Oleh pada 30 Sep 2017 kategori

bahan buat kek

Biasanya sesuatu ciptaan dihasilkan melalui masalah yang ditempuhi dalam kehidupan seharian. Perkara yang sama berlaku apabila bekas jurutera perisian Google dan Facebook, Joshua Redstone, dalam usaha terbarunya telah menghasilkan ciptaan melalui Kickstarter.

Pernahkah anda memasak atau membuat kek menggunakan cawan penyukat? Adakah ia tepat seperti yang anda jangka? Sebenarnya ia tidaklah begitu tepat.

cawan penyukat tradisional 352

Joshua telah berjaya mencipta cawan penyukat bagi menyukat cecair dengan lebih mudah dan tepat. Beliau mengambil masa 4 tahun mencari idea untuk menambahbaik alatan yang sedia ada yang membuatkan minatnya sebagai seorang tukang masak tergendala.

Menurut beliau, cawan penyukat yang sedia ada terlalu besar dan tidak cukup tirus. Ia membuatkan penyukatan menjadi kurang tepat. Menurut Joshua lagi, bentuk cawan menentukan ketepatan sukatan lebih-lebih lagi jika hanya sedikit cecair henda disukat.

bentuk pemyukat euclid 716

semakin kecil isipadu semakin sukar disukat

Semakin kecil isipadu cecair, semakin sukar disukat menggunakan penyukat tradisional.

Joshua mencipta cawan penyukat yang diberi nama Euclid yang dapat menyelesaikan masalah tersebut. Menurutnya lagi, bahagian lurus pada cawan penyukat tradisional menambahkan lagi apabila cecair dalam jumlah sedikit disukat.

beza sukatan cawan penyukat tradisional dan euclid

formula cawan penyukat euclid

Ada pihak cuba untuk menyelesaikan masalah ini menggunakan cawan penyukat kon, tetapi cara tersebut menyimpang 60% daripada cawan Euclid.

Ketika ini, Euclid adalah satu-satunya cawan penyukat yang disukat secara optimum dan berbentuk tirus menghasilkan ketepatan yang konsisten. Euclid kini sudah mendapat sumbangan orang ramai lebih daripada yang disasarkan ia USD30,000 melalui Kickstarter. Kini cawan penyukat Euclid boleh didapati dengan harga USD24 sebagai "Backers" di laman sesawang tersebut, dan ia dijangka akan dilancarkan menjelang Mei 2018.

Rujukan:

1. Kickstarter

2. Mentalfloss


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)