Sekitar tahun 1990an, sekumpulan pelajar daripada Massachussets Institute of Technology (MIT) telah membentuk sebuah pasukan blackjack (judi) yang akhirnya menjadi terkenal di seluruh dunia kerana kejayan mereka meraih kemenangan yang besar. 

Mereka mencapai sesuatu yang dilihat sangat mustahil untuk dilakukan, mereka 'menewaskan' Las Vegas. Umum tahu bahawa pihak kasino sentiasa mempunyai kelebihan untuk menang dalam sesebuah permainan judi. Namun para pelajar MIT ini mempunyai teknik yang berkesan dalam permainan blackjack, memberikan mereka keuntungan besar setiap kali mereka bermain. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk mempelajari asas-asas permainan popular ini, seseorang hanya perlu membaca buku panduan kasino seperti 'Ladbroke’s casino guide for beginners', atau sekadar berguru dengan Google atau Youtube. Namun, dengan mempelajari secara mendalam, dan melalui latihan serta menggunakan logik, pasukan MIT tersebut berjaya membawa permainan blackjack ini ke suatu tahap yang lebih tinggi. 

Kisah Bagaimana Pasukan Blackjack MIT Bermula

kisah pasukan blackjack mit

Pasukan tersebut sebenarnya bukanlah terdiri daripada sekumpulan pelajar jurusan matematik semata-mata, yang menjadi salah faham dalam kalangan masyarakat di luar sana. Sebaliknya, pasukan ini berkembang dan berubah dari tahun ke tahun dengan penyertaan ahli baru, dan ahli lama meninggalkan pasukan, atau mereka dibuang kerana teknik permainan yang teruk. 

Para pelajar ini melakukan eksperimen dengan teknik 'pengiraan kad' (card counting) di kampus universiti mereka, namun tidak pernah sama sekali menggunakannya untuk berjudi di kasino. Sehinggalah pada suatu hari mereka terserempak dengan seorang graduan dari Harvard University yang bernama Bill Kaplan. 

Sejak berusia 18 tahun lagi, Bill telah menggunakan model matematik untuk memenangi permainan blackjack di seluruh dunia, menggunakan modal sebanyak $USD1,000, dan menjadikannya kepada $USD30,000 dalam masa 9 bulan sahaja. Terdengar perbualan Kaplan tentang kejayaan beliau di Vegas, para pelajar MIT ini menjemput beliau untuk mengajar mereka. Dari sini, bermulalah episod kejayaan pasukan blackjack MIT. 

bill kaplan dimainkan oleh kevin spacey filem 21

jeff ma ahli pasukan blackjack mit

Jeff Ma dan Mike Aponte adalah antara pemain dalam pasukan tersebut yang paling terkenal. Ramai lagi ahli pasukan tersebut yang memilih untuk menyembunyikan identiti mereka sehingga hari ini. Ada di antara mereka yang telah dipenjarakan kerana cuba mempraktikkan teknik pengiraan kad di luar negara. 

Ketika kemuncak kejayaan mereka, pasukan ini mempunyai kira-kira 80 orang pemain. Pasukan blackjack MIT ini hanya mempunyai satu matlamat, iaitu untuk menewaskan dealer (kasino) dan menang besar, dan mereka berjaya melakukannya dengan mudah. Kisah mereka ini menjadi sangat terkenal sehinggakan Holywood tertarik untuk menghasilkan filem berkenaan mereka. Maka terhasil lah filem 21. 

Bagaimana Mereka Menewaskan Kasino-Kasino Besar?

kasino las vegas mit blackjack

Di bawah didikan Kaplan, para pelajar ini menggunakan pengetahuan matematik dan teknik pengiraan kad untuk meramal kemunculan kad-kad yang diingini ketika permainan. Ahli pasukan tersebut akan berlatih selama berbulan-bulan sebelum mereka dibenarkan bermain. 

Mereka wajib melalui dan melepasi beberapa siri ujian sebelum dibenarkan bermain di kasino-kasino besar. Antara salah satu ujiannya adalah menewaskan dealer di kasino tempatan. Apabila mereka melepasi kesemua ujian, dan diyakini sudah bersedia, mereka akan ditempatkan di beberapa kasino berasingan di Las Vegas bagi mengelakkan sebarang kecurigaan. 

pasukan blackjack mit

pasukan kasino mit tewaskan kasino

Antara kejayaan besar pasukan tersebut adalah memenangi $USD400,000 di Las Vegas ketika bermain hanya di hujung minggu. Mereka akan terus menjalani latihan walaupun menang besar, bagi menyempurnakan teknik pengiraan kad dan meningkatkan kebarangkalian untuk menang setiap kali bermain. Setiap pemain berupaya memenangi sekurang-kurangnya USD30,000 setiap kali mereka bermain. 

Mereka kemudiannya menggunakan pengalaman tersebut untuk menghasilkan beberapa program komputer sebagai langkah menyempurnakan lagi teknik tersebut, mengajar mereka langkah seterusnya untuk setiap situasi yang berbeza, demi memastikan mereka terus menang. 

Bagaimana Pihak Kasino Bertindak Balas Ke Atas Pasukan Blackjack MIT

kasino bertindak terhadap pasukan blackjack mit

Kebanyakan ahli-ahli pasukan blackjack MIT sudah terbiasa dengan kehidupan mewah yang hadir bersama kemenangan mereka. Tidak menjadi rahsia bahawa mereka yang berjudi pada jumlah yang besar akan diberikan layanan istimewa seperti akses kepada unit penthouse dan tiket percuma ke acara-acara besar. 

Walaubagaimanapun, kejayaan pasukan ini juga menjadi penyebab kepada kejatuhan mereka. Disebabkan kemenangan yang konsisten, mereka berjaya menarik perhatian ramai pihak, termasuklah pihak kasino sendiri. Kasino-kasino di Las Vegas mula curiga dengan aktiviti mereka, dan mula mengupah penyiasat persendirian untuk menyiasat, dan mengesan ahli-ahli pasukan tersebut. 

pasukan blackjack mit kalahkan kasino

Ramai daripada mereka berjaya ditangkap dan diancam untuk tidak lagi bermain di kasino-kasino di Las Vegas. Ada antara mereka yang dipukul dengan teruk. Ada juga ahli pasukan blackjack MIT yang membelot dengan memberi nama rakan-rakan mereka kepada pihak kasino kerana tamak dengan habuan wang ringgit. 

Pasukan blackjack MIT tidak lagi berdaya untuk meneruskan aktiviti tersebut kerana terlalu berisiko. Pasukan tersebut akhirnya dibubar. Sehingga hari ini, secara teknikalnya, teknik pengiraan kad adalah sah dari segi undang-undang, namun kebanyakan kasino akan melakukan apa sahaja bagi menghalangnya. 

Sumber & Bacaan Tambahan:

  1. historyvshollywood.com
  2. bbc.com
  3. relativelyinteresting.com
  4. themitblackjackteam.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)