey

Jane telah digulingkan pada 19 Julai, hanya 9 hari selepas dia ditabal menjadi Ratu. Tempoh pemerintahannya adalah yang terpendek tetapi juga antara yang paling mengejutkan dalam sejarah negara itu.

Walaupun dia hanya dianggap sebagai boneka yang lemah, namun kajian menunjukkan bahawa Jane adalah seorang yang bersemangat, berpendidikan tinggi dan tidak mudah dimanipulasi kuasa-kuasa besar.

Bagaimana Jane boleh terpilih menjadi Ratu bermula apabila Raja Henry VIII menyerahkan takhtanya kepada adik perempuannya, Mary of Tudor, setelah anak-anaknya sendiri mati tanpa meninggalkan waris.

Lady Jane Grey

raja henry viii

Raja Henry VIII

Jane dilahirkan pada Oktober 1537, bulan yang sama dengan kelahiran anak Raja Henry VIII iaitu Edward VI. Bapanya ialah Henry Grey yang memegang gelaran Marquess of Dorset (kemudian Duke of Suffolk). Ibunya pula, Lady Frances Brandon. adalah anak kedua Ratu Mary.

Kedua-dua ibu bapanya menyokong kepercayaan Protestan yang baru dibawa Raja Henry VIII ke England. Jane dan dua adik perempuannya, Katherine dan Mary, juga dibesarkan sebagai seorang Protestan.

Apabila Raja Henry VIII mangkat pada tahun 1547, Putera Edward yang berusia 10 tahun ketika itu ditabalkan menjadi Raja England yang baru. Ketika itu Jane juga turut menjadi perhatian pembesar-pembesar lain. Antaranya ialah Wily Seymour yang berkahwin dengan Ratu Balu Catherine Parr, isteri keenam dan yang terakhir mendiang Raja Henry VIII.

raja edward vi

Raja Edward VI

Catherine Parr berkahwin sebanyak tiga kali selepas kematian Raja Henry VIII, menjadikannya Ratu England paling banyak berkahwin dalam sejarah. Seymour memujuk pasangan Grey untuk memberikannya kepercayaan menjaga Jane dan mendakwa dia boleh mengaturkan perkahwinan gadis itu dengan Raja Edward VI.

Jane mempunyai masa hadapan yang cerah. Selain itu, dia juga cemerlang dalam bidang akademik dan meneruskan pengajiannya dalam bahasa Yunani, Latin dan moden. Dia merupakan salah seorang pendamping utama Ratu Balu Catherine Parr. Ia adalah waktu yang paling gembira dalam hidupnya.

Apabila Catherine berpindah dari London ke Istana Sudeley di Gloucestershire untuk melahirkan anaknya bersama Wily Seymour, Jane juga turut mengikut Ratu Balu itu. Malangnya, Catherine meninggal dunia akibat demam berdarah tidak lama selepas melahirkan anak. Jane ketika itu dilantik menjadi ketua berkabung ketika Ratu Balu itu dimakamkan di Gereja St. Mary.

Sementara itu, Seymour tidak menunjukkan sebarang kemajuan dalam rancangannya untuk menyatukan Lady Jane dan Raja Edward VI. Pada tahun 1549, Wily Seymour dikenakan pula hukuman pancung kerana kesalahan membelot. 

Menjadi mangsa keadaan

lady jane grey 2

Jane kemudian kembali semula ke kediaman keluarganya di Bradgate Park, Leicestershire. Ketika itu dia mendapat perhatian daripada golongan Protesten Eropah dan mereka berharap agar dia dapat berkahwin dengan Raja Edward VI supaya pengaruh mereka semakin kuat di England.

Malah, penasihat Raja Edward VI juga pergi ke Perancis untuk mencari bakal isteri raja itu. Ini kerana, kesihatan Raja Edward VI semakin merosot. Keadaan ini merisaukan golongan Protestan sekiranya Raja Edward VI mangkat dan digantikan dengan saudara tirinya, Mary I, yang berfahaman Katolik.

Akhirnya, John Dudley iaitu 1st Duke of Northumberland yang ketika itu memegang jawatan Protector of the Realm telah memulakan langkah dengan mengahwinkan anaknya, Lord Guildfold Dudley, dengan Lady Jane pada Mei 1553.

perkahwinan jane grey dan guildford dudley

Perkahwinan Jane Grey dan Guildford Dudley

Raja Edward VI kemudian dipujuk untuk mengenepikan tuntutan kedua-dua saudara perempuannya ke atas takhta England dan menamakan Jane sebagai pewarisnya. Raja Edward VI bersetuju dengan cadangan itu, hanya beberapa minggu sebelum dia mangkat di Istana Greenwich pada 6 Julai 1553.

Pada mulanya Lady Jane enggan menjadi ratu tetapi dipujuk dengan alasan ia adalah haknya yang sah sebagai Ratu England. Jane juga dipujuk suaminya untuk mengambil alih Menara London pada 10 Julai.

Tiada seorang pun rakyat biasa atau pembesar yang mengesyaki motif keluarga Dudley. Ketika itu, Puteri Mary I juga mengisytiharkan dirinya sebagai Ratu England yang sah. Para pengikutnya mula berkumpul bersamanya di Istana Framlingham di Suffolk.

Sebagai Ratu England yang baru, Lady Jane menafikan bahawa suaminya akan menjadi pemerintah bersama. Dia menyatakan bahawa Guildford Dudley hanyalah Duke tetapi bukan Raja. John Dudley tidak dapat mempengaruhi takhta melalui anaknya seperti yang diharapkan.

Ratu sembilan hari

ratu mary i

Ratu Mary I

Ketegasan Ratu Jane tidak bertahan lama kerana hanya dalam masa sembilan hari sahaja, pasukan penyokong Mary I telah berjaya melakukan rampasan kuasa. Lady Jane telah dipenjarakan di Tower Green nombor lima bersebelahan kediaman Ratu manakala suaminya pula ditahan di Menara Beauchamp. 1st Duke of Northumberland, John Dudley, yang dianggap sebagai dalang telah dibunuh.

Lady Jane segera menulis surat kepada Mary I supaya diber keampunan. Dia menyatakan bahawa dia telah mengambil sesuatu yang bukan haknya, pada masa yang sama dia bukan melakukannya sendiri dan tidak suka dengan keadaan itu.

Ratu Mary I membalas surat itu dengan menunjukkan belas kasihan tetapi peluang Lady Jane untuk dibebaskan hilang sama sekali apabila bapanya, Henry Grey telah menyertai Sir Thomas Wyatt dalam pemberontakan menentang Ratu England pada tahun berikutnya.

henry grey bapa kepada lady jane

Henry Grey, bapa kepada Lady Jane

Bapanya ditangkap ketika bersembunyi di salah satu kediaman mereka, Istana Astley di Warwickshire dan telah dihukum pancung. Ratu Mary I tahu bahawa adalah terlalu bahaya untuk membiarkan Lady Jane dan suaminya untuk hidup kerana berpotensi berlakunya pemberontakan pada masa hadapan.

Bagi Lady Jane, dia sudah bersedia untuk menjadi seorang Protestan yang mati syahid lalu menulis surat kepada keluarganya meminta agar mereka tidak bersedih. Dia yakin bahawa dia akan mati di dunia untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi.

tapak hukuman mati di tower green

Tapak hukuman mati di Tower Green

lukisan hukuman lady jane grey 351

Lukisan Lady Jane Grey yang terkenal

Pada 12 Februari 1554, Lady Jane melihat sendiri suaminya dihukum pancung. Kemudian, Lady Jane pula dibawa ke Green Tower untuk dihukum bunuh. Dia yang diikat matanya telah dipancung oleh algojo menggunakan sebilah kapak.

Mayat Lady Jane dikebumikan di bawah mezbah Chapel Royal St. Peter di Menara London. Dikatakan selama bertahun-tahun lamanya, roh Lady Jane kelihatan berlegar-legar pada setiap ulang tahun kematiannya.

Bagaimana Lady Jane mungkin memerintah England masih menjadi persoalan yang menarik dan tidak dapat dijawab. Walaupun singkat, pemerintahannya menjadi fokus utama dalam keganasan politik Dinasti Tudor dari zaman pergelutan antara Edward VI dan Mary I sehinggalah kepada zaman keemasan Ratu Elizabeth I.

Rujukan:

1. Britain Magazine

2. Smithsonian

3. Historic UK



Hakcipta iluminasi.com (2017)