kebangkitan dan kejatuhan blackberry

Blackberry pernah digelar sebagai raja telefon pintar satu ketika dahulu, yang menjual lebih dari 50 juta unit di zaman kegemilangannya pada tahun 2011.

Syarikat telekom Kanada itu pada awalnya dikenali sebagai Research In Motion (RIM) dan mempunyai berpuluh-puluh juta pelanggan.

RIM memulakan operasinya dengan menghasilkan pager dan telefon bimbit tetapi penghasilan telefon pintar pertama yang lengkap dengan papan kekunci ikonik terbentuk dalam tempoh 15 tahun pertama.

Pada satu ketika, Blackberry menguasai 50% pasaran telefon pintar di Amerika Syarikat dan 20% di seluruh dunia.

Di kemuncaknya, telefon Blackberry boleh ditemui di seluruh dunia tetapi permintaan menjunam dengan pantas dan pada tahun 2016, Blackberry menghentikan pengeluaran telefon mereka.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Sejarah Research In Motion (Blackberry)

pengasas research in motion

(Pengasas Research In Motion)

Pada tahun 1983, dua pelajar kejuruteraan Kanada iaitu Mike Lazaridis dan Douglas Fregin menubuhkan RIM.

Pada mulanya syarikat itu banyak terlibat dalam projek rawak seperti menghasilkan sistem LED untuk General Motors, rangkaian tempatan untuk IBM dan juga sistem pengeditan filem yang memenangi Oscar pada tahun 1998.

Pada tahun 1989, syarikat telefon Kanada iaitu Rogers memberikan kontrak kepada RIM untuk mengendalikan sistem rangkaian teks mudah alih yang direka khas untuk menghantar mesej, menjadikan RIM sebagai pakar awal dalam pemesejan mudah alih. 

Dicepatkan tahun ke 1996, RIM telah mencipta pager dua hala dan untuk beberapa tahun kemudian, syarikat ini menambaik kepada reka bentuk ini dengan beransur-ansur menambahkan ciri-ciri tambahan seperti paparan berwarna, Wi-Fi, mesej segera dan pelayaran web. 

Pada tahun 2002, syarikat ini melancarkan model pertama mereka yang boleh digelar sebagai telefon dan pada tahun 2006, RIM menambah bebola yang membolehkan pengguna menatal (scroll) ke seluruh skrin.

telefon blackberry satu ketika dahulu

BlackBerry kemudiannya menemui cara untuk membuat telefonnya sangat diperlukan bagi orang kaya dan berkuasa.

Dengan ini, ia memberikan makna sesuatu berkenaan dengan siapa anda sebagai seseorang dan menjadi simbol status. Ini membuatkan mereka mendapat nama "Crackberry".

Orang ramai menjadi ketagih dengannya untuk sentiasa kekal berhubung. Blackberry juga mempunyai reka bentuk yang ringkas, mudah dipelajari dan jelas dipasarkan untuk golongan perniagaan dan profesional.

Papan kekunci penuh pada telefon ini membolehkan orang bekerja di luar pejabat di mana mereka boleh membalas email, mesej, melayar laman sesawang dan segalanya yang boleh dilakukan menggunakan komputer.

Bukan itu sahaja, ia juga ditambah dengan antara ciri yang paling disukai iaitu Blackberry Messenger (BBM).

Perkhidmatan BBM adalah komponen yang sangat penting dalam menyumbang kepada kejayaan Blackberry.

Ia juga membongkar dengan begitu awal bahawa orang ramai mahu mempunyai cara untuk berhubung dengan cepat, mesej tanpa limit dan mempunyai BBM juga membuatkan anda berasa sangat ekslusif kepada pengguna BBM sahaja.

Kemudahan ini yang dipadankan dengan keterangkuman membuahkan hasil lumayan di mana menjelang tahun 2007, RIM memperoleh pendapatan lebih daripada RM12 bilion dengan keuntungan bersih sebanyak RM2.6 bilion.

Ketika itu, Blackberry menerima pelbagai kontrak kerajaan dan berurusan dengan syarikat-syarikat besar, serta mendominasi pasaran Amerika Syarikat membuatkan mereka tidak perlu bimbang tentang apa-apa.

iphone 4

Kemudian, iPhone membuatkan semuanya berubah. Pada ketika itu, Iphone adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh para pengguna, yang merupakan peranti sentuh skrin penuh dan merupakan satu inovasi hebat pada ketika itu bagi industri telefon.

Manakala Blackberry masih menggunakan papan kekunci fizikal pada ketika itu. Namun, iPhone tidak "membunuh" RIM, tetapi mereka hanya akan membuatkan syarikat Kanada itu lumpuh.

Blackberry tidak melihatkan iPhone sebagai satu persaingan kerana ia tidak memenuhi pasaran perniagaan, jadi ia menjalankan perniagaan seperti biasa.

RIM melancarkan telefon lipat pada tahun 2008 dan diikuti dengan pantas oleh Blackberry Storm, peranti sentuh skrin pertamanya. 

Storm diulas dan dikutuk oleh para pengkritik yang mengatakan ia merupakan satu kekecewaan yang dahsyat disebabkan oleh prestasinya yang lembab dan penuh kecacatan.

Namun, telefon Blackberry masih terjual disebabkan oleh beberapa sebab. Pertama, harga iPhone adalah jauh lebih mahal berbanding Blackberry dan hanya eksklusif kepada pembekal telekom AT&T.

Ini memaksa para pengguna Amerika Syarikat untuk sama ada menukar pembekal atau memilih telefon baru, dan dengan jelas terbukti bahawa orang ramai masih belum mahu melepaskan papan kekunci ikonik Blackberry mereka.

Jadi, Blackberry kelihatan tidak tergugat tetapi RIM memandang rendah terhadap betapa pantasnya pasaran telefon pintar sedang berubah.

telefon blackberry satu ketika dahulu 2

Terdapat model iPhone dan telefon pintar lain seperti Motorola yang mula dipasarkan setiap tahun.

RIM cuba untuk bersaing dan melancarkan peranti baru seperti tablet PlayBook dan Torch tetapi peranti-peranti ini tidak mendapat sambutan.

Malah, PlayBook tidak mempunyai aplikasi e-mel yang menjadikannya tidak berguna kepada pengguna Blackberry yang mempunyai minda perniagaan.

Pada Jun 2010, kemusnahan Blackberry semakin hampir dengan pelancaran iPhone 4. Sejurus selepas pelancarannya, jualan telefon iPhone ini telah melepasi Blackberry untuk kali kedua, dan kali ini, iPhone kekal di atas.

Blackberry terlalu perlahan dan seolah-olah tidak mahu berubah.

Syarikat ini membina produk hebat yang mampu berfungsi dan menambah baik ciri-ciri secara beransur-ansur, namun mereka tidak melakukan satu perubahan besar yang mampu membuatkan pengguna teruja. 

Telefon-telefon Blackberry kelihatan seperti kurang ciri-ciri yang menarik kepada pengguna, seperti kamera hadapan dan belakang. Kekurangan ini akhirnya membawa kepada kejatuhan RIM.

Penguasaan pasaran global RIM mula merudum dari 20% pada tahun 2009 kepada kurang daripada 5% pada tahun 2012.

Di saat ketika RIM akhirnya mengeluarkan telefon pintar skrin sentuh pada tahun 2013, ia sudah terlambat.

Pada tahun yang sama, RIM menukarkan namanya kepada Blackberry, dan beranggapan bahawa para pelanggan setia mereka akan menunggu mereka, namun ia tidak berlaku.

Ketika itu, orang ramai sangat meminati sama ada iPhone atau telefon Android. Dan pada suku terakhir tahun 2016, daripada 432 juta telefon pintar yang terjual di seluruh dunia, hanya 200,790 unit daripadanya adalah Blackberry.

kebangkitan dan kejatuhan blackberry 2

Ini menjadikan bahagian pasaran Blackberry di seluruh dunia adalah 0%.

Dan pada tahun 2016, syarikat elektronik pengguna TCL milik China telah membeli jenama telefon Blackberry yang membawa kepada keluar daripada pasaran telefon pintar, 14 tahun selepas pelancaran telefon pertama mereka.

Namun, telefon ini masih terus dihasilkan. Perjanjian yang dibuat adalah TCL menghasilkan dan mengeluarkan perkakasan Blackberry manakala syarikat Blackberry menyediakan perisian.

Kini, telefon Blackberry masih mempunyai papan kekunci penuh yang ikonik, tetapi menggunakan sistem operasi Android yang memberikan pengguna akses kepada App Stoire dan pilihan penyesuaian yang lebih banyak.

Telefon Blackberry masih dipasarkan kepada jenis pengguna tertentu yang mahukan ciri privasi dan keselamatan dipertingkatkan dengan bahan pemasaran yang menonjolkan perlindungan keselamatan telefon serta hayat bateri.

Tetapi telefon Blackberry terbaru iaitu Key2, dilancarkan pada tahun 2018. Di zaman ini, model-model telefon pintar baru dilancarkan setiap tahun dan tahun 2019 hampir berlalu namun kita tidak melihat keluaran Blackberry yang terbaru.

Sama ada kita akan dapat melihat produk Blackberry terbaru dalam masa terdekat atau tidak, telefon ini akan sentiasa menjadi asas kepada sejarah telefon pintar.

Rujukan:

1. Business Insider

2. PIR

3. Wired



Hakcipta iluminasi.com (2017)