lebih 1 juta netizen dengar suara merdu anak siti nurhaliza menangis 1

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Video dikongsi penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memperdengarkan suara anaknya menangis menjadi tumpuan ramai sejak dimuatnaik awal pagi tadi.

Dalam rakaman sama, Siti memaparkan pakaian pertama yang dipakai bayi berkenaan pada Isnin lalu.

lebih 1 juta netizen dengar suara merdu anak siti nurhaliza menangis 2

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

"Pakaian pertama anakanda tersayang pada 19 Mac 2018. Alahai kenapa menangis tu sayang? Berlatih vokal ke? #BabyCTDK" tulis Siti di ruangan kapsyen.

Rata-rata peminat menganggap apa yang dikarang Siti itu sebagai melucukan.

Sehingga kini, kiriman video berkenaan meraih lebih 1.2 juta tontonan dan lebih 3,500 komen daripada para pengikutnya.

Netizen menyifatkan suara tangisan bayi itu sungguh comel dan merdu, seterusnya menyatakan keterujaan mereka untuk melihat tuan empunya badan. 

"Aduh menangis pun merdu, comelnya suara bayi, semoga membesar dengan sihat dan selamat berpantang," komen seorang peminat.

Terdahulu, timbul isu apabila seorang jurusolek menyebarkan wajah bayi Siti yang sepatutnya hendak dirahsiakan dalam tempoh seminggu ini.

Namun suami penyanyi Comel Pipi Merah itu iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dalam kenyataannya kepada portal Mstar Online sebelum ini memaafkan kesilapan pihak terbabit.

Pada Isnin lalu, Siti melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram dalam lingkungan jam 8.17 pagi.

Buat sementara ini, Siti dan suami meminta netizen memanggil bayi mereka dengan nama Fatimah Az-Zahra sebelum nama sebenar diumumkan selepas seminggu dari hari kelahiran.


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)