Oleh pada 19 May 2018 kategori

Gambar sekadar hiasan

Seorang lagi suspek kes samun sebuah kedai emas di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya, Selangor, petang semalam, ditembak mati. 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat, suspek lelaki berusia 22 tahun itu maut menerusi insiden berbalas tembakan di kawasan Bukit Beruntung, pukul 1 pagi tadi.

SAC Fadzil memberitahu bahawa anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mengejar suspek yang memandu kereta Honda Civic sebelum ianya terbabas kerana terlanggar pokok.

Lalu, suspek keluar dari kenderaannya dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis sehingga tembakan balas terpaksa dilepaskan untuk menumpaskan suspek.

Hasil pemeriksaan susulan, polis juga menemukan sepucuk pistol Revolver mengandungi tiga butir peluru serta dua kelonsong dan beberapa bentuk barang kemas dari kedai emas terbabit.

Menerusi insiden sekitar 5.00 petang itu, sekumpulan penjenayah terdiri daripada enam suspek lelaki tempatan yang memakai topi keledar bervisor hitam telah menyerbu masuk premis berkenaan dengan bersenjatakan tiga pucuk pistol bagi tujuan merompak. 

Dua suspek maut dan seorang lagi cedera akibat ditembak oleh anggota polis sewaktu cuba melarikan diri, manakala empat lagi berjaya ditangkap dalam masa kurang lima minit ketika kejadian berlaku.

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3 [1, 2]

2. Facebook Bernama Radio

3. Facebook Berita Harian Online

4. Facebook Utusan Online

5. Facebook Front Desk [1, 2]

6. Facebook Bernama News Channel

Penafian: Semua maklumat berita adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)