syaitan jin di dari gua hira

Satu ketika dahulu (sekitar era 90an), tersebar sebuah gambar yang sangat mengejutkan di mana makhluk aneh dikatakan diambil gambar secara tak sengaja. Ia dirujuk sebagai "Jin/Syaitan Dari Gua Hira".

Menurut satu kisah, ini adalah sebuah kisah benar yang berlaku di Ras el Khaimah, Emiriah Arab Bersatu. Gambar ini telah dikeluarkan sebagai bukti laporan polis di UAE. Gambar ini juga tersebar di akhbar-akhbar Malaysia dan majalah Mastika.

Kisah versi pertama (Ras el-Khaimah)

Kononnya kisah ini adalah berkenaan seorang pemuda yang melawat ke gua-gua terpencil di Ras el Khaimah untuk mengambil gambar bersama rakannya.

Pemuda tersebut ada menerima nasihat penduduk setempat agar tidak menjejakkan kaki ke gua itu, namun dia tidak mengendahkannya. Pada ketika keadaan sunyi di dalam gua itu, tiba-tiba "flash" kamera menyala dengan sendirinya membuatkan mereka berdua menjerit ketakutan.

Dia memanggil rakannya itu tetapi tidak dibalas kerana terlampau takut sehingga menggigil-gigil. Beliau berlari keluar dari gua seorang diri meninggalkan rakannya lalu terus melaporkan kepada polis.

Beberapa jam kemudian, mereka (bersama polis) menemui rakannya di dalam gua dengan keadaan tidak bernyawa dan satu-satunya gambar yang ditemui dalam kameranya adalah gambar ini.

Kisah versi kedua oleh pemuda England

Di England, gambar ini tersebar meluas pada pertengahan tahun 1990-an dengan cerita yang sedikit berbeza.

John, pemuda England berumur 33 tahun, dikatakan telah melawat Arab Saudi dan di sana dia mendengar rakan-rakannya bercerita tentang gambar-gambar seram yang diambil dari gua-gua di kawasan itu.

Dalam versi kisah ini, jurugambar asal foto jin itu tidak mati. Dikatakan dia hanya berprasangka seperti ternampak sesuatu lalu mengambil gambar. Kehadiran makhluk aneh itu hanya disedari selepas gambar itu dicuci secara kebetulan.

Penduduk tempatan merujuk makhluk itu sebagai jin dan syaitan.

Apabila dia kembali ke England, "John" cuba menjual salinan gambar yang diperolehnya. Tetapi dengan penerbitan imej itu dalam Bornemouth Advertiser, makhluk itu kemudiannya dikenalpasti sebagai sebuah patung, dan bukannya makhluk jin syaitan seperti dikatakan.

Malah, lokasi patung-patung itu tidak dikenalpasti sebagai patung di negara-negara Arab pun, bahkan sebenarnya terletak di sebahagian taman tema di United Kingdom! Gila bukan?

Majalah British, ForteanTimes telah menjelaskan dengan lanjut tentang gambar yang tular itu pada tahun 1995:

penjelasan majalah forteantimes tentang jin gua hira

ForteanTimes juga telah menerbitkan satu laporan bagi menepis segala tohmahan berkaitan gambar 'hoax' itu dan mengepilkan bersama-sama gambar asal patung syaitan atau arca jin yang lain. 

Pengarah Cheddar Showcaves & Gorge menyatakan "Ilustrasi ini adalah sebahagian daripada tarikan 'Quest Crystal' yang menarik berjuta-juta pelawat sejak pembukaannya pada tahun 1991."

"Jin" ini sebenarnya adalah seekor goblin terletak di gua buatan, bersama-sama dengan patung Lord of the Rings yang dicipta oleh Rowland Pavey.

Namun pekerja di Cheddar Showcaves & Gorge menafikan bahawa makhluk yang menakutkan itu adalah salah satu tarikan utama mereka. Mungkin kerana pada ketika itu muncul juga tuduhan bahawa ada cubaan orang barat untuk memburuk-burukkan negara Arab.

Tapi mujurlah wartawan dari Turki melawat lokasi tarikan pelancong ini di United Kingdom dan mengambil banyak gambar patung syaitan yang telah tular sekian lama, termasuklah gambar yang dibawah ini.

kisah sebenar jin yang dikatakan dari gua hira 2

Ia tidak terhenti setakat itu sahaja. Masih ada lagi cubaan untuk menularkan gambar syaitan ini dengan mengenakan teknik "photoshop". Tidak pasti sama ada gambar syaitan ini boleh dianggap "meme" pada era 90an ataupun tidak, tetapi kesannya adalah amat buruk serta memperbodohkan pemikiran manusia.

kisah sebenar jin yang dikatakan dari gua hira 3 41

Gambar yang disunting untuk sengaja diviralkan

Walaupun telah dijelaskan oleh majalah ForteanTimes dengan perinci, namun gambar ini masih beredar dengan versi kisah yang berbeza-beza mengikut negara tertentu.

Sehinggalah ia merebak ke Malaysia dengan kisah terkenal berjudul "Jin Dari Gua Hira" disiarkan akhbar tempatan dan majalah popular. 

Gua Hira adalah sebuah tempat yang suci di mana Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu pertama. Tempat Nabi-Nabi adalah tempat mulia dan suci serta terjaga dari segala keburukan dunia.

Kisah Jin/Syaitan muncul di Gua Hira ini patut dibersihkan dari pemikiran setiap masyarakat kita yang mungkin selama ini masih percaya dengan ketulenan gambar ini. 

kisah sebenar jin yang dikatakan dari gua hira 4

kisah sebenar jin yang dikatakan dari gua hira 5

Apa pengajaran dari kisah ini? Sebenarnya sejak dulu lazimnya manusia sukakan cerita sensasi dan suka menyebarkan kisah-kisah sensasi. Tapi apabila ada penjelasan sebenar disebalik kisah itu, tidak ramai mahu menjaja kebenaran.

Kerana kebenaran itu tidak sensasi. Sehingga kini, perilaku ini masih sama dikalangan masyarakat seluruh dunia. Kita berada di pihak yang mana?

Rujukan:

1. Forgetomori

2. Fuhmantap

3. Petikan Buku



Hakcipta iluminasi.com (2017)