Bagi ahli fizik Indonesia dan juga jurulatih Pasukan Fizik Indonesia untuk Olimpik (TOFI) sejak tahun 1993, Profesor Yohanes Suyra, beliau komited untuk melaksanakan misinya iaitu untuk melahirkan pelajar Indonesia yang berprestasi tinggi.

Berkat usahanya, pasukan pelajar dari Indonesia telah mengumpulkan 54 pingat emas, 33 pingat perak dan 42 pingat gangsa dalam pelbagai pertandingan sains dan fizik antarabangsa dalam dua dekad terakhir.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada tahun 2013, Pasukan Olimpik Fizik Indonesia, yang pada ketika itu dibimbing oleh bekas juara yang dilatih oleh Surya, sekali lagi berjaya melakar sejarah dengan merangkul gelaran Pemenang Mutlak di Olimpik Fizik Asia 2013 di Bogor, Jawa Barat.

Dua minggu yang lalu, Pasukan Olimpik Fizik Indonesia, yang kini dibimbing oleh bekas juara yang diasuh oleh Surya, sekali lagi berjaya melakar sejarah dengan merangkul gelaran "The Absolute Winner" di Olimpik Fizik Asia 2013 di Bogor, Jawa Barat.

yohanes surya 2

Yohanes sengaja tidak mahu mengambil tahu tentang urusan kurikulum pendidikan Indonesia kerana baginya, masalah utama yang harus diselesaikan di negara jiran itu untuk maju adalah menghasilkan guru yang baik dan cara pengajaran yang tepat.

Apabila ditanya mengapa, Yohanes menjawab, "Tidak ada anak yang bodoh,". Masalah yang sering berlaku adalah guru yang kurang berkemampuan atau cara pengajaran yang salah.

Dan Yohanes tidak bercakap kosong, sebaliknya membuktikan apa yang dikatakannya, serta semakin liar dalam mengorak langkah mencapai cita-citanya, iaitu memimpin Indonesia menjadi negara nombor satu di dunia pada tahun 2045.

Semuanya bermula pada tahun 2002, ketika Yohanes mencabar Ketua Pejabat Pendidikan di Papua untuk membiarkan beliau melatih pelajar tempatan di wilayah tersebut.

Selepas setahun melatih pelajar-pelajar di Papua, pasukan Papua berada di kedudukan ke-8 dari 31 yang sebelumnya dalam Olimpik Sains Nasional.

Malangnya, kerjasama ini dihentikan tanpa diketahui sebabnya.

sekolah di tolikara papua

(Pelajar sekolah di Tolikara, Papua)

Namun pada tahun 2008, Yohanes dijemput oleh Ketua Daerah (Bupati) Tolikara di Papua. Apabila tiba di sana, beliau melihatkan keadaan sekolah yang sangat menyedihkan. 

Lebih teruk, pelajar paling pintar di salah sebuah SMA (Sekolah Menengah Atas - pelajar SMA umumnya berusia 16-18 tahun) masih melakukan pengiraan menambah menggunakan lidi.

Malah, ramai di antara mereka yang langsung tidak tahu mengira matematik mudah seperti "2+2" dan "3+2".

Ketua Daerah Tolikara kemudiannya merayu dan memohon pertolongan Yohanes, meminta agar pelajar-pelajarnya dipilih dan dibawa bersama beliau.

Yohanes berkata dalam hatinya bahawa memilih anak-anak Tolikara hanyalah sia-sia, namun akhirnya beliau membawa lima orang pelajar Tolikara ke Jakarta.

suasana di sebuah sekolah di tolikara

profesor yohanes mengajar anak anak di tolikara 522

"Setiap hari saya mengajar matematik kepada mereka," kata Yohanes.

Selepas empat bulan, para pelajar dari Tolikara tersebut diuji dengan soalan-soalan matemaik untuk peperiksaan kebangsaan. 

Hasilnya, 70% dari jawapan mereka adalah tepat dan berita ini sampai ke Papua yang disambut oleh Ketua Daerah Wamena, yang kemudiannya menghantar lima lagi pelajar ke Jakarta.

Perkara yang sama berlaku, kesemua pelajar tersebut mampu menguasai matematik.

Oleh kerana keyakinan Yohanes bahawa tiada anak yang bodoh telah terbukti, beliau kemudiannya menghubungi beberapa Ketua Daerah di Papua untuk menghantar anak-anak yang mana dianggap paling bodoh di wilayah mereka.

pelajar dari tolikara memanfaatkan game learning dalam pembelajaran matematik 210

Permintaan ini membuatkan Ketua-Ketua Daerah tersebut bingung dan bertanya apakah tujuan Yohanes.

Jawab Yohanes, "Untuk dijadikan juara,".

Dan akhirnya pada tahun 2009, 18 daerah di Papua menghantar 90 orang pelajar yang mana kebanyakan daripada mereka sudah bertahun-tahun tidak lulus dan tamat pengajian. 

Mereka ini belajar sepanjang masa dan diiringi oleh sekitar 20 orang guru sukarela muda yang merupakan pelatih Yohanes.

Setahun kemudian mereka menduduki peperiksaan kebangsaan dan purata skor matematik mereka adalah 9.

Kemudian dalam pertandingan sains Asia pada tahun 2011, 12 daripada pelajar tersebut berjaya memperoleh 4 pingat emas, 5 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

profesor yohanes surya bersama kanak kanak papua 234

Pada tahun yang sama, tiga pelajar memenangi pingat gangsa dalam pertandingan robot kebangsaan.

Salah seorang daripadanya ialah Albertina Bea, pelajar yang tidak lulus di Papua selama bertahun-tahun.

Pada Oktober 2012, Albertina memenangi tempat pertama dalam pertandingan robot peringkat Sekolah Menengah iaitu pertandingan Robot Penyelidikan dan Teknologi Imagine 2012 anjuran Kementerian Penyelidikan dan Teknologi Indonesia.

Pada tahun 2004, anak didik Yohanes iaitu Septinus George Saa meraih pingat emas dalam The First Step to Nobel Prize in Physics di Poland ketika berada di sekolah menengah.

Hasil penyelidikannya berjaya mengalahkan puluhan ahli fizik dunia yang diadili oleh 30 juri dari 25 negara.

septinus george saa 2

(Septinus George Saa, juara The First Step to Nobel Prize in Physics 2004)

Septinus membuat formula sendiri untuk karya penyelidikannya, yang diberi nama "George Saa Formula".

Dia kemudiannya mendapat tawaran memilih untuk menyambung pelajaran dengan biasiswa penuh di mana-mana universiti yang diingini sama ada di Afrika, Eropah atau Amerika Syarikat, namun memilih Florida Institute of Technology dalam jurusan Kejuruteraan Aeroangkasa.

Pencapaian lain diikuti oleh Anike Boawire dari Serui, yang mengikuti jejak langkah Septinus yang juga memenangi pingat emas dalam pertandingan yang sama pada tahun berikutnya.

Bukan hanya berjaya dalam olimpik sains, sebilangan pelajar Papua bimbingan Yohanes Surya juga melanjutkan pelajaran di luar negara.

Salah seorang adalah Yane Ansanay, yang mendapat gelaran Ph.D dalam bidang Fizik dari North Carolina State University 2015.

yane ansanay ahli fizik wanita pertama dari papua

(Yane Ansanay, ahli fizik wanita pertama dari Papua)

Ini menjadikan Yane sebagai ahli fizik wanita pertama dari Papua.

Ketiga-tiga mereka George, Anike dan Yane menguatkan prinsip Yohanes bahawa tidak ada anak yang dilahirkan bodoh dan semua mampu berjaya jika diberikan peluang yang sama.

Apabila ditanyakan apa sebenarnya halangan yang membuatkan para pelajar ini gagal di wilayah mereka, Yohanes berkata seperti yang disimpulkan di atas iaitu struktur pendidikan di Indonesia berhadapan dengan masalah utama melibatkan kekurangan guru yang baik dan kaedah yang tidak sesuai.

"Jadi jika Indonesia ingin maju, kedua-dua masalah ini perlu diselesaikan," kata Yohanes.

yohanes surya

Di daerah-daerah di wilayah Papua, tiada guru yang bagus, malah ada guru-guru di pedalaman yang mengajarkan 15 dibahagi dengan 5 dengan cara memotong kedua-dua angka 5 tersebut dan mendapat jawapan 1.

Yohanes memilih untuk mengambil calon guru dari pedalaman kerana mahu memastikan mereka ini pulang ke kampung halaman setelah lulus.

"Jika kita mengajar guru dari kawasan bandar, siapa yang mahu tinggal di kawasan pendalaman? Banyak nyamuk, malaria. Oleh itu, bayangkan jika terdapat 30 ribu guru luar bandar yang kembali ke kawasan mereka, masing-masing mengajar sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak, maka suatu hari nanti akan ada 300 ribu anak luar bandar yang setaraf dengan juara sains di sini (bandar)," kata Yohanes.

Apabila ditanya bahawa bukan semua masalah dalam kehidupan boleh diselesaikan dengan matematik, ini jawapan Yohanes:

"Melalui matematik, para pelajar akan menguasai pemikiran logik. Jika anak-anak menguasai asas matematik, kepercayaan diri mereka juga akan meningkat dengan begitu ketara. Dengan pemikiran logik dan kepercayaan diri yang tinggi, ia akan membolehkan para pelajar menguasai mata pelajaran yang lain. Ia membuatkan mereka tidak lagi takut untuk ke sekolah dan berasa mereka mampu melakukan segala hal,".

Yohanes juga menambah bahawa apa yang paling penting untuk sekolah rendah adalah pelajaran sains, matematik, bahasa dan juga muzik, kerana muzik dapat merangsang otak para pelajar.

Misi Yohanes adalah menjadikan Indonesia sebagai negara nombor satu di dunia menjelang tahun 2045. Semuanya tidak mustahil menurut Yohanes, yang merujuk kepada China yang merupakan bukan kuasa kuat dunia pada tahun 1985 namun kini negara terulung dalam ekonomi.

"Kita juga mampu, asalkan pendidikan didahulukan," kata Yohanes.

Antara pelajar sekolah menengah yang dibimbing Yohanes yang berjaya termasuklah Dr. Oki Gunawan (juara Olimpik Fizik 1993), Herry Kwee (juara Olimpik Fizik 1995), Hendra Kwee (juara Olimpik Fizik 1997) dan Zainul Abidin (juara Olimpik Fizik 2000).

Kini Oki Gunawan merupakan penyelidik Indonesia yang berpusat di pusat penyelidikan IBM Thomas J. Watson, New York dan menerima Anugerah Inovator Kehormat BPPT 2019 di atas dedikasi kepada negara melalui inovasi beliau di atas Sensor Gempa IBM PDL Penyelesaian Seismik.

Oki dilantik oleh IBM Global Disaster Team untuk membantu Indonesia dan telah bekerja dengan IBM sejak tahun 2007, dengan mempunyai 60 paten ciptaannya serta menghasilkan 50 penerbitan antarabangsa.

Rujukan:

1. Medcom

2. Yohanes Surya

3. Suara

4. Tribun Solo




Hakcipta iluminasi.com (2017)