Oleh pada 01 May 2017 kategori

Ketika ditanya oleh DJ Mona,Radio Ikim kepada Syeikh Dr. Usamah berkenaan gambar Sheikh Dr. Usamah yang mengusap seekor kucing yang tersebar luas di alam maya, beliau sambil ketawa menjelaskan bahawa pada ketika beliau sedang mengajar Kitab Syamail Muhammadiah kepada murid-muridnya, seekor kucing telah lalu dihadapannya dan pada ketika itu fikiran beliau terlintas kepada peristiwa yang berlaku terhadap salah seorang Sheikhul Azhar yang lalu, iaitu Sheikh Ahmad Dardir al-Maliki.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beliau lantas menceritakan peristiwa bagaimana ketika Sheikh Dardir sedang mengajar, beliau ternampak salah seorang anak muridnya yang dengan kasar menghalau kucing yang masuk ke ruang ketika mereka sedang duduk dalam majlis ilmu. Sheikh lantas memarahi pelajarnya itu kerana tidak beradab dengan haiwan. Tidak sepatutnya penuntut ilmu bersikap kasar sedemikian.

syeikh usamah ketika di majlis ilmu

Semenjak dari itu, Sheikh Dardir akan menyediakan tempat khas dalam majlis ilmunya itu sebagai tempat untuk kucing makan sehingga ke suatu peringkat pernah terjadi apabila Sheikh Dardir berjalan untuk mengajar di suatu pagi, puluhan mungkin ratusan kucing-kucing mengerumuni kakinya untuk mendapatkan makanan. syeikh usamah ketika mengajar

Sheikh Dr. Usamah menekankan betapa akhlak Islam itu indah, bukan sahaja dengan haiwan bahkan dengan semua makhluk ciptaan Allah SWT samada yang bernyawa atau tidak. Beliau turut mengingatkan bagaimana sahabat Rasulullah SAW yang terkenal dengan gelarannya “Abu Hurairah” (Bapa Kucing) mengatasi nama sebenarnya lantaran kasih sayang dan rahimnya beliau terhadap kucing. Tidak ramai di kalangan kita hari ini yang mengetahui nama sebenar Abu Hurairah. 

Sedikit biodata ringkas Syeikh Dr. Usamah

syaikh usamah sayyid azhari

Syeikh Dr. Usamah Sayyid Mahmud Muhammad al-Azhari, lahir di kota Iskandariyah pada hari Jumaat 18 Rejab 1396 H bersamaan dengan 16 Julai 1976. Saat kecil beliau berpindah bersama seluruh keluarganya ke kampung halaman ayahnya di daerah Suhaj yang terkenal kerana memiliki kebudayaan yang khas kerana memiliki banyak penghafal al-Quran dan memiliki iklim intelektual yang baik.

Di daerah itu juga terdapat banyak institusi pengajian, majlis ilmu dan penduduknya juga memiliki kecintaan dan penghormatan yang sangat besar terhadap para ulama dan pecinta ilmu. Di daerah itulah beliau dibesarkan oleh orang tuanya. Ibubapa beliau membimbingnya untuk menghafal al-Quran,membawa beliau mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan para ulama Azhar dan mengajarnya untuk minat mebaca serta menelaah buku-buku.

Sumber :

Ikim.fm 

tamamahda




Hakcipta iluminasi.com (2017)