Dalam dunia teknologi, kita seringkali mendengar syarikat-syarikat besar seperti Apple dan yang seumpama dengannya yang membeli syarikat-syarikat kecil yang lain dalam dunia teknologi. Pembelian dan pengambil-alihan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memelikiri kepakaran dan teknologi yang dimiliki oleh sesuatu syarikat yang dibeli.

jimmy choo store 671

Fakta Menarik Mengenai Jimmy Choo - Jenama Kasut Mewah Milik Rakyat Malaysia

Bagi kebanyakan wanita ataupun lelaki yang meminati fesyen, jenama Jimmy Choo bukanlah sesuatu yang asing. Jenama ini sangat terkenal dengan koleksi-koleksi mewah kasut yang terkenal dan popular di seluruh dunia.

jimmy choo shoe

1. Walaupun terkenal sebagai pembuat kasut berkuali, pengasas jenama ini adalah seorang lelaki yang berasal dari Malaysia.

2. Kasut pertama yang dibuat Jimmy Choo adalah ketika beliau berusia 11 tahun. Beliau belajar membuat kasut daripada ayahnya.

3. Jimmy Choo telah menubuhkan jenama Jimmy Choo Ltd pada tahun 1996.

4. Jimmy Choo telah mendapat pelbagai anugerah peringkat antarabangsa. Mendiang Puteri Diana juga menjadikan kasut buatan Jimmy Choo sebagai kasut kegemarannya dan memakainya hampir ke mana sahaja majlis yang dihadiri.

Michael Kors Membeli Jenama Jimmy Choo Pada Harga $1.2 Bilion

Pengambil-alihan sesuatu syarikat bukanlah sesuatu yang sering didengari. Dalam satu laporan terbaru mengatakan Michael Kors, jenama beg tangan wanita popular telah membuat satu perjanjian untuk membeli jenama Jimmy Choo pada harga $1.2 bilion.

michael kors

Mengikut sumber, pengambil-alihan Jimmy Choo oleh Michael Kors ini adalah untuk mengimbangi pendapatan syarikat. Saingan yang sengit dalam industri beg tangan mewah telah menyebabkan kemerosotan pendapatan syarikat.

Pihak syarikat yakin dengan pengambil-alihan jenama Jimmy Choo akan memberi pulangan lumayan kepada syarikat dengan permintaan meningkat untuk kasut wanita mewah. Pengambil-alihan ini juga pastinya sesuatu yang menarik memandangkan beg tangan dan kasut merupakan aksesori yang wajib pada setiap wanita dan pengambil-alihan ini dijangka meningkatkan populariti kedua-dua jenama tersebut.

Kredit

  1. Biography: Jimmy Choo
  2. NPR.org

tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)