Mengetahui kebenaran bahawa anda seorang anak angkat bukanlah sesuatu yang mudah.
Bagi sesetengah orang, ia merupakan satu mimpi buruk kerana kehidupan selama ini dirasakan seperti satu penipuan.
Namun, bagi satu keluarga termasuk ayah dan ibu yang tidak mengetahui sama ada anak tersebut adalah milik mereka, adalah sesuatu yang lebih menakutkan.
Itulah yang berlaku kepada 49 orang di Belanda.
BESARKAN TEKS A- A+
Seorang doktor di pusat IVF (persenyawaan in vitro) yang dituduh secara haram menggunakan spermanya sendiri untuk menghamilkan pesakit telah disahkan adalah bapa kepada 49 orang anak.
Proses yang sepatutnya berlaku adalah melakukan persenyawaan menggunakan sperma penderma dan bukannya sperma sendiri.
Dr. Jan Karbaat yang meninggal dunia 2 tahun lalu menghamilkan ibu-ibu malang di kliniknya di Rotterdam, Belanda.
Apa yang mengejutkan adalah tiada seorang pun daripada wanita tersebut menyedari bahawa Dr. Jan menggunakan sperma sendiri dalam persenyewaan yang dilakukan.
Penipuan besar-besaran yang mana dinafikan oleh Jan sendiri telah terbongkar selepas ujian DNA diumumkan kepada umum oleh mahkamah Belanda.
Ia disusuli dengan pertempuran undang-undang selama 2 tahun oleh sebahagian daripada anak-anak Jan yang mana kebanyakannya berusia 30-an, selepas mengesyaki bahawa mereka mempunyai pertalian.
Apa yang paling jelas bahawa mereka mempunya pertalian adalah anak-anak tersebut mempunyai persamaan fizikal yang begitu ketara.
Barang-barang telah dirampas dari rumah doktor tersebut selepas kematiannya pada April 2017 dan DNA yang digunakan dalam ujian tersebut diekstrak daripada berus gigi.
Ujian yang dijalankan kemudiannya membuktikan bahawa Dr. Jan Karbaat adalah bapa kepada 49 orang anak, walaupun terdapat kemungkinan bahawa dia mempunyai lebih banyak anak.
Menurut salah seorang daripada anaknya, Martijn van Halen, dia sangat gembira mengetahui kebenaran ini dan berasa tenang.
Dia dan adik-beradiknya yang baru sahaja disahkan menjadi rakan ketika bergelut dengan perbicaraan dan akan terus saling berhubungan.
Klinik Dr. Jan telah ditutup pada tahun 2009 selepas beroperasi selama berberapa dekad di tengah-tengah pertuduhan pemalsuan data dan melebihi 6 orang anak yang dibenarkan bagi setiap penderma.