Anda pasti mengenali Forever 21, jenama fesyen terkenal daripada Amerika Syarikat yang kini terdapat di kebanyakan pasaraya terkenal di Malaysia. Tahukah anda dahulu Forever 21 ini dikenali dengan nama Fashion 21. Sebelum menjadi salah satu jenama fesyen terkenal di dunia, syarikat ini bermula di sebuah kedai yang berkeluasan 900 kaki persegi sahaja di Los Angeles. 

forever 21 shop

Ketika pasangan suami isteri iaitu Do Won "Don" Chang dan Jin Sook berpindah ke Los Angeles daripada Korea Selatan pada tahun 1981, mereka berangan untuk mengubah hidup mereka ataupun living the American Dream. Walaupun mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan tidak mempunyai ijazah serta tidak pandai bertutur dalam bahasa English, mereka bertekad untuk mengubah hidup mereka di dalam industri kopi yang mereka usahakan.

Namun, usaha mereka dalam industri kopi tidak membuahkan hasil.

don and wife

Selama 3 tahun, Don bekerja keras untuk menyara hidup keluarganya. Dia pernah bekerja sebagai tukang pam minyak, pembancuh kopi, dan sekuriti bangunan namun segala kerja yang dibuatnya tidak membuatkannya hilang cita-cita untuk berjaya di Amerika Syarikat. Satu hari semasa Don sedang bekerja, beliau menyedari sesuatu. Di dalam temuramah bersama LA Times, Don berkata,

"Saya perasan kebanyakan orang yang membawa kereta mewah adalah daripada industri pakaian atau fesyen."

Menyedari akan hakikat ini, Don dan Jin Sook telah membuka sebuah kedai pakaian yang mempunyai keluasan hanya 900 kaki persegi di Los Angeles pada tahun 1984 yang mereka namakan sebagai Fashion 21.

kedai pertama forever 21

Untuk rekod, kedai yang disewa mereka itu merupakan bangunan yang menyaksikan 3 kali perniagaan lama yang gagal, namun nasib Don dan Jin Sook agak berbeza.

Fashion 21, telah mencatatkan jualan sebanyak $700,000USD untuk tahun pertama!

Pasangan ini menyedari akan potensi jenama mereka dan telah mengambil inisiatif dengan membuka beberapa kedai setiap 6 bulan. Mereka juga telah menukar nama daripada Fashion 21 kepada Forever 21.

Sehingga sekarang, Forever 21 diuruskan oleh keluarga Don sendiri.

don and family

Don menjadi Chief Executive Officer(CEO) atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, manakala Jin Sook bertindak selaku Chief Merchandising Officer atau Ketua Pegawai Peruncitan. Dua anak mereka turut bersama mereka pada tahun 2009 dan memegang jawatan penting; Linda menguruskan bahagian marketing atau pemasaran dan Esther menguruskan penjenamaan syarikat.

Don dalam temuramah bersama LA Times;

"Pentingnya anak-anak perempuan kami belajar dan menghargai mengenai kerja keras yang saya dan isteri usahakan sepanjang membina syarikat kami. Siapa lagi yang layak meneruskan legasi syarikat kami selain daripada keluarga sendiri. Forever 21 memberi harapan kepada mereka yang tidak mampu berbelanja dengan mewah. Dan nilai itulah yang mengajar kami yang mana setiap imigran yang datang ke Amerika Syarikat seperti kami boleh datang ke Forever 21 dan merasai segala yang terbina di sini adalah hasil daripada impian kami ketika menjejak kaki ke sini."

Hari ini, Forever 21 mempunyai 600 kedai di seluruh Amerika Syarikat, Asia, Asia Tengah dan di United Kingdom.

forever 21 shop 1

Forever 21 adalah syarikat runcit ke-5 terbesar di Amerika Syarikat. Jualan syarikat ini mencecah $4.4BillionUSD dan keluarga Changs dianggarkan mempunyai harta sebanyak $6.1BillionUSD mengikut Forbes.

Pasangan suami isteri ini adalah inspirasi kepada mereka yang mempunyai angan-angan untuk berjaya agar tidak mudah berputus asa.

Sumber


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)