Kualiti jenama dan kualiti perniagaan adalah dua perkara yang berbeza. Banyak jenama terkenal dunia yang menjadi kesayangan ramai terpaksa menamatkan riwayatnya kerana diisyhtiharkan muflis. Namun, ia tidak semestinya suatu pengakhiran.

Misalnya, Converse yang memfailkan kebankrapan pada tahun 2001 dan dibeli oleh Nike telah bertukar menjadi jenama yang berkembang maju sekarang ini. Berikut adalah 14 jenama paling dekat dengan rakyat Malaysia yang terpaksa atau hampir mengalami nasib yang sama.

1. Blackberry

blackberry

Sumber foto: The New York Times

Sebelum iPhone menembusi pasaran telefon pintar, Blackberry atau nama samarannya "crackberry" sememangnya amat popular. Ditambah pula dengan kemunculan beberapa pesaing lain, Blackberry gagal untuk memenuhi permintaan pengguna teknologi zaman kini. Malah, syarikat milik negara Kanada itu kerugian sebanyak $4.4 bilion pada suku ketiga tahun 2013. Sebuah kempen penjenamaan semula dibuat untuk menjadikan Blackberry sebagai peranti yang sinonim dengan keperluan kerja. Namun, ia sekali lagi tewas di tangan Apple.

2. Toys R’ Us 

toys r us

Sumber foto: BigStock Photo

Sebagai salah satu rantaian kedai mainan terbesar di Amerika Utara, Toys R' Us pernah menjadi tempat kunjungan ramai untuk membeli-belah sewaktu musim cuti. Tetapi sejak tahun 2011, Toys R' Us telah melihat penurunan besar dari segi keuntungan. Toys R’ Us ketika itu mempunyai masa 2 tahun untuk kembali stabil sebelum perlu menjelaskan hutang mereka. Setakat ini, rancangan untuk menjadikan Toys R’ Us terus bertahan adalah dengan mengemaskini aplikasi mudah alih dan menambahbaik francais mereka.

3. Zynga

zynga

Sumber foto: Direct Relief

Buat peminat FarmVille di luar sana,  Zynga selaku pencipta permainan rangkaian sosial itu mungkin tidak akan wujud selepas ini. Sejak menerima sambutan hangat pada tahun 2007, Zynga telah mengalami kesukaran untuk kekal relevan dengan peminat Facebook. Ia ditewaskan secara perlahan-lahan oleh permainan rangkaian sosial lain seperti Candy Crush. Jenama itu juga telah mengalami kerugian sejak mengambilalih OMGPOP, sebuah syarikat permainan yang menghasilkan permainan video Draw Something. Hanya sebulan selepas syarikat itu dibeli, jumlah peminat Draw Something telah jatuh dari 15 juta ke 10 juta orang.

 

4. Olympus

olympus

Sumber foto: Serena Huang's Blog

Pasaran kamera digital jatuh merudum dek perkembangan teknologi telefon pintar. Hanya beberapa jenama seperti Canon, Sony, dan Nikon yang masih mampu mengaut keuntungan. Majoritinya digunakan bagi tujuan fotografi profesional. Olympus gagal untuk bertahan menjadi syarikat yang menguntungkan tatkala pasaran didominasi oleh iPhone. Hasil jualan Olympus di seluruh dunia telah jatuh berjuta-juta dan tidak berkembang. Bagi mendapatkan semula tempat di pasaran, Olympus merancang untuk memfokuskan kepada jualan kamera SLR mewah dan mengurangkan jualan kamera kompak.

5. Tesco

tesco 583

Sumber foto: The Budapest Beacon

Sejak ditubuhkan pada tahun 1919, Tesco telah menyaksikan pertumbuhan jualan yang berterusan. Pada tahun 2000-an, Tesco berkembang menjadi sebuah pasaraya paling terkemuka di United Kingdom, baik bagi kedai fizikal mahupun dalam talian. Namun, harga yang kurang kompetitif menyebabkan Tesco mula kehilangan pelanggan. Ramai di antara mereka mula beralih arah ke kedai diskaun milik Jerman, seperti Aldi dan Lidl di seluruh Britain.

Lebih memburukkan lagi keadaan, Serious Fraud Office telah melakukan siasatan jenayah terhadap akaun Tesco kerana terdapat kemungkinan berlakunya penyelewengan. Tesco difahamkan mungkin telah melebih-lebihkan keuntungan bernilai ratusan juta. Sejak skandal ini didedahkan pada tahun 2014, nilai syarikat itu menurun lebih daripada 50%.

6. Borders

borders

Sumber foto: Alamy

Borders tidak dapat bersaing dengan kemajuan Internet, teknologi menerusi e-pembaca dan muzik digital, serta peruncit dalam talian seperti Amazon. Selepas wujud selama 40 tahun, perniagaan kedai asalnya di Ann Arbor terpaksa gulung tikar pada tahun 2011, dan disytiharkan muflis.

Pada akhir tahun 2011, Borders menutup semua lokasi kedainya. Pesaingnya, Barnes & Noble memperoleh tanda dagangan dan senarai pelanggan setia milik kedai buku gergasi ini. Ini termasuk jutaan nama, e-mel, alamat fizikal, nombor telefon dan maklumat pembelian yang dijual dengan harga $13.9 juta. Hasil carian untuk laman web Borders juga kini diarahkan ke laman web Barnes & Noble.

7. Polaroid

polaroid

Sumber foto: The Verge

Polaroid selaku perintis kamera Instamatic kini tidak lebih daripada sebuah pilihan 'filter' pada aplikasi foto telefon pintar anda. Malangnya, syarikat ini tidak cukup pantas untuk mengikuti trend digital. Mereka terpaksa menunggu sehingga tahun 2008 untuk menukar kepada pengeluaran produk digital sahaja. Polaroid telah berjuang dengan mencari pelbagai cara untuk kekal relevan. Pertama, mereka mengambil Lady Gaga sebagai pengarah kreatif untuk satu keluaran khas jenama tersebut. Keduanya pula ialah dengan membuat aplikasi seperti Instagram yang dipanggil Polamatic.

8. DHL

dhl

Sumber foto: Media group / Tajikistan

Syarikat milik negara Jerman, Deutsche Post atau dikenali sebagai DHL di Amerika Syarikat (AS) ini tidak mampu melawan pesaing-pesaing utamanya seperti FedEx dan UPS. Pada tahun 2008, DHL akhirnya terpaksa 'tutup kedai' pada sebahagian besar hab operasi udara dan tanah domestiknya di AS. Mereka juga telah membuang lebih daripada 15,000 orang pekerja. Buat masa ini, DHL masih mempunyai operasi perkapalan antarabangsa di beberapa lokasi di seluruh AS.

9. Toshiba

toshiba

Sumber foto: Kim Kyung-Hoon / Reuters

Toshiba (USA) sedang berhadapan dengan masalah besar di unit Westinghouse miliknya yang membina loji tenaga nuklear. Sistem pembinaan yang dicanang sebagai inovatif untuk 4 buah loji di AS tenggara ini akhirnya mempunyai kos tambahan yang tinggi. Oleh itu, Westinghouse berhutang sebanyak berbilion-bilion kepada syarikat utiliti AS, Southern Co dan SCANA Corporation. Toshiba bertindak menjadi penjamin yang boleh memufliskan keseluruhan syarikat mereka.

Westinghouse mengisytiharkan mereka muflis. Terdapat kemungkinan bantuan daripada kerajaan AS dan Jepun. Saham Toshiba masih mempunyai nilai sekitar $10 bilion pada kadar pertukaran semasa. Tetapi, bon Toshiba didagangkan di bawah par yang meningkatkan lagi peluang untuk berhadapan dengan insolvensi. Harapan untuk melihat konglomerat legenda Jepun itu bertahan bagaikan sudah berkubur.

10. TripAdvisor 

tripadvisor

Sumber foto: Steven Senne / AP

Laman web khas buat penggemar aktiviti melancong ini memperkenalkan kandungan yang disumbangkan oleh penggunanya sendiri. TripAdvisor semakin merasakan tekanan dari para pesaingnya. Sehingga kini, harga saham TripAdvisor jatuh lebih 42%. Manakala, pesaingnya telah menunjukkan peningkatan dalam tempoh yang sama. Harga saham Travelzoo memperoleh 41% dan Priceline Group mendapat lebih 19%.

Cabaran yang dihadapi adalah untuk mendapatkan pengguna membuat transaksi tanpa meninggalkan laman web itu. Menurut Forbes, pendapatan TripAdvisor bagi setiap pembeli merupakan ukuran penting bagi pertumbuhan syarikat itu. Jumlah $0.45 yang ada pastinya tidak mencukupi dan menurun sebanyak 12% saban tahun.

11. Avon

avon

Sumber foto: Reuters

Produk kecantikan gergasi ini pernah terkenal dan menjadi pilihan ramai suatu ketika dahulu. Kini, Avon semakin hilang taring. Penggunaan "wanita Avon" atau usahawan yang menjual produk Avon dari rumah ke rumah, ternyata bukan lagi suatu strategi jualan yang berdaya maju. Majoriti wanita zaman moden tidak lagi berada di rumah sepanjang hari. Kemunculan e-dagang dan pengguna yang semakin selektif membuatkan trend peruncit tradisional semakin luput ditelan zaman. 

Di samping itu, persaingan dari peruncit lain menendang keluar Avon dari pasaran. Antaranya seperti Wal-Mart Stores dan Ulta Salon, Cosmetics & Fragrance yang membolehkan pengguna membeli produk mereka yang berkualiti tinggi tanpa penggunaan orang tengah. Peruncit dalam talian seperti Amazon.com turut memberi ancaman kepada Avon. Menurut sebuah kaji selidik oleh EMarketer pada tahun 2015, 73% pengguna bersetuju bahawa Amazon ialah pilihan nombor satu mereka bagi produk kecantikan.

12. Groupon

groupon

Sumber foto: Associated Press / Charles Rex Arbogast

Groupon memegang rekod terpantas untuk mencapai nilai permulaan 1 bilion dolar, iaitu kurang daripada setahun setengah selepas pelancarannya. Akan tetapi, Groupon telah melalui pasang surut sejak tahun 2010. Hari ini, dengan perniagaan perjanjian kumpulan yang tidak berubah, syarikat itu diramal bakal menjadi antara perniagaan bernilai bilion dolar yang mempunyai jangka hayat paling pendek dalam sejarah.

13. Quiksilver

quiksilver

Sumber foto: The Register

Diasaskan pada tahun 1969, jenama pakaian bagi sukan papan luncur ini menjadi semakin terkenal sepanjang tahun 1970-an dan 1980-an. Quiksilver akhirnya diperkenalkan kepada pelanggan pada tahun 1986. Malangnya, sedekad yang lalu menyaksikan jenama ini mengalami penurunan jualan secara konsisten selepas tahun kegemilangan mereka iaitu 1990-an. Menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg, Quiksilver berhutang sebanyak $1.99 bilion iaitu kira-kira 11.1 kali pendapatannya. Jumlah tersebut belum mengambilkira faedah, cukai, penyusutan dan penyesuaian lain.

14. Radio Shack

radio shack

Sumber foto: Los Angeles Times

Suatu ketika dahulu, Radio Shack pernah mempunyai sebuah kedai di setiap bandar utama di seluruh AS. Aliran hasil pendapatannya juga berterusan. Namun sejak kebangkitan peruncit elektronik dalam talian, Radio Shack telah masuk ke dalam jurang kebankrapan dan mungkin bakal tidak wujud lagi di masa hadapan. Syarikat itu melaporkan kerugian bersih sebanyak $119.4 juta pada suku kedua tahun 2014.

Untuk mengimbangi kerugian itu, Radio Shack merancang untuk menutup lebih 1,000 buah kedai mereka. Tetapi, cadangan itu ditolak oleh pemberi pinjaman mereka. Perbelanjaan yang tinggi untuk membeli pajakan dibimbangi merupakan suatu keputusan yang tidak menjamin kestabilan Radio Shack. Hanya sejumlah 200 buah kedai yang dibenarkan untuk ditutup. Radio Shack terpaksa mencari aliran tunai daripada pemberi pinjaman tambahan. Jika tidak, kebankrapan atau pembubaran mungkin satu-satunya alternatif yang ada.

Rujukan:

1.    The Richest

2.    Fortune

3.    Business Insider

4.    InvestorPlace

5.    The Wall Street Examiner

6.    FOX 4 Kansas City


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,








Hakcipta iluminasi.com (2017)