Bagi mereka yang suka mengembara dan bercuti, Eropah menjadi lokasi utama di atas beberap sebab. Budaya yang pelbagai, seni bina yang sangat menakjubkan dan pengembaraan menarik adalah antara menjadi penyebabk benua ini menjadi pilihan.

Namun, antara faktor penting yang membuatkan Eropah dipenuhi oleh orang Asia terutamanya Malaysia, adalah disebabkan oleh ia menjadi "syurga membeli-belah". Dengan harga yang jauh lebih murah dari di Malaysia membuatkan ia menjadi destinasi pilihan untuk membeli-belah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mengapa ia lebih murah?

chanel 7 jenama mewah yang lebih murah di eropah dan lokasinya 241

Senang sahaja, jawapannya adalah, bagi warganegara bukan EU, VAT (Value-added tax) atau cukai tambah nilai akan dikembalikan bagi individu bukan warganegara Kesatuan Eropah.

Selain itu, banyak jenama-jenama terkemuka dunia memberikan diskaun yang tinggi di Eropah. Dengan diskaun yang tinggi, ditambah pula dengan pulangan VAT, harga item yang anda beli menjadi jauh lebih murah daripada apa yang anda dapat di Malaysia.

hermes 7 jenama mewah yang lebih murah di eropah dan lokasinya

Malah, ada satu ketika pada tahun 2017, di mana perbezaan harga antara tempat seperti Asia dan Amerika Syarikat adalah sangat berbeza berbanding Eropah disebabkan insiden Brexit membuatkan pencinta-pencinta jenama terkemuka dunia melabur wang dengan banyak bagi mendapatkan item kegemaran mereka.

Sejak itu, jenama-jenama ini telah melaraskan harga bagi menampung kerugian dan kenaikan bermakna harga di seluruh dunia menjadi lebih kompetitif.

Cara tuntut bayaran balik VAT

cara tuntut vat 7 jenama mewah yang lebih murah di eropah dan lokasinya

Walaupun anda akan dapat balik VAT, namun perlu diingat bahawa kadar tukaran mata wang, jumlah cukai yang berbeza-beza, yuran perkhidmatan dan apa-apa duti import yang mungkin ditambah, akan memberikan kesan kepada harga keseluruhan yang dibayar.

Pastikan anda menyediakan pasport anda ketika membuat pembelian untuk layak mendapat bayaran balik VAT. Perlu diketahui bahawa pihak butik atau outlet tak akan memberikan pulangan VAT secara tunai.

Anda biasanya akan diberikan resit yang perlu diisi maklumat anda, dan resit tersebut perlu diserahkan kepada pejabat bayaran balik VAT di lapangan terbang yang anda akan berlepas pulang ke negara asal.

Juga, VAT hanya boleh dituntut dalam masa 6 bulan pembelian dibuat.

1. Louis Vuitton di Perancis

champ elysees 7 jenama mewah yang lebih murah di eropah dan lokasinya

Antara jenama yang menjadi kegilaan ramai tak lain tak bukan adalah Louis Vuitton. Berjalan-jalan di kedai-kedai flagship seperti di Champs Elysees untuk mencari beg tangan kulit berjenama adalah idaman setiap wanita, dan sesetengah lelaki.

Namun, kedai-kedai di Champs Elysees ini termasuklah Louis Vuitton amat terkenal dengan baris yang panjang sebelum memasuki butik, berebut dengan pelanggan lain dan macam-macam lagi. Kakitangan butik ini pula sering sibuk, dan jika anda tahu apa yang anda mahukan, pembelian akan menjadi agak kelam kabut dan pengalaman indah membeli-belah anda mungkin akan terganggu.

galleries lafayette 7 jenama mewah yang lebih murah di eropah dan lokasinya

Untuk pilihan yang lebih baik dan tidak sesibuk di Champs Elysees, anda mungkin boleh pergi ke Avenue Montaigne atau Galleries Lafayette. Bagi mengelakkan anda menyesal dalam pembelian, adalah lebih baik untuk membuat semakan dan kajian terlebih dahulu.

Dan jika anda mencari sesuatu yang khusus, anda boleh menelefon butik-butik tersebut untuk memastikan butik tersebut mempunyai stok bagi barangan yang anda inginkan dan mengetahui harga semasa supaya perbandingan boleh dibuat.

Malah, butik seperti Le Bon Marché in Paris akan membuat bayaran balik VAT serta merta, membuatkannya menjadi lebih mudah kepada anda, dan bijak bagi mereka kerana kebarangkalian untuk anda membelanjakan pulangan VAT itu di negara mereka adalah sangat tinggi.

2. Chanel di Paris

la vallee village 7 jenama mewah yang lebih murah di eropah dan lokasinya

Seperti yang anda jangkakan, anda boleh dapatkan barangan berjenama Perancis, di Perancis dan barangan jenama dari Itali, di Itali. Jadi, jika anda berjalan-jalan melalui butik-butik di Paris, anda harus peka terhadap butik-butik seperti Givenchy, Chanel, YSL dan Louboutin.

Jika anda inginkan harga yang jauh lebih murah, anda boleh melawati La Vallee Village, yang merupakan sebuah pusat beli-belah outlet yang terletak di pinggir bandar Paris, yang dipenuhi dengan jenama-jenama dari Perancis dengan harga yang mampu membuatkan anda menangis.

3. Gucci dan Prada di Italy

gucci 7 jenama mewah yang lebih murah di eropah dan lokasinya 745

Terletak di bukit-bukit indah di sekitar Tuscany, The Mall adalah sebuah kedai outlet yang sangat mewah menawarkan jenama dari Itali dan jenama luar. Setiap jenama mempunyai kedai yang sangat luas dan pelbagai barangan.

Tempat letak kereta adalah percuma dan terdapat kafe-kafe yang mempunyai pandangan atas bumbung yang sangat menakjubkan. Jika anda sampai di sini, bersedia untuk menghabiskan masa seharian anda di sini dengan harga diskaun sehingga 50% dan kualiti barang yang sempurna.

Namun, kadang-kadang stok akan berkurangan dan The Mall dikunjungi oleh pelancong dari pelusuk dunia membuatkan anda harus bersesak-sesak.

4. Saint Laurent di Serravalle

designer outlet serravalle 7 jenama mewah yang lebih murah di eropah dan lokasinya

Jika anda melawat ke Itali, jangan lepaskan peluang untuk singah di pusat beli-belah outlet paling besar di Eropah, iaitu Designer Outlet Serravalle yang menawarkan beratus-ratus jenama terkenal.

Selain daripada Saint Laurent, Versace, D&G dan Robert Cavalli, terdapat juga jenama-jenama terkenal lain yang anda boleh dapat dengan harga diskaun sehingga 30%-50.

5. Burberry di London

burberry factory shop 7 jenama mewah yang lebih murah di eropah dan lokasinya

Jika anda mencari-cari diskaun 30% hingga 40% daripada harga butik, outlet adalah pilihan yang terbaik. Bagi jenama Burberry, terdapat beberapa lokasi di United Kingdom yang menawarkan harga yang tak masuk akal, termasuklah di Bicester Village dan Burbery Factory Shop di timur London.

Burberry Factory Shop menjadi semakin popular kerana anda hanya perlu mengambil bas dari tengah London untuk sampai ke situ. Ia memberikan pengalaman membeli belah yang menarik dengan harga yang rendah, pilihan yang banyak dan kedai yang luas.

Tips yang anda boleh gunakan adalah, cuba hubungi outlet tersebut terlebih untuk mengetahui bila stok baru akan sampai. Dengan ini anda boleh pelan masa anda dan terus serbu apabila stok baru sampai.

6. Mulberry di Belanda

roermond outlet 7 jenama mewah yang lebih murah di eropah dan lokasinya

Jika anda ke Belanda, pastikan anda mengunjungi outlet Roermond yang terletak hanya 20 minit dari sempadan Jerman dan merupakan outlet paling ramai pengunjung di kawasan ini.

Terdapat pelbagai jenama terkemuka dengan harga yang menarik di sini termasuklah Prada, Zegna, Tag Heuer, Mulberry, Kipling dan banyak lagi.

7. Hermes di Ireland

brown thomas 7 jenama mewah yang lebih murah di eropah dan lokasinya

Kedai mewah yang berpangkalan di Ireland, iaitu Brown Thomas terletak di Grafton Street menawarkan pilihan jenama mewah dan akitangan yang mesra membuatkan ia menjadi lokasi beli-belah yang paling popular di Ireland.

Pencinta jenama dilaporkan menikmati diskaun di antara 20% hingga 50% bagi barangan berjenama ketika musim jualan. Dan antara jenama yang terkenal dan boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah dari mana-mana tempat terutamanya Malaysia, adalah Hermes.

Dan jangan lupa, harga-harga diskaun yang anda nikmati, akan menjadi lebih murah jika ditolak dengan bayaran balik VAT yang biasanya anda boleh tuntut di lapangan terbang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)