Oleh pada 20 Aug 2017 kategori

Satu komoditi baru yang sangat lumayan dan menguntungkan telah melahirkan sebuah industri yang berkembang pesat sehinggakan menggesa campurtangan pihak 'antitrust' untuk mengekang mereka yang mengawal aliran komoditi ini.

Jika berpuluh-puluh tahun lalu minyak adalah sumber yang paling hangat dibincangkan, kini tidak lagi. Data atau maklumat, telah menggantikan minyak sebagai bahan mentah paling berharga yang telah mencetuskan kebimbangan akibat peloporan oleh syarikat-syarikat gergasi dunia. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Syarikat-syarikat gergasi yang dimaksudkan adalah Alphabet (syarikat induk Google), Amazon, Apple, Facebook dan Microsoft. Syarikat-syarikat ini seolah-olah tidak dapat dihalang lagi dan telah menghasilkan keuntungan yang tersangat besar.

Menurut statistik, sebanyak RM107 billion dikaut oleh kelima-lima syarikat ini dalam hanya 3 bulan memasuki tahun 2017. Jumlah ini tersangatlah tinggi dan membuatkan 5 syarikat ini menjadi syarikat paling bernilai di atas muka bumi.

amazon

Amazon mengaut separuh keuntungan daripada jumlah wang yang dibelanjakan oleh pengguna online manakala hampir keseluruhan pertumbuhan pendapatan iklan digital di Amerika Syarikat pada tahun 2016 disumbangkan oleh Google dan Facebook.

Penguasaan yang membimbangkan itu telah menggesa pelopor-pelopor ini untuk berpecah, seperti mana dominasi yang dilakukan oleh syarikat minyak Standard Oil terhadap minyak mentah pada awal abad ke-20.

Namun, syarikat-syarikat ini juga telah memberi banyak manfaat kepada pengguna dan tak ramai di antara kita yang sanggup hidup tanpa Google kerana keberkesanannya dalam pencarian di internet.

Ramai menyukai sistem yang diamalkan oleh Amazon dengan penghantaran barang sangat pantas, serta berbilion manusia menjadi peminat setia news feed di Facebook. 

facebook

Kebimbangan ini telah dikaburi dengan fakta bahawa syarikat-syarikat gergasi tidak dilihat seperti mengeksploitasikan maklumat dan pengguna kerana kebanyakan daripada servis mereka adalah percuma.

Juga, bagi pendatang baru seperti Snapchat, ia telah membuktikan bahawa mereka juga boleh bersaing secara sihat dan tidak diketepikan oleh peloporan yang luar biasa. Pendek cerita, tiada diskriminasi dalam peloporan data, namun ia masih dianggap sebagai satu ancaman dan menyebabkan kerisauan kepada sesetengah pihak.

Apa-apa pun, pengawalan maklumat masih perlu dilakukan, seperti mana pengawalan harga minyak yang sentiasa dipantau, bagi mengekalkan keharmonian ekonomi global.




Hakcipta iluminasi.com (2017)