Sumber Foto: phonandroid.com

Beberapa jam yang lalu, Google baru sahaja membuat pelancaran beberapa produk berteknologi tinggi, antaranya termasuklah Google Pixel 2 XL. iPhone 8 dan iPhone turut akan keluar ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Sekiranya anda runsing dalam pemilihan antara produk telefon Google atau Apple, teruskan membaca. 

Rekabentuk

BESARKAN TEKS     A-  A+

google pixel 2 2 xl vs iphone x rekabentuk design

Sumber Foto: bgr.com

Secara kasarnya, iPhone X mempunyai rekabentuk yang tampak menarik, walaupun lekukan pada bahagian skrin atas gajet ini sering kali menjadi punca perdebatan.

Sekiranya anda boleh mengabaikan lekukan ini, anda pasti bersetuju bahawa iPhone X adalah telefon pintar yang cantik rekabentuknya berbanding telefon lain di luar sana. 

Google Pixel 2 XL telah banyak berubah dari segi rekabentuk berbanding versi sebelumnya. Seperti Apple, Google memilih rekabentuk dengan skrin keseluruhan pada paparan hadapan telefonnya. 

Rekabentuk Pixel 2 XL dilihat agak eksklusif, dengan identiti tersendiri, dengan pilihan 3 warna, iaitu Clearly White, Just Black dan Kinda Blue

Skrin

google pixel 2 2 xl vs iphone x skrin

Sumber Foto: fonearena.com

iPhone X sememangnya sebuah telefon yang power dari segi spesifikasi teknikalnya. Untuk permulaannya, iPhone X mempunyai 5.8 inci skrin yang pada dengan piksel, bersama paparan resolusi pada 1125 x 2436 piksel, yang berfungsi pada 458ppi. 

Penulis percaya pasti ramai pengguna akan berasa lebih selesa dengan skrin 6 inci AMOLED Google Pixel 2 XL, yang memaparkan visual yang lebih berdensiti tinggi dengan paparan QHD-resolution. 

Yang best tentang telefon pintar Google ini adalah teknologi 'Edge Sense' yang dibawa dari HTC U11. Teknologi ini membolehkan anda mengawal aspek tertentu telefon tersebut hanya dengan menekan bahagian tepi gajet ini, dan fungsinya sangat mengujakan.

Prosesor

google pixel 2 2 xl vs iphone x prosesor processor

Sumber Foto: wccftech.com

iPhone X dikuasakan oleh A11 Bionic cip, sebuah prosesor hasil ciptaan Apple. Cip A11 mempunyai 6 cores dengan prestasi respons yang pantas. Cip ini adalah antara cip yang paling laju pernah dicipta, jadi anda pasti tidak akan kecewa dengan prestasi iPhone X.

Google Pixel  2 XL dikuasakan oleh Snapdragon 835, prosesor berprestasi tinggi yang dicipta oleh pembuat cip Amerika Syarikat, iaitu Qualcomm.

Set cip ini telah dilihat berfungsi dengan menakjubkan sekali pada telefon pintar lain seperti Samsung Galaxy S8 dan Note 8. Jadi, tiada persoalan mengenai kebolehannya, sangat pantas.

Prosesor pada telefon Google ini mendapat sokongan 4GB RAM, serta pilihan kapasiti data sama ada 64GB mahupun 128GB. Apple mungkin menang dari segi variasi kapasiti penyimpanan data, namun ia kalah dari segi RAM.

Walaubagaimanpun, harus diingatkan bawah pengoptimuman iOS bermaksud iPhone tidak memerlukan kapasiti RAM yang tinggi seperti telefon Android. 

Bateri

batter charging iphone x google pixel 2 xl

Sumber Foto: The Verge

Dari segi kapasiti bateri kedua-dua telefon pintar ini, Google Pixel 2 XL mempunyai kapasiti sebanyak 3520mAH manakala bateri iphone X berkapasiti 2716mAh.

Dari segi penggunaan bateri, Apple dilihat telah menambah baik pulih penggunaan baterinya. Apple berkata jangka hayat penggunaan iPhone X adalah 2 jam lebih lama berbanding versi iPhone yang sebelumnya. 

Menurut Google, Google Pixel 2 XL hanya perlu dicas selama 15 minit bagi penggunaan selama 7 jam.

Online Storage

Produk Apple seperti iPhone X mempunyai penyimpan data secara online melalui iCloud, namun kapasiti percuma hanya terhad kepada 5GB sahaja.

Berbanding iPhone X, Google Pixel 2 XL tidak mempunyai had penyimpanan data seperti gambar dan video secara online. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya telefon ada penuh dengan gambar selfie anda. Ambil sebanyak mungkin okay!

Value for Money 

value for money 53

Sumber Foto: feelgoodwithbevfitness.com

Dari segi harga, Apple sedikit kurang bernasib baik. iPhone X mempunyai harga yang sangat tinggi, dengan harga yang bermula dari RM4229 hingga RM4999  . Boleh beli sebuah gaming laptop kalau ikutkan. Harga Google Pixel 2 XL pula bermula pada RM3589, lebih rendah berbanding produk Apple tersebut. 

Value for money di sini bermaksud berbaloikah harga dengan ciri-ciri telefon tersebut. iPhone X mungkin dilihat lebih mahal berbanding Google Pixel 2 XL, namun telefon pintar ini dilihat unik dan mempunyai kelebihan tersendiri yang tidak terdapat pada telefon pintar Google. 

Value for money ini boleh dikatakan lebih personal, lebih kepada kemahuan dan kehendak individu. Bagi sesetengah individu, adalah berbaloi untuk membayar lebih bagi memilik iPhone X kerana ia telefon eksklusif, hanya bagi mereka yang mampu. 

Bagi sesetengah individu lain, mungkin adalah lebih berbaloi untuk memilik Google Pixel 2 XL. 

Kesimpulan

Tanya diri anda, apa yang lebih penting, kemahuan atau kehendak. Ramai yang ingin menggunakan iPhone hanya sekadar mengikut trend semasa, membeli tanpa membuat apa-apa kajian tentang kelebihan dan kekurangan.

Dengan kajian mendalam sebelum membeli gajet, anda sebenarnya boleh menjimatkan sebahagian besar duit anda. Untuk membuat perbandingan secara teknikal yang lebih teperinci antara iPhone X dan Google Pixel 2 XL, sila KLIK SINI

Sekiranya harga tidak menjadi penghalang, dan anda memang seorang pengguna iPhone yang tegar, mungkin berbaloi mencuba iPhone X. Tapi, bagi kebanyakan pengguna, Google Pixel dilihat lebih berpatutan harganya. 

Rujukan: 

  1. Trusted Reviews
  2. Digital Trends
  3. Tech Radar



Hakcipta iluminasi.com (2017)