Dalam dunia catur, terdapat beberapa gelaran yang boleh dicapai oleh pemain catur yang hebat bermula dari National Master (NM), International Master (IM), Grandmaster (GM) dan beberapa lagi. Setiap gelaran ini mempunyai kriteria tertentu yang perlu dipenuhi sebelum layak mendapat gelaran tersebut.

Bagi yang tidak tahu, setakat ini Malaysia masih lagi belum mempunyai pemain catur yang bertaraf GM tetapi sudah mempunyai beberapa pemain catur bertaraf IM. Kesemua gelaran ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh FIDE, badan pengendali rating pemain-pemain catur profesional seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk menjadi seorang GM, seseorang individu itu perlu melepasi beberapa syarat yang ditetapkan antaranya mendapat sekurang-kurangnya rating 2500. Oleh itu, mendapat gelaran GM dalam usia yang muda sememangnya tidak mudah kerana pemain perlu menyertai dan memenangi banyak perlawanan dan pertandingan.

Walau bagaimanapun, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil, seperti yang dibuktikan oleh seorang kanak-kanak bernama Abhimanyu Mishra baru-baru ini yang menjadi pemain termuda mendapat gelaran GM pada usia 12 tahun, 4 bulan dan 25 hari!

Misi luar biasa

prodigi catur

Pemain catur yang lahir dari India dan kini menetap di New Jersey, Amerika Syarikat, Abhimanyu Mishra menjadi GM termuda dalam sejarah catur pada usia 12 tahun 4 bulan dan 25 hari setelah mendapatkan norma GM ketiganya di Budapest, setelah melepasi halangan penarafan rating 2500 yang diperlukan.

Dengan pencapaiannya ini, Mishra memecahkan rekod yang dipegang selama 19 tahun oleh GM Rusia Sergey Karjakin, yang telah mencapainya pada 12 Ogos 2002 pada usia 12 tahun dan 7 bulan.

Beliau mencapai norma GM ketiga dan terakhirnya (yang diperlukan untuk memperolehi gelaran GM) selepas menewaskan GM India Leon Luke Mendonca dalam pusingan kedua terakhir dalam pertandingan Vezerkepzo GM Mix di Budapest, Hungary.

pemain catur terhebat

Dengan pandemik yang melanda dunia dan banyak pertandingan telah dibatalkan atau ditunda, usaha ini bukanlah mudah kerana beliau dan bapanya perlu tinggal di Hungary selama beberapa bulan bagi membolehkannya menyertai sebanyak mungkin pertandingan bagi merealisasikan cita-citanya ini.

Beliau mengejar gelaran GM dengan bermain beberapa kejohanan di Hungary sejak April. Untuk itu, beliau dan bapanya telah menyewa sebuah rumah bagi membolehkannya fokus berlatih setiap hari menajamkan skilnya. Kebanyakan masa dihabiskan untuk berlatih dan menganalisis permainan pihak lawan. 

Abhimanyu Mishra memperoleh dua norma GMnya di kejohanan Vezerkepzo pada bulan April, diikuti dengan kejohanan "First Saturday" pada bulan Mei. Kejohanan June Vezerkepzo adalah peluang terakhir untuk Mishra sebelum meninggalkan Hungary.

Prodigi catur

grandmaster catur termuda

Ibu bapa Abhimanyu Mishra, Hemant dan Swati yang berasal dari Bhopal, Madhya Pradesh telah berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 2006. Mereka telah bekerja secara aktif sebagai satu pasukan untuk memenuhi impian anak mereka. Sejak awal lagi, potensinya sebagai prodigi cattur sudah dikesan.

Kanak-kanak hebat ini merupakan sebahagian daripada program Bintang Muda Yayasan Catur Kasparov dan telah memenangi Kejohanan Jemputan Kebangsaan Dalam Talian ChessKid (CONIC) kategori bawah lapan pada tahun 2016. Beliau dikenal pasti sebagai prodigi catur apabila beliau memperoleh gelaran National Expert termuda hanya enam bulan dalam karier caturnya

Beliau adalah pemegang gelaran Nation Master (NM) termuda Amerika Syarikat yang dicapai pada usia 9 tahun 2 bulan 17 hari. Pada akhir 2019, beliau memecahkan rekod R Praggnanandhaa dari India untuk menjadi pemegang gelaran International Master (IM) termuda di dunia pada usia 10 tahun, 9 bulan dan 3 hari.

Pengorbanan ibu bapa merealisasikan cita-cita

prodigi catur grandmaster

Sepajang kariernya, beliau tidak mempunyai sebarang penaja korporat. Tetapi dedikasi tidak berbelah bahagi ayahnya yang telah membantu beliau mencapai kejayaan itu.

Hemant telah memulakan inisiatif mengumpul dana untuk memenuhi impian yang sangat diimpikan oleh anaknya itu dan seluruh keluarganya. Malah, halaman GoFundMe dalam usaha menyokong beliau untuk menjadi GM termuda di dunia juga telah mengumpul sumbangan sebanyak $16,183 sehingga kini..

Abhimanyu Mishra tidak dapat menyertai sebarang kejohanan selama lebih setahun kerana situasi Covid-19, yang melambatkan pencapaiannya namun ketabahannya yang tinggi membuahkan hasil. Jika tiada COVID-19, nescaya beliau mampu mencapai gelaran GM lebih awal!

Kredit:

  1. The Wall Street Journal
  2. The Bridge



Hakcipta iluminasi.com (2017)