latar belakang dan kisah cinta thanos

Dalam komik Marvel, Death (kematian) biasanya muncul dalam bentuk jasad seorang wanita gothic (versi DC) kadangkala comel dan kadangkala sebagai tengkorak hidup yang berpakaian serba hitam dan digelar sebagai Mistress Death.

Informasi mengenai ciri-ciri wataknya agak terhad, kerana dia sering dipaparkan meninjau atau mengintip orang lain secara diam-diam.

Thanos pula adalah watak lantang, ceria, dan terdedah kepada monolog yang sangat panjang. Dicipta oleh Jim Starlin, reka bentuk wataknya adalah campuran inspirasi dari watak-watak yang pernah diciptanya sebelum ini diantaranya adalah watak Metron dan Darkseid dari DC.

metron dan darkseid gabungan thanos

Metron dan Darkseid (DC)

Seperti Darkseid, Thanos adalah seorang fasis dan pembunuh. Yang berbeza diantara Thanos dengan Darkseid pula ialah Thanos memiliki hati dan perasaan cinta pada individu-individu tertentu contohnya seperti gadis pujaan hatinya, Mistress Death.

Latar Belakang Thanos

Thanos dilahirkan di Titan. Menurut Marvel, Titan adalah salah satu bintang yang mengorbit planet Zuhal. Ibu bapanya pula adalah Eternals, sejenis mahkluk abadi yang mempunyai kuasa luar biasa.

Adalah lebih baik untuk kita tidak mengambil peduli tentang kisah ibu bapa Thanos (Eternals), kerana ia tidak masuk akal dan cerita mereka agak rumit.

mistress death

Mistress Death pujaan hati Thanos

Sedikit sebanyak tentang baka Eternals adalah mereka dari golongan baik-baik manakala "Deviants" adalah dari keturunan jahat, berlawanan dengan baka Eternals.

Sangat panjang lagi kisah mengenai keturunan Thanos, tetapi untuk memahami Thanos, cukup sekadar anda tahu bahawa dia dilahirkan dari baka Eternals (yang baik-baik), tetapi mempunyai ciri-ciri Deviant. Kegagalan untuk menerima mutasi dan kekurangan yang ada pada Thanos ini, ibunya lantas hendak membunuhanya. 

Thanos seorang yang tidak digemari sejak awal kelahiran, tetapi dia agak mudah difahami. Usia mudanya dipenuhi dengan tragedi buruk dan berterusan seiring dia membesar. Thanos sebenarnya seorang yang skema, pemalu dan merupakan seorang pacifis (tak percayakan perang dan keganasan).

Pada suatu hari, Thanos sedang bersenang lenang bersama rakan-rakannya, tiba-tiba datang seekor biawak gergasi memakan kesemua rakan-rakannya. Pada ketika inilah Thanos mengamuk dan membunuh biawak itu. Pada masa sama Thanos menyedari bahawa membunuh makhluk bernyawa lain amat menyeronokkan.

Dalam komik Thanos Rising, diberi gambaran bahawa Thanos telah membunuh dan menyeksa ibunya sendiri.

death dan thanos

Kebanyakan cerita tentang Thanos memberi tumpuan kepada dirinya yang dikhianati oleh ibunya dan akhirnya mengaku bahawa apa yang dia mahukan adalah disayangi.

Pertemuan Dengan Pujaan Hati

Kerap kalinya, wanita dalam kehidupan Thanos adalah "kambing hitam" di mana mereka berdamping dengan Thanos semata-mata untuk mengambil peluang membunuhnya.

Dalam awal eksploitasi kembara galaksi oleh Thanos, dia secara tak sengaja ternampak Death (Mistress) dan pertemuan antara mereka adalah cinta pada pandang pertama. Jantung Thanos berdegup kencang.

Thanos jatuh cinta terhadap Death dengan begitu mendalam. Thanos telah membunuh semua anak-anaknya dan semua anak kapal di atas kapalnya untuk mencuri perhatian Death, namun tidak berjaya.

Dia kembali ke Titan dan meletupkan bintang asal kelahirannya dari jauh, membunuh  penduduk di sana. Semua ini, hanya untuk mencuri perhatian Death. Usaha Thanos hanya sia-sia. Death tidak mengendahkannya. Lalu Thanos mengambil keputusan untuk menyerang seluruh galaksi.

Sebab Utama Thanos Mengumpul "Infinity Stone"

Ini membawa kita ke Infinity Gauntlet, kisah klasik di mana Thanos membunuh separuh alam semesta sebagai tanda kad Hari Valentine untuk Death. Hal ini tidak diceritakan langsung di dalam filem Avengers.

Walaupun dia berjaya hapuskan 50% populasi alam semesta, kengerian itu tidak membuahkan hasil dan dia tetap ditolak oleh Death sekali lagi.

Dalam komik, Death merupakan pakar dalam memanipulasi orang lain, kadang-kala mempermainkan Thanos dengan menyatakan minatnya kepada Thanos. Death sering bermain tarik tali dengan Thanos dan sering menuduh Thanos pengkhianat dalam percintaan antara mereka berdua. Justeru menggoda Thanos untuk melakukan lebih banyak kerosakan di alam ini.

death

Dalam komik Thanos Quest, Thanos mengembara ke alam semesta, membunuh setiap orang yang memiliki Infinity Stone dan mengumpulkan semuanya lalu diberikan kepada Death.

Lebih menarik, Death memberikan takhta di sebelahnya kepada Thanos. Walau bagaimanapun, dia enggan bercakap secara terus dengan Thanos sebaliknya menggunakan tikus hibrid manusia untuk menyampaikan mesej.

Ini membuatkan Thanos berang dan bosan, lalu menghancurkan utusan (tikus hibrid) Death dengan begitu dahsyat. Menyedari bahawa dia telah gagal, Thanos mula mensasarkan untuk menyerang bintang-bintang terdekat dan bertekad untuk mencuba lagi mengambil hati Death di masa lain.

Thanos telah mencipta Terraxia, wanita seksi yang mempunyai rupa dan berkelakuan sama seperti Thanos. Semata-mata untuk membuatkan Death cemburu.

thanos dan terraxia ketika mati

Terraxia

Ini memberikan gambaran kepada kita tentang sifat narsisisme Thanos, kerana dia mengisytiharkan bahawa Terraxia sebagai segala-galanya yang tidak ada pada Death. "Sangat sempurna, hot dan seksi berbanding Death" kata Thanos.

Namun, kewujudan Terraxia tidak lama di dunia. Dia berjaya menyertai beberapa misi dan melakukan beberapa pembunuhan kejam, kemudian dibawa ke ruang yang jauh, untuk dimatikan tanpa oksigen (menurut logik komik lah).

deadpool dan death

Deadpool dan Death

deadpool weapon x

Deadpool sebagai Weapon X dalam filem X-Men

Apa yang aneh adalah Deadpool juga mempunyai peranan dalam kisah cinta Thanos ini. Ketika Deadpool sedang bergelut  diantara hidup dan mati pada zamannya di Weapon X, hantu Death kerapkali muncul berdiri di hadapannya dan memerhatikannya. Deadpool merasakan dirinya jatuh cinta terhadap penampakan hantu Death yang menghantui setiap hari.

Thanos Cemburu Dengan Deadpool

Death seolah-olah membalas perasaan cinta Deadpool dan bermain-main dengan perasaan Deadpool. Selepas berpacaran untuk seketika, Thanos telah mengetahuinya dan berasa amat marah. Thanos telah menyumpah Deadpool untuk hidup kekal abadi (Thanos tahu Deadpool sangat mengharapkan mati).

Dalam siri Deadpool vs Thanos, Deadpool menyedari bahawa Death telah mempergunakannya dan Thanos, akhirnya mengambil keputusan untuk menyuarakan hal ini kepada Thanos bahawa Thanos tak lebih dari boneka Mistress Death sahaja.

Thanos yang marah terus bergelut dan berlaku pertempuran dahsyat dengan Deadpool. Pengakhirannya adalah Thanos berjaya memusnahkan Deadpool, kemudian sekali lagi merangkak untuk mendapatkan kembali hati Death.

Death Buli Thanos Sehingga ke Anak Cucu

Dalam siri komik Thanos paling baru, digambarkan bahawa Thanos telah menjadi sakit dan sedikit lemah. Terdapat sangat sedikit saudara-mara Thanos yang masih hidup (baka Eternals). Kalau ada pun, pasti mereka sangat-sangat mahu membunuh Thanos. Diantara baka Eternals yang berusaha memburu Thanos ialah watak Starfox.

Thane, anak lelaki Thanos yang telah lama ditinggalkan oleh Thanos muncul tiba-tiba di dalam siri komik ini bersama Mistress Death. (Death bukan ibu kepada Thane)

thanos dan anaknya

Mistress Death, Thanos dan anaknya Thane

Death telah menghasut Thane untuk memusnahkan bapanya dan membuatkan Thanos tidak berkuasa langsung justeru membuatkan Thanos mengembara sebagai seorang pengemis atau sampah alam semesta.

Thanos telah berhadapan dan bersemuka dengan anak kandungnya sendiri. Thanos tewas kepada Thane, sementara Death tersenyum bagi pihak Thane.

Salah satu perkara yang paling menarik tentang Thanos adalah dengan segala kekuasaannya, untuk semua kekejaman yang dia lakukan dan untuk semua nyawa yang dibunuhnya, namun dia masih seorang anak terbuang yang hanya mahukan kasih sayang seorang wanita.

Walaupun agak sadis, penyokong Avengers dapat merasai kepuasan apabila mengetahui Thanos berkali-kali ditolak cintanya oleh Mistress Death. Di dalam komik ataupun siri kartun, Death masih kekal misteri.

Rujukan:

1. Syfy

2. Fandom

3. Medium


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)