Oleh pada 11 Jul 2019 kategori

Sukan bola sepak tak diragui adalah sukan yang paling popular dan diminati hampir semua orang di muka Bumi ini. Di Malaysia, bola sepak adalah sukan yang popular walaupun kedudukan pasukan kebangsaan kita berada di tangga yang agak tercorot iaitu ke-171 di dunia.

Dan walaupun bola sepak didominasi oleh kaum lelaki, wanita juga tidak terlepas dalam meminati sukan ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka bukan sahaja minat mengikuti perkembangan dan menonton perlawanan bola sepak sahaja, malah semakin ramai yang menceburkan diri dalam sukan ini.

gadis berbaju kurung timang bola

(Kredit: Instagram)

Antara cabang sukan ini yang juga mendapat tumpuat adalah kemahiran menimbang bola atau lebih terkenal dengan panggilan "freestyle"

Di Malaysia, walaupun bola sepak masih tidak begitu popular dalam kalangan wanita namun terdapat sebilangan daripada mereka yang sangat handal dalam freestyle.

Antara salah seorang daripadanya sudah tentu gadis yang mungkin ramai daripada masih belum mengenalinya, Qhouirunnisa' Endang Wahyudi. 

Gaya freestyle gadis manis yang lebih mesra dikenali sebagai Nisa yang tersangat licik ini telah membuatkan beliau menjadi tumpuan di Malaysia.

(Qhouirunnisa' Endang Wahyudi bersama legenda bola sepak Jerman, Kalle Riedle)

Apa yang lebih menarik adalah beliau kelihatan seperti gadis biasa dengan gaya yang bersahaja.

Sememangnya jarang untuk kita melihat gadis atau wanita menimang bola dengan gaya bebas, apatah lagi ketika memakai baju kurung atau jubah.

Dengan bertudung dan berpakaian longgar, Nisa mampu melakukan teknik timangan bola yang sangat rumit, mengimbangi bola di atas tapak kaki dan kemudiannya di atas dahi.

qhouirunnisa endang wahyudi gadis penimang bola freestyle 903

Segala kemahiran yang dimiliki gadis cantik ini bukan sahaja tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan lelaki di dunia, tetapi juga boleh dikatakan bertaraf profesional.

Menurut gadis berusia 19 tahun ini, tudung bukanlah satu halangan baginya. "Ia adalah perkara biasa. Apa yang penting adalah cara anda mengendalikannya," kata Nisa.

Dalam bola sepak gaya bebas, pemain menggunakan kesemua bahagian badan untuk melakukan helah akrobatik menggunakan bola.

Lebih daripada 60% daripada 33 juta rakyat Malaysia beragama Islam dan majoriti daripada wanita Islam di negara kita memakai tudung dan pakaian yang longgar, selaras dengan kesopanan yang dikehendaki Islam.

gadis berbaju kurung timang bola 3

Mungkin gadis ini sememangnya mempunyai bakat terpendam dalam sukan ini kerana Qhouirunnisa hanya mula berkecimpung dalam bidang ini pada tahun 2016.

Nisa yang tiada langsung latar belakang bola sepak tiba-tiba berasa teringin untuk bermain futsal tetapi bapanya tidak menggalakkan kerana mungkin perlu bercampur dengan lelaki.

Dari situ, beliau melakukan carian tentang bola sepak dan akhirnya terjumpa dengan freestyle. Sejak itu, Nisa mula mempelajari sukan ini.

Segala latihan dan trik-trik dipelajari dengan hanya menonton video di Youtube.

"Dengan freestyle, anda boleh bebas selagi tidak menunjukkan tubuh badan,"

Bagi mencapai apa yang dikecapi beliau pada hari ini, Nisa berlatih 4 hingga 5 hari seminggu dalam mengimbangi, menyepak dan menimbang bola.

Setiap sesi yang dilakukan mengambil masa sehingga 3 jam.

Beliau mula serius mengasah kemahirannya dalam menimang bola sepak selepas tampil bersama dua rakannya di Sunway Velocity Mall.

qhouirunnisa endang wahyudi gadis penimang bola freestyle 3

Apabila ditanya tentang perasannya terhadap sukan ini, Nisa memberitahu bahawa walaupun Malaysia gagal melayakkan diri ke pentas Piala Dunia, Malaysia masih boleh berbangga dengan kemahiran yang dimiliki oleh penimang bola remaja wanita yang sangat hebat.

Seperti semua orang, Qhouirunnisa juga mempunyai idola dalam freestyle iaitu Lisa Zimouche dan berharap untuk bertemunya satu hari nanti.

Nisa juga memberitahu bahawa bapanya tidak bersetuju dengan aktiviti yang dilakukannya ini tetapi mengalah selepas melihat semangat beliau. 

Kehebatan dan kelincahan beliau dalam menimbang bola membuatkan bukan sahaja wanita tetapi semua lapisan masyarakat kagum dan terpesona apatah lagi ditambah dengan personaliti dan rupa parasnya yang sangat tidak dijangkakan.

qhouirunnisa endang wahyudi 3 993

Sekaligus, bakat yang dimiliki Nisamenjadikan beliau popular dan bilangan pengikut beliau di akaun Instagram bertambah dari 72,000 pada Julai 2018 kepada 121,000 pada Julai 2019.

Nisa kini sedang belajar jurusan Sains Islam di Universiti Al-Madinah di Shah Alam dan berkata bahawa kedua-dua ibu bapanya menyokong minatnya dalam sukan ini.

Rujukan:

1. WorldOfBuzz

2. India Times

3. NST




Hakcipta iluminasi.com (2017)