Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza 

Selepas aktres Fasha Sandha, kini giliran penyanyi Datuk Siti Nurhaliza pula untuk menikmati pengalaman menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif pulang beraya ke kampung.

Berita tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Encik Captain Shahril dalam sebuah video ketibaan Siti di Stesen KTM Sungai Petani.

Menerusi video pendek tersebut, Siti menyatakan perasaan terujanya menggunakan medium pengangkutan itu setelah berpuluh tahun tidak menaiki kereta api.

Kehadiran Siti di KTM Sungai Petani mendapat sambutan luar biasa daripada para peminat yang tidak melepaskan peluang tersebut untuk mengambil gambar.

Difahamkan, Siti meraikan Aidilfitri di Kedah selama tiga hari bersama kaum keluarga suaminya di sana.

Dalam pada itu, menerusi reaksi balas pengguna laman sosial rata-ratanya kagum dengan sifat rendah diri Siti sebagai artis yang berbangga menggunakan pengangkutan awam. 

@Maarof Musa: "Siti memang terbaik, tidak sombong bila diajak bergambar. Contoh artis dan ikon di Malaysia."

@Hasiff: "Artis seperti ini adalah contoh terbaik untuk peminatnya. Meskipun bergelar artis disegani namun masih menggunakan pengangkutan awam."

@Zack Kapchai: "Kagum dengan Tok Ti. Masih merendah diri walaupun dah lama popular. Beza dengan artis sekarang yang popular sebab rupa dan bukan bakat.

@Hasmin Hashim: "Sitipun tahu daripada sakit hati nak menghadap kesesakan lalu lintas, lebih baik dia naik tren. Contoh terbaik Datuk Siti dan untunglah siapa yang dapat jumpa."

@Siety Syahrisan: "Kagumlah dengan Datuk Siti, dia layan peminat dengan baik sekali. Inilah contoh artis yang sudah popular namun masih tahu asal usul." 




Hakcipta iluminasi.com (2017)