Ramveer Tanwar sedang berada di tahun terakhirnya ketika melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi (B.Tech) apabila menyedari tasik dan kolam di sekelilingnya semakin "hilang". Tempat yang beliau dan rakan-rakannya membesar bermain-main kebanyakannya dijadikan kawasan pembuangan sampah dan tidak lagi seperti dahulu.

Pada tahun 2013, Ramveer sedang mengajar tuisyen kepada kanak-kanak di kampungnya apabila beliau menyedari bahawa orang ramai tidak menyedari paras air yang cepat susut di kawasan itu serta jumlah air yang dibazirkan oleh mereka setiap kali hari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mengikut statistik, 600 juta orang India menghadapi masalah bekalan air yang serius  dan kira-kira 2,00,000 orang mati setiap tahun kerana akses yang tidak mencukupi kepada air selamat. Malah, negeri tempat kelahirannya sahaja telah menghadapi 13 kemarau berturut-turut dalam tempoh 15 tahun lalu.

"Jal Chaupal"

mesyuarat jal chaupal

Untuk mengajar penduduk kampung tentang bahaya kekurangan sumber air pada masa hadapan, beliau mengajar pelajarnya bercakap tentang pemuliharaan air kepada ibu bapa mereka. Kanak-kanak itu cuba meyakinkan ibu bapa mereka tetapi usaha ini tidak membuat banyak perbezaan kerana penduduk kampung enggan mempercayai bahawa mereka mungkin masalah kekurangan air pada masa hadapan.

Kemudian, beliau telah pergi dari rumah ke rumah bertemu penduduk kampungnya, Dadha di Uttar Pradesh, bercakap dengan setiap keluarga tentang sumber air yang semakin susut, kawalan sampah, dan keperluan memulihara kolam. Pada peringkat awal, semuanya dilakukan secara bersendirian. 

Beliau turut menggesa para pelajar untuk mengumpulkan ibu bapa mereka di tempat satu tempat pada hari Ahad di mana beliau akan berbincang dengan mereka bagaimana air boleh dipelihara.

Sambutan kepada mesyuarat ini sebahagian besarnya positif dan tidak lama kemdian beliau mendapat panggilan daripada kampung-kampung berhampiran untuk mengadakan mesyuarat sedemikian di kampung mereka juga. Inisiatifnya telah diiktiraf oleh majistret daerah, dan mesyuarat itu secara rasmi dinamakan "Jal Chaupals".

Kejayaan pertama

pemuliharaan sungai

Ramveer menyedari bahawa kerana tasik dan kolam digunakan sebagai tempat pembuangan, air bawah tanah  tidak disimpan semula ke tahap yang sepatutnya, dan oleh itu dia mengambil tugas untuk memulihkan kolam yang mati.

Beliau bagaimanapun berdepan tentangan kerana ada pihak yang tidak membenarkannya melaksanakan rancangannya kerana mahu kolam itu kekal sebagai tapak pelupusan sampah. Beliau memulakan proses memulihkan kolam di Kampung Dabra pada tahun 2015.

Beliau berjaya mengumpulkan beberapa sukarelawan, pelajarnya, dan ibu bapa mereka dan mula mengalihkan sampah dari kolam. Mereka membersihkan kolam itu sepenuhnya dan menanam anak pokok di sekelilingnya. Tidak lama kemudian, kolam itu telah dipulihkan seperti mana sebelumnya.

Kerajaan pentadbiran daerah telah dijemput untuk menyaksikan proses pemulihan yang ajaib ini. Selepas pemulihannya, penduduk dari kampung dan daerah lain mula menghubungi Ramveer untuk membantu mereka memulihkan tasik dan kolam di kampung mereka juga.

Sejak itu, beliau, dengan bantuan NGO dan sukarelawan telah dapat memulihkan kira-kira sedozen kolam dan sepanjang 2018. Dengan dana yang awalnya dikutip daripada orang kampung, mereka berjaya membina satu sistem bagi memastikan sampah sarap dapat diasingkan.

Penubuhan pasukan "Bhujal Sena” 

ramveer tanwar

Ramveer Tanwar pada awalnya hanya melakukan usaha ini secara sukarelawan dan separuh masa. Untuk meneruskan usaha memulihkan tasik dan kolam, beliau terpaksa menukar pekerjaan beberapa kali kerana terlalu sibuk. Tergerak dengan usahanya, kerajaan Uttar Pradesh menubuhkan "Bhujal Sena" (Tentera Air Bawah Tanah) di setiap daerah di negeri itu dimana beliau ialah penyelaras daerahnya.

Bhujal Senas ialah kumpulan manusia yang menumpukan perhatian kepada pemuliharaan air di kawasan masing-masing. Tetapi memandangkan kerajaan tidak mempunyai dana untuk program kesedaran itu, banyak kali beliau terpaksa membelanjakan wang dari poketnya sendiri untuk mendekati orang ramai bagi menyedarkan mereka tentang kepentingan penjimatan air.

Bermula di satu kampung sahaja, gerakan yang dimulakan oleh Ramveer kini telah merebak ke lebih 50 kampung dan mengubah wajah wilayah itu secara perlahan-lahan.

Kredit:

  1. Indulge Express
  2. Scoop Whoop



Hakcipta iluminasi.com (2017)