Ada kalanya, gangguan bekalan elektik adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaupun jarang terjadi, gangguan bekalan elektrik boleh terjadi akibat lintas, banjir, kecurian wayar, kerosakan pada fasiliti, ribut, bencana alam dan banyak lagi.

Bergantung kepada sebab terjadinya gangguan bekalan elektrik tersebut, ianya mungkin berlaku untuk beberapa jam sahaja atau lebih lama lagi untuk satu lokaliti yang kecil sahaja contohnya sebuah taman, presint, seksyen atau kawasan kejiranan tertentu sahaja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, adakah anda tahu satu ketika dahulu pernah berlaku gangguan bekalan elektrik paling teruk di Malaysia di mana satu kawasan Semenanjung Malaysia terputus bekalan elektrik selama beberapa jam? Cuba bayangkan betapa huru haranya keadaan pada masa tersebut.

Mujurlah pada masa itu kebanyakan daripada masih menggunakan telefon Nokia yang hanya perlu dicas selepas beberapa hari. 

Punca kejadian

gangguan elektrik

Sebagai sebuah negara yang sudah lama merdeka, tidak ramai menyangka peristiwa seperti yang berlaku pada tanggal 3 Ogos 1996 ini akan terjadi kerana hanya 4 tahun sebelum itu pada tahun 1992 kejadian sebegini pernah berlaku. Kejadian ini dikatakan berpunca daripada kerosakan pusat janakuasa di Paka, Terengganu seterusnya menyebabkan semua stesen janakuasa di seluruh Semenanjung Malaysia gagal membekalkan elektrik.

Kejadian ini berlaku kira-kira 6 tahun selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) diswasatakan dari Lembaga Lektrik Negara (LLN). Gangguan elektrik ini dipercayai bermula pada pukul 5.17 petang pada 3 Ogos 1996. Dikatakan gangguan ini hanya pulih  sepenuhnya selepas 12 jam.

Antara negeri terkesan teruk adalah Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Bayangkan anda terpaksa hidup tanpa lampu dan kipas selama 12 jam. Pada masa sama, kegiatan harian rakyat juga terganggu kerana tidak dapat melakukan kerja-kerja yang melibatkan penggunaan elektrik.

Bagi kilang-kilang industri yang mempunyai kebergantungan tinggi kepada tenaga elektrik, impak yang dirasai mereka lebih hebat kerana gangguan ini telah menggangu operasi mereka. Kerugian yang dialami oleh kilang-kilang akibat kejadian ini dianggarkan sekitar RM123 juta.

Pihak TNB juga menanggung kerugian sekitar RM13.6 juta, ditambah dengan kos kerosakan peralatan yang dianggarkan bernilai RM10 juta. Syarikat TNB yang merupakan penyedia bekalan elektrik menerima impak paling teruk akibat kejadian ini malah saham mereka juga menerima kesan negatif.

Kebergantungan terhadap hanya 1 sahaja stesen janakuasa elektrik ternyata mempunyai impak buruk kepada Malaysia seperti kejadian yang berlaku pada bulan Ogos 1996 ini. Daripada peristiwa malang ini, kerajaan telah mengambil langkah meluluskan 5 syarikat penjana kuasa untuk memberi saingan kepada TNB.

Penamatan operasi selepas 33 tahun

stesen janakauasa elektrik paka

Untuk makluman pembaca, Stesen Janaelektrik Sultan Ismail (SJSI) di Paka kini tidak lagi beroperasi dan sudah ditutup buat selama-lamanya pada tahun 2020.

Bagi yang tidak tahu, SJSI siap dibina pada tahun 1987. Ini bermakna SJSI telah berkhidmat selama 33 tahun sebelum ditamatkan operasinya bagi membolehkannya diganti dengan stesen janaelektrik baru yang lebih efisien, mesra alam dan menepati piawaian industri bekalan elektrik masa kini.

SJSI mula beroperasi pada tahun 1988 dan dirasmikan oleh Sultan Terengganu pada ketika itu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Ketika itu, SJSI merupakan stesen janaelektrik kitar padu pertama di Asia Tenggara dan merupakan stesen janaleketrik kitar padu yang terbesar di dunia!

Kos pembinaannya ketika itu sekitar RM1.5 bilion dan lokasinya cukup strategik kerana terletak berhampiran dengan loji-loji pemprosesan minyak dan gas PETRONAS di Kertih, sekaligus dapat menjimatkan kos logistik memandangkan bekalan gas dapat disalurkan melalui paip sahaja. 

Kes-kes gangguan elektrik berskala besar lain

penswastaan tnb

Kejadian pada tahun 1996 ini paling diingati ramai kerana kesannya paling besar kepada semua penduduk di kawasan Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, selepas dan sebelum kejadian ini Malaysia juga pernah merekodkan gangguan elektrik skala besar yang tidak kurang hebatnya pada tahun 1992 dan 2003.

Pada tahun 1992, panahan kilat pada grid yang melibatkan empat talian kuasa antara Paka dan Teluk Kalong telah menyebabkan sebahagian besar Semenanjung Malaysia terputus bekalan elektrik antara 6 hingga 10 jam. Akibat panahan kilat ini, 12 stesen kuasa di pantai Barat Malaysia telah terputus bekalan elektrik.

Peristiwa pada tahun 1992 ini juga telah membuka satu lembaran baru apabila kerajaan pada ketika itu berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk menswastakan penjanaan kuasa dan dengan itu memperkayakan beberapa individu yang dekat dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahahthir Mohamad.

Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope yang mendedahkannya dalam buku setebal 143 tulisannya, "Memoirs of Tan Sri Ani Arope" ketika beliau menggambarkan bagaimana Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menguasai dalam perniagaan membekalkan elektrik kepada rakyat sehingga menyebabkan kenaikan tarif elektrik sehingga membebankan rakyat.

Gangguan elektrik berskala besar juga pernah terjadi pada tahun 2003 dimana antara negeri yang terkesan teruk ketika itu termasuklan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Gangguan sekitar 5 jam ini dikatakan telah menyebabkan kerugian sekitar $13.8 juta.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Energy Malaysia



Hakcipta iluminasi.com (2017)