Amukan Ted Bundy terhadap sekurang-kurangnya 30 wanita dan kanak-kanak pada tahun 1970-an telah dianalisis selama beberapa dekad.
Dengan munculnya pihak baru yang berminat akan kes ini, yang mana sebahagian besarnya dicetuskan oleh siri dokumentari yang diterbitkan oleh Netflix iaitu "The Ted Bundy Tapes" dan sebuah komedi yang akan dibintangi oleh Zac Efron sebagai sociopath yang terkenal, ia telah memberikan peluang baru untuk memberi tumpuan kepada anak perempuannya, Rose Bundy.
BESARKAN TEKS A- A+
Rose Bundy "dihasilkan" ketika mana bapanya Ted sedang menunggu giliran untuk dihukum bunuh.
Mmasih tidak jelas berapa jumlah mangsa yang dibunuh oleh Ted Bundy. Ada yang membuat spekulasi bahawa jumlah itu telah mencecah ratusan orang. Walau apa pun, lelaki yang telah membunuh beberapa orang kanak-kanak ini juga mempunyai anak sendiri.
Kehamilan Rose Bundy yang luar biasa
Ted Bundy dan isterinya, Carole Ann Boone mempunyai hubungan yang agak menarik. Mereka bertemu sebagai rakan sekerja di Jabatan Perkhidmatan Kecemasan di Olympia, Wash.
Pada tahun 1974. Menurut buku oleh Hugh Aynesworth dan Stephen G. Michaud, "The Only Living Witness", Carole tertarik kepada Ted dengan serta-merta dan meskipun Ted menyatakan minatnya untuk mengadakan hubungan, namun mereka mula sebagai rakan biasa.
Carole Ann menghadiri perbicaraan Ted pada tahun 1980 di Orlando atas pertuduhan pembunuhan gadis-gadis Chi Omega iaitu Margaret Bowman dan Lisa Levy, di mana pembunuh bersiri ini bertindak sebagai peguam belanya sendiri.
Ted Bundy juga memanggil Carole untuk berdiri sebagai saksi. Malah, wanita yang bakal menjadi ibu kepada Rose Bundy ini juga telah berpindah ke Gainescille bagi berada lebih dekat dengan Ted, kira-kira 64 kilometer daripada penjara.
Carole bukan sahaja membuat lawatan konjugal tetapi juga didakwa menyeludup dadah dan wang ke penjara untuk Ted. Akhirnya, ketika mana Carole menjadi saksi terhadap pembelaan Ted, pembunuh bersiri itu melamarnya.
Seperti mana penjelasan oleh pengarang jenayah Ann Rule dalam biografi Ted Bundy, "The Stranger Beside Me", undang-undang Florida lama menyatakan bahawa lamaran perkahwinan di mahkamah di hadapan hakim dianggap sebagai perjanjian yang sah.
Oleh kerana pasangan itu tidak dapat bertemu dengan orang yang mempunyai kuasa untuk mengikat pernikahan mereka dan pegawai di penjara Orange County melarang mereka menggunakan kemudahan gereja, Ted Bundy yang merupakan bekas pelajar undang-undang melihat ini sebagai kesempatan yang baik.
Dan seperti dalam buku Ann Rule, ulangtahun ke-2 pembunuhan kejam oleh Ted Bundy dan pembunuhan Kimberly Leach berusia 12 tahun menandakan ulangtahun pertama Ted dan Carole. Dan tak lama kemudian, pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Rose Bundy.
Menunggu hukuman mati
Disebabkan lawatan konjugal tidak dibenarkan ketika Ted Bundy sedang menunggu hukuman mati, khabar angin mula tersebar tentang tarikh kehamilan Rose Bundy.
Ada yang membuat spekulasi bahawa Carole menyeludup kondom ke penjara dan menggunakannya untuk menyimpan sperma Ted untuk disenyawakan secara klinikal.
Namun, menurut Ann Rule, syarat-syarat penguruntan Ted tidak memerlukan Carole bertindak sedemikian.
Rasuah terhadap pengawal bukan sahaja boleh berlaku malah menjadi perkara biasa, membenarkan pasangan ini untuk melakukan hubungan kelamin beberapa kali di dalam penjara tersebut.
Dan sudah tenteu sesetengah pihak berasa ragu-ragu. Sebagai contoh, Superitendan Penjara Florida, Clayton Strickland, tidak yakin sepenuhnya bahawa perkara seperti rasuah ini mudah dilakukan oleh mereka.
(Carole Ann Boone)
"Apa-apa sahaja boleh berlaku. Apabila ia melibatkan manusia, apa sahaja boleh berlaku. Mereka mampu melakukan apa sahaja. Saya tak kata mereka tak mampu adakah hubungan kelamin, tapi di penjara, ia mungkin mustahil. Ia akan terhenti sebaik sahaja ia bermula," kata Clayton berkenaan kehamilan Rose Bundy.
Hakikat bahawa pembunuh bersiri ini berjaya berkahwin dan menghamilkan seorang wanita walaupun dipenjarakan kerana membunuh ramai orang, termasuk kanak-kanak, adalah berita yang mengejutkan.
Ia tidak mengambil masa yang lama untuk pihak media mencari Carole Anne Boone bagi mendapatkan maklumat mengenai anak perempuan Ted Bundy.
"Saya tak perlu jelaskan tentang sesiapa kepada mana-mana pihak," kata Carole.
Rose Bundy, yang juga kadang kala disebut sebagai "Rosa," dilahirkan pada 24 Oktober 1982. Ia hanya beberapa tahun sejak Ted Bundy dihukum mati.
Ted pernah bertindak sebagai seorang bapa iaitu kepada anak perempuan teman wanita yang terdahulu yang berusia tujuh tahun, Elizabeth Kloepfer. Dia juga pernah mempunyai hubungan dengan anak lelaki Carole dari hubungan sebelumnya.
Walau bagaimanapun, Rose adalah anak pertama dan satu-satunya kanak-kanak kandung Ted Bundy, dan kelahirannya benar-benar tepat ketika mana Ted berada di kemuncak berita dunia.
Perbicaraan Ted Bundy di Florida mendapat perhatian seluruh negara. Ia banyak ditayangkan di televisyen dan menjadi tarikan kepada orang ramai.
Ia bukan sekadar terdiri daripada individu yang marah terhadap Ted yang mahu menghukum kewujudannya malah kebanyakan daripada mereka yang hadir dalam perbicaraannya adalah wanita muda yang pernah menjadi mangsa Ted.
"Terdapat andaian tentang mangsa-mangsa Ted di mana mereka melepaskan rambut, berbelah di bahagian tengah dan memakai anting-anting gelung," kata Stephen G. Michaud dalam E! True Hollywood Stody.
Walaupun menerima perhatian yang dahsyat dan hukuman mati sebanyak tiga kali, Carole bertindak sebagai seorang isteri yang setia dengan membawa anak perempuannya Rose bersama-sama dalam lawatannya ke penjara.
Foto-foto keluarga Ted, Carole dan Rose Bundy memang wujud dan kelihatan berbeza dari keluarga biasa dengan latar belakang penjara. Carole akan membawa anaknya, Jayme, bersama-sama dengan lawatan tersebut.
Tiga tahun sebelum pelaksanaan hukuman mati terhadap Ted Bundy pada 1989, perkahwinan mereka yang berlaku secara tidak konvensional itu berakhir.
Carole Ann Boone menceraikan Ted Bundy dan meninggalkan Florida selamanya. Dia membawa Rose dan Jayme bersamanya dan sejak itu Carole tidak pernah berjumpa atau bercakap dengan Ted Bundy lagi.
Kehidupan Rose Bundy selepas kematian Ted
Sudah tentu terdapat teori-teori tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada Rose.
Wanita ini sepatutnya berusia 37 tahun pada hari ini. Bagaimana dia menghabiskan masa mudanya, di mana dia bersekolah atau apa pekerjannya, semuanya masih menjadi misteri.
Kemungkinan besar bahawa Rose Bundy sengaja mengekalkan profil yang rendah. Sebagai keturunan salah seorang pembunuh paling terkenal dalam sejarah moden, adalah sukar untuk Rose menjalani hidup normal.
Ada yang membuat spekulasi bahawa Carole Ann Boone berkahwin sekali lagi dan menukar namanya serta tinggal di Oklahoma sebagai Abigail Griffin, namun ia tidak dapat dipastikan.
Dalam cetakan semula buku beliau pada tahun 2008, Ann Rule menguatkan pendiriannya mengenai perkara ini bagi sesiapa sahaja yang mengganggunya untuk mendapatkan maklumat mengenai kehidupan terkini anak perempuan Ted Bundy.
"Saya mendapat tahu bahawa anak perempuan Ted adalah wanita muda yang baik dan bijak tetapi saya tidak tahu di mana dia dan ibunya tinggal. Mereka telah melalui kesakitan yang cukup dahsyat," kata Ann Rule.