India mempunyai sejarah yang sangat gemilang dengan raja-raja yang kaya dan hidup mewah di dalam mahligai yang serba mewah. Kebanyakan mereka mempunyai kereta yang mewah dan mahal, termasuklah kereta buatan British, Rolls Royce.

Namun, Raja India juga mempunyai sejarah dengan syarikat pengeluar kereta terkemuka dunia ini yang agak lucu tetapi mempunyai nasihat. Sejak penubuhannya, Rolls Royce adalah sebuah syarikat pengeluar kereta yang sangat berprestij, ekslusif dan mewah. Hanya orang berada dan kerabat diraja sahaja mampu memilikinya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kisah kereta rolls royce digunakan untuk mengangkut sampah oleh maharaja india

Pada tahun 1920, ketika Maharaja Alwar, Jai Singh melawat ke kota London, beliau berjalan-jalan dengan berpakaian kasual di Bond Street. Kebetulan, beliau ternampak sebuah bilik pameran Rolls Royce dan kemudiannya masuk ke kedai tersebut untuk bertanyakan harga serta ciri-ciri kereta yang dipamerkan.

Namun, disebabkan penampilan dan cara pemakaian Maharaja Jai Singh yang agak biasa-biasa, jurujual-jurujual di bilik pameran tersebut menyangkakan beliau adalah orang India yang miskin. Mereka menyindir Maharaja Jai Singh dengan mengatakan beliau tidak mampu untuk memiliki kereta mewah tersebut, dan "dihalau" keluar.

Berikutan penghinaan tersebut, maharaja India ini berasa sangat marah dan terus pulang ke bilik hotelnya. Beliau kemudian mengarahkan orang suruhannya supaya menelefon bilik pameran tersebut dan memberitahu Maharaja dari Alwar, India berminat untuk membeli beberapa buah kereta.

kisah kereta rolls royce digunakan untuk mengangkut sampah oleh maharaja india 5

Beberapa jam kemudian, Maharaja Jai Singh tiba di bilik pameran tersebut dengan berpakaian lengkap sebagai maharaja. Kali ini, disebabkan tahu siapa yang akan datang, jurujual-jurujual tersebut menghamparkan permaidani merah dan disambut dengan penuh hormat.

Maharaja Jai Singh kemudiannya membeli kesemua 7 buah kereta Rolls Royce yang ada di bilik pameran dengan bayaran penuh termasuk upah penghantara. Kereta-kereta tersebut kemudiannya diarahkan supaya dihantar ke istananya.

Setelah beliau pulang ke Alwar, Maharaja Jai Singh menyuruh majlis bandaraya mengambil 7 buah kereta Rolls Royce tersebut dan digunakan untuk menyapu, mengutip dan menghantar sampah di sekitar kawasan bandar Alwar.

kisah kereta rolls royce digunakan untuk mengangkut sampah oleh maharaja india 2

Kereta nombor satu dunia pada ketika itu digunakan untuk menghantar sampah sarap dan najis-najis di bandar Alwar. Berita itu kemudiannya tersebar ke seluruh dunia dan reputasi syarikat Rolls Royce menjadi bahan ketawa masyarakat dunia.

Apabila seseorang di Eropah atau Amerika berlagak dengan mengatakan bahawa mereka memiliki Rolls Royce, orang lain akan membalas, "Yang mana satu? Sama seperti yang digunakan di India untuk mengutip sampah?,".

Dan disebabkan ketika itu syarikat ini adalah pengeluar kereta yang terbesar dan paling berprestij, memilikinya adalah satu kebanggaan, namun perkara ini membuatkan reputasinya jatuh dengan mendadak sekali.

kisah kereta rolls royce digunakan untuk mengangkut sampah oleh maharaja india 3 913

Selepas reputasi teruk terjejas, jualan Rolls Royce menurun dengan mendadaknya dan perolehan syarikat ini menjadi semakin rendah. 

Akhirnya berita tersebut sampai ke pengetahuan syarikat Rolls Royce, mereka telah menghantar telegram kepada Maharaja Jai Singh memohon maaf atas segala kesalahan mereka dan meminta agar kereta Rolls Royce dihentikan penggunaannya untuk mengangkut sampah.

Bukan itu sahaja, Rolls Royce juga menawarkan untuk menggantikan kereta-kereta tersebut kepada yang baru tanpa sebarang bayaran.

Melihatkan syarikat tersebut sudah mempelajari sesuatu atas kesilapan mereka, Maharaja Jai Singh mengarahkan supaya kereta-kereta tersebut tidak lagi digunakan untuk tujuan demikian.

Rujukan:

1. India TV News

2. Dynamicpedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)