Semasa kecil, anda mesti pernah berangan agar dapat terbang ke mana sahaja menggunakan kenderaan ajaib seperti yang anda lihat di dalam animasi kartun atau filem. 

Kebanyakan kita pernah mendengar atau menonton cerita dongeng Aladdin dengan tikar terbangnya. Sebenarnya, banyak lagi kenderaan ajaib yang terdapat di dalam kisah dongeng dari seluruh dunia. Berikut adalah senarai kenderaan ajaib selain tikar terbang Alladin daripada mitos pelbagai lapisan kebudayaan masyarakat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

8. Kereta kambing Thor

kereta kambing thor

Hari ini, apabila menyebut tentang tuhan kilat Norse iaitu Thor, ramai yang akan teringatkan kepada watak adiwira Marvel yang mempunyai tukul ajaib yang mampu mengalahkan kesemua musuhnya.

Namun, di dalam mitos asli Norse, Thor juga mempunyai kenderaan ajaibnya sendiri. Ia merupakan sebuah kereta beroda yang ditarik oleh 2 ekor kambing bernama Tanngrisnir dan Tanngnjóstr.

Ia boleh membawa Thor ke paras mana-mana ketinggian sekalipun. Kereta beroda Thor ini diperbuat daripada kayu dan rotan manakala rodanya pula daripada besi dan dipakaikan rantai perak sebagai pemegang yang bersambung kepada kambing tersebut.

Kambing Thor ini juga mampu untuk hidup semula setelah mati. Dalam satu kisah dongeng Norse, Thor telah berjumpa dengan sebuah keluarga yang sedang kebuluran. Dia kemudian menyembelih kedua-dua ekor kambingnya untuk diberi makan kepada keluarga itu. Kemudian Thor mengambil kulit dan tulang kambingnya dan menghidupkan mereka menggunakan kuasa tukulnya. (sumber)

7. Penyapu ahli sihir

penyapu terbang ahli sihir

Penyapu terbang ahli sihir kebiasaannya berupa sejenis benda yang dipanggil "besom" yang diperbuat daripada ranting-ranting halus yang diikat kepada sebatang kayu.

Di Wicca, besom digunakan untuk membersihkan habuk atau herba sebelum sesuatu ritual bermula. Ini mungkin salah satu sebab mengapa penyapu sering dikaitkan dengan ahli sihir. Namun, kisah penuhnya mungkin adalah suatu perkara yang anda tidak akan ceritakan kepada anak-anak anda.

Ahli sejarah percaya yang batang penyapu terbang ini mungkin berkait dengan sejenis dadah psikedelik iaitu skopolamina yang digunakan oleh masyarakat Wicca untuk mencipta "salap terbang." Minyak angin ini dipercayai boleh membantu mereka dalam unjural astral atau roh keluar dari badan.

Untuk membuatkan mereka berhalusinasi menggunakan minyak ini, ia perlu meresap ke dalam badan dan ia hanya berkesan melalui kawasan badan yang mempunyai kelenjar peluh serta membran mukus, yang hanya berkesan jika diletakkan di bawah ketiak atau alat sulit.

Jadi pengetahuan tentang ahli sihir menggunakan penyapu untuk terbang diambil secara zahirnya sahaja. Padahal penyapu yang diletakkan di antara dua kaki bertujuan untuk penyerapan minyak bagi kesan halusinasi itu lebih kuat.

Idea penyapu terbang ini tertanam dalam masyarakat awal Amerika. Di Vermont, mereka mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang "Tingkap Ahli Sihir" di hampir ke semua rumah. Saiznya yang kecil dipercayai dapat menghindarkan ahli sihir yang tidak muat untuk memasuki rumah mereka. (sumber)

6. Kanu Terbang

kanu terbang

Pada tahun 1600-an, para pedagang bulu binatang Perancis akan pergi ke Canada untuk memburu dan membawa pulang barangannya ke Eropah. Mereka dikenali sebagai "Coureur des bois". Mereka sering bertukar cerita dengan Puak First Nation (puak Indians Amerika). Salah satu kisah ialah berkenaan kanu terbang.

Pada tahun 1800-an, seorang penulis telah mengabungkan kisah lagenda First Nation dan pedagang bulu haiwan yang dinamakan La Chasse-galarie atau Kanu Sihir. Terdapat beberapa versi kisah ini.Salah satunya mengenai kisah lelaki bernama Gallery yang menjadi kaya dengan menjual bulu.

Dia terlalu sibuk memburu dan berniaga sehingga tidak pernah hadir ke gereja pada hari Ahad dan disumpah selamanya untuk terbang pada waktu malam menggunakan kanu berhantu sambil dikejar oleh kuda dan serigala.

Versi lain pula mengisahkan tentang sekumpulan pedagang bulu yang sedang berpesta pada malam Tahun Baru Krismas. Mereka bercerita tenang betapa mereka merindui dan berharap dapat bersama isteri masing-masing hanya untuk satu malam sahaja.

Masalahnya rumah mereka berada 300 batu jauh. Jadi mereka telah membuat perjanjian dengan syaitan supaya membuatkan kanu terbang agar dapat pulang menemui isteri mereka dan kembali bekerja pada keesokan harinya. (sumber)

5. Lesung batu Baba Yaga

lesung batu baba yaga

Baba Yaga merupakan watak terkenal di dalam kisah dongeng Slavik (kebanyakan negara Eropah Timur) yang bermaksud nenek atau wanita tua. Baba Yaga ialah seorang ahli sihir yang membuat ramuan dan herba menggunakan batu lesungnya.

Lesung batu itu dikatakan boleh membesar sehingga memuatkan Baba Yaga di dalamnya dan terbang mengikut kemahuan wanita itu. Dia akan menggunakan penyapu sebagai pengayuh dan membersihkan laluan udara yang dilaluinya bagi mengelak dari kehadirannya dikesan.

Di dalam kebanyakan kisah Baba Yaga, dia memakan kanak-kanak yang sesat di dalam hutan. Ada juga kisah menceritakan orang dewasa berjumpanya bagi meminta bantuan sihirnya dengan bayaran tertentu. Setiap kali dia membantu seseorang, dia akan menjadi setahun lebih tua. Jadi, dia selalu membuat helah agar mereka melakukan sesuatu sebagai pertukaran namun sebenarnya ingin memakan mereka. (sumber)

4. Kereta kucing Freya

kereta kucing freya

Freya atau Frejya adalah dewi kecantikan, cinta dan kesuburan di dalam mitos Norse. Dia dikatakan sebagai wanita paling cantik pernah wujud. Pada masa yang sama dia juga dikenali sebagai dewi perang kerana dia merupakan ketua puak pahlawan wanita yang dikenali sebagai Valkyries.

Dikatakan apabila ada manusia yang mati, Freya dan Odin akan membahagikan roh mereka. Ada sesetengah roh akan pergi ke Valhalla, tempat di mana puak Viking ingin tuju apabila mereka mati, selebihnya akan pergi ke syurga Freya yang dinamakan "Folkvangr"

Sama seperti tuhan Norse yang lain, Freya juga memerlukan kenderaan untuk bergerak. Dia menggunakan kereta ajaib yang ditarik oleh kucing. Freya sangat sanyangkan kucingnya dan memandangkan dia mempunyai kuasa ke atas kehidupan dan kematian, Freya telah memberikan 9 nyawa kepada setiap ekor kucingnya. (sumber)

3. The Flying Dutchman

flying dutchman

Kapal Flying Dutchman ialah sebuah lagenda maritim yang dikisahkan pada tahun 1700-an. Menurut lagenda, ada sebuah kapal yang menghampiri pelabuhan semasa cuara ribut yang teruk berlaku. Malangnya kapal itu karam dipukul ombak walaupun sudah tidak jauh dari daratan.

Ramai mendakwa mereka pernah melihat kapal karam yang berhantu itu. Dikatakan juga roh kapten dan anak kapal itu disumpah untuk belayar selamanya dan tidak dibenarkan pulang ke daratan.

Menurut kepercayaan penduduk setempat pada masa itu lagi, jika ada sesiapa yang terlihat atau berjumpa kapal hantu itu maka dia akan mendapat nasib yang malang dan petanda sesuatu buruk akan berlaku.

Ini adalah salah satu dari kenderaan dalam mitos yang anda tidak ingin naiki. Ia menjadi bualan di kalangan para pelayar untuk ratusan tahun lamanya sehingga ia diadaptasikan di dalam filem. (sumber)

2. Takhta terbang

takhta terbang kay kavus

Bagi negara yang mempunyai sejarah selama ribuan tahun, cerita mengenai lagenda raja purba mereka kadangkala ditokok tambah dan dibesar-besarkan. Kay Kavus adalah seorang Shah Iran yang memerintah selama 150 tahun.

Di dalam hikayat Shahnameh, dia telah membina sebuah takhta terbang yang mempunyai 4 tiang menegak ke atas dan dibawa oleh sekumpulan helang yang dilatih. Burung helang itu diikat kakinya pada takhta dan diletakkan ketulan daging di setiap hujung tiang.

Burung helang yang cuba mendapatkan makanan itu menyebabkan takhta itu terbang. Kay Kavus membina takhta ini supaya dia dapat terbang hingga ke negara China.

Akhirnya raja itu berjaya sampai ke negara China tepat pada masanya sebelum kumpulan helang itu kepenatan dan berhenti terbang. Takhta itu kemudian jatuh terhempas namun Kay Kavus terselamat. (sumber)

1. Kereta luncur Santa

kereta luncur santa dan rusa kutub

Dalam lagenda asal mengenai Saint Nicholas, dia akan berjalan dari satu rumah ke satu rumah untuk meninggalkan hadian kepada kanak-kanak di dalam kasut mereka. Di Netherlands pula dia menunggang seekor kuda kelabu bernama Slecht Weer Vandaag untuk menghantar hadiah.

Terbitan pertama yang menyatakan tentang kereta luncur Santa ini ditulis oleh seorang penulis tidak dikenali di Bandar New York pada tahun 1821. Lukisan yang dipaparkan bersama cerita itu menggambarkan Santa sedang menaiki kereta luncur yang ditarik oleh sekumpulan rusa kutub.

2 tahun kemudian, idea mengenai santa memiliki kereta luncur dan rusa kutub telah dipopularkan melalui satu puisi "A Visit from St. Nicholas", dimana kini ia terkenal dengan nama "The Night Before Chrismas."

Sejak dari itu, kereta luncur dan rusa kutub menjadi sinonim dengan watak Santa dan diadaptasikan di dalam banyak buku serta filem. (sumber)




Hakcipta iluminasi.com (2017)