Oleh pada 02 Oct 2017 kategori

Baru-baru ini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjelaskan bahawa bayaran yang dibuat kepada Google dan Facebook untuk khidmat pengiklanan adalah sebagai royalti dan bukan bayaran untuk perkhidmatan.

google adwords dan facebook ads
vv 620

Persatuan Internet Marketer telah berjumpa dengan LHDN membincangkan mengenai cukai pegangan terhadap Facebook Ads dan Google Adwords ini. Persoalannya adakah perbelanjaan Facebook Ads dan Google Adwords adalah satu perbelanjaan yang dibenarkan dalam cukai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Setelah bermesyuarat, keputusan dikeluarkan oleh LHDN kemarin. Kedua-dua iklan di atas adalah tertakluk kepada cukai pegangan sebanyak 8% disebabkan Facebook Ads tidak beroperasi di Malaysia.

Dalam konteks ni, ia tertakluk kepada cukai pegangan disebabkan:

  1. Invois cukai Facebook Ads dikeluarkan oleh syarikat yang bukan diperbadankan di Malaysia
  2. Syarikat membayar royalti untuk Facebook Ads, jadi takrif royalti memang dikenakan bayaran cukai
  3. Perkhidmatan Facebook Ads disediakan untuk perniagaan di Malaysia
  4. Syarikat Facebook Inc. tidak dikenakan cukai di Malaysia. Oleh itu, pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini perlu membayar cukai 8%.

Ini bermakna, Sekiranya perbelanjaan syarikat ke atas pengiklanan menggunakan Facebook Ads adalah sebanyak RM100,000 setahun, cukai 8% dikenakan berjumlah RM8,000 dan dibayar kepada LHDN, serta dikira dalam pengiraan cukai syarikat.

Dan sekiranya mana-mana syarikat syarikat menggunakan khidmat syarikat pemasaran internet dan invois dikeluarkan oleh syarikat tersebut yang bermastautin di Malaysia, maka syarikat yang mengupah tidak tertakluk dalam pembayaran cukai pegangan 8% seperti di atas.

Sebagai contoh, syarikat ABC Sdn. Bhd menggunakan khidmat syarikat DEF Sdn. Bhd pemasaran internet, maka syarikat yang perlu membayar cukai 8% tersebut adalah syarikat DEF Sdn. Bhd.




Hakcipta iluminasi.com (2017)