Sejak 2 - 3 tahun kebelakangan ini, nama laman web e-commerce Lazada semakin meningkat naik. Boleh dikatakan ianya menjadi laman web utama di Malaysia bagi pengguna internet yang ingin membeli secara dalam talian.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Lazada pada awalnya ditubuhkan oleh syarikat Rocket Internet.

Siapakah Rocket Internet?

lazada klon amazon

BESARKAN TEKS     A-  A+

Rocket Internet adalah sebuah syarikat daripada Jerman yang ditubuhkan oleh 3 orang adik beradik. Model bisnes mereka sangat berlainan - mereka akan mengklon website-website sedia ada yang sudah berjaya.

Lazada bukanlah idea asal mereka, sebaliknya merupakan klon kepada laman web Amazon yang popular di Amerika Syarikat. Lazada dibina untuk menguasai pasaran e-commerce di rantau Asia Tenggara.

Halangan Utama Lazada

1. Kurang Pembeli Secara Dalam Talian

Kuasa membeli penduduk di Asia Tenggara jauh lebih rendah berbanding di Amerika Syarikat. Mungkin disebabkan faktor inilah Amazon kurang memberikan fokus kepada pasaran Asia Tenggara. Lazada ditubuhkan pada tahun 2012 dan ketika itu, hanya 1% sahaja daripada pengguna internet membeli secara dalam talian berbanding 10% di Amerika Syarikat.

2. Kesukaran Melakukan Penghantaran Ke Kawasan Pedalaman

Kebanyakan negara di Asia Tenggara tidak semaju Amerika Syarikat. Di negara besar seperti Indonesia ataupun negara kurang maju seperti Filipina, mereka menghadapi kesukaran untuk melakukan penghantaran barangan terutamanya ke kawasan pedalaman.

Strategi Lazada

1. Membuka Peluang Perniagaan Kepada Peniaga Persendirian

Strategi awal Lazada adalah meniru strategi Amazon. Sama seperti Amazon yang mempunyai gudang barangan mereka sendiri, Lazada juga turut mempunyai gudang barang yang besar. Ketika dilancarkan pada 2012, barangan yang dijual di laman web Lazada terhad kepada stok yang dimiliki di gudang mereka.

Menjelang 2013, mereka mula membuka peluang kepada orang persendirian atau syarikat luar untuk membuka kedai digital mereka di laman web Lazada. Ternyata langkah ini adalah langkah yang bijak kerana 65% jualan di laman web Lazada dihasilkan oleh kedai-kedai digital ini.

2. Pelaburan Daripada Alibaba

Syarikat Alibaba merupakan syarikat yang memonopoli pasaran China. Ketika ingin meluaskan pasaran ke Asia Tenggara, mereka dapati Lazada adalah jawapannya. Dengan kepakaran dan kejayaan platform Lazada di Asia Tenggara, Alibaba akan mendapat manfaatnya. Pada bulan Mac 2016, pendapatan tahunan Lazada dilaporkan mencecah $1.36 billion.

Pada bulan April 2014, syarikat Alibaba Group telah membeli saham dalam Lazada, seterusnya menjadi pemegang saham terbesar Lazada. Selain itu, dengan potensinya untuk terus mencatat keuntungan, Tesco juga turut sama telah membeli saham Lazada.

taoboa di lazada

Pemilikan Lazada oleh Alibaba Group akan memudahkan peniaga-peniaga daripada China untuk memasarkan produk mereka ke seluruh Asia Tenggara dan juga sebaliknya. Penghantaran barangan secara pukal juga membolehkan mereka menawarkan penghantaran secara percuma ataupun pada kos yang sangat rendah.

Sekiranya anda perasan, kini di web Lazada Malaysia anda boleh membeli barangan daripada Taobao. Taobao ini adalah barangan-barangan yang dijual di China, tetapi sudah mula boleh dibeli oleh orang Malaysia melalui laman web Lazada Malaysia.

Kredit:

  1. WikiPedia
  2. Techniasia



Hakcipta iluminasi.com (2017)