Biasanya, mana-mana syarikat yang ditubuhkan akan menjual barangan sendiri atau orang lain, ataupun menawarkan servis untuk menjana keuntungan. Rocket Internet pula mempunyai model bisnes yang sangat berlainan. Ianya sebuah syarikat yang menjana keuntungun berbilion ringgit dengan mengklon syarikat atau startup lain terutamanya daripada Silicon Valley kemudian menjualnya kepada pesaing mereka. Syarikat ini ditubuhkan dan dimilik 3 orang adik beradik yang berasal dari Jerman – Marc, Olver dan Alexander Samwer.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sehingga kini, syarikat-syarikat portfolio mereka mempunyai 30000 orang pekerja, dengan aset dianggarkan bernilai $3 bilion. Rocket Internet diketuai oleh Oliver dan terkenal dengan teknik pemasaran yang agresif. Kebiasannya syarikat-syarikat yang mereka tubuhkan sudah mampu menjana jutaan ringgit kurang daripada 3 tahun.

Strategi Rocket Internet

Modus operandi mereka mudah. Rocket Internet akan menubuhkan sebuah startup dimana startup tersebut akan membina sebuah website yang mirip website popular sedia ada dimana rekabentuk dan fungsinya juga sama.

Terdapat 2 cara mereka buat duit - menjual website yang dibina kepada pesaing atau mendapatkan pelaburan luar untuk website yang dibina.

Antara kejayaan mereka menerusi cara ini adalah:

alando laman web klon ebay

1. Alando – Mereka membina sebuah website jual beli yang diberi nama Alandon. Alandon naik dengan begitu cepat sekali dan mereka berjaya menjualnya kepada pihak eBay pada harga $50 juta walaupun hanya baru 100 hari beroperasi.

2. Citydeals – Website ini dibina sebagai klon kepada website Groupon yang menawarkan kupon-kupon dan promosi diskaun. Website ini dibina pada 2010 dan hanya 5 bulan selepas beroperasi, mereka berjual menjualnya kepada Groupon pada harga $170 juta!

Rahsia Kejayaan Rocket Internet

Terdapat beberapa rahsia kejayaan yang boleh dipelajari daripada syarikat ini. Rahsia-rahsia ini telah didedahkan oleh seorang bekas pekerja yang pernah bekerja selama 7 tahun dengan syarikat ini.

syarikat milik rocket internet

1. Fokus – Untuk membuka sebuah syarikat baru di sesebuah negara, mereka akan menghantar 3 orang – CEO, CFO dan COO. CEO akan berperanan membina sebuah pasukan pekerja dan membuat aktiviti pemasan, CFO pula akan menjaga aliran keluar masuk wang manakal COO pula memastikan stok barang mencukupi dan dihantar ke pelanggan tepat pada masanya,

2. Bertindak Pantas – Apabila membuka syarikat di sebuah negara baru, mereka akan bergerak pantas dengan menjadikan kediaman apartmen sebagai pejabat terselebih dahulu. Mereka lebih fokus untuk membuat lebih pantas keuntungan. Selain itu, mereka juga pantas mengambil pekerja agar dapat bermula dengan cepat.

3. Pemasaran Yang Agresif – Kebiasaanya Rocket Internet akan melaburkan kira-kira $5 juta - $6 juta untuk sesuatu syarikat (website) baru yang ditubuhkan. Kemudian, untuk 4 – 5 bulan pertama mereka akan membelanjakan $20 juta setiap bulan, kebanyakannya digunakan untuk mengambil pekerja baru dan melakukan pemasaran secara agresif melalui Google dan Facebook untuk mendapatkan pengunjung secara pantas.

4. Mengambil Pekerja Yang Betul – Kesemua CEO, CFO dan COO yang dilantik untuk syarikat yang ditubuhkan ini mempunyai satu persamaan. Mereka ini dipilih daripada golongan muda yang mempunyai latarbelakang bank atau konsultansi, dan dahagakan kejayaan. Selain itu, mereka juga agresif mengambil pekerja yang pakar dalam sesuatu bidang dengan menawarkan gaji 1.3 hingga 1.6 kali ganda daripada gaji sedia ada yang diterima.

5. Disiplin – Rocket Internet sangat mementingkan KPI (Key Performance Indicator) yang perlu dicapai. Ollie akan mengadakan meeting bersama para CEO setiap syarikat yang ditubuhkan pada setiap minggu melalui telefon untuk membentangkan pencapaian mereka. Jika KPI tidak dicapai, beliau akan memalukan CEO tersebut dan tidak teragak-agak membuangnya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan syarikat di Silicon Valley tidak menyukai syarikat Rocket Internet. Bagi mereka, syarikat seperti Rocket Internet hanya akan membunuh lebih banyak inovasi daripada syarikat-syarikat baru. Ianya seolah-olah memberi gambaran kepada usahawan muda bahawa anda boleh menjadi kaya dan menjana banyak wang dengan meniru hasil kerja orang lain.

Kredit: The Hustle




Hakcipta iluminasi.com (2017)