lelaki maut ditembak di perhentian bas depan sk sri serdang

Kredit foto: Astro Awani

Seorang lelaki tempatan mati ditembak 2 individu di sebuah perhentian bas di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang di Serdang, petang kelmarin.

Menerusi insiden sekitar jam 5.45 petang itu, mangsa dikatakan berdiri di lokasi kejadian lalu ditembak secara mendadak oleh salah seorang daripada 2 suspek.

Berdasarkan kesan tembakan, mangsa yang mengenakan seluar jeans biru dan T-shirt putih, dipercayai ditembak lebih dari 3 das sebelum terbaring.

Ia mencetuskan keadaan panik dalam kalangan ibu bapa yang ketika itu sedang menanti bagi menghantar anak-anak mereka balik ke rumah.

 

Difahamkan, mangsa berumur 30-an itu dibunuh oleh kedua-dua suspek yang menaiki sebuah motosikal.

Namun, nombor pendaftaran dan model motosikal itu masih tidak diketahui.

Sehingga kelmarin, polis dilaporkan masih membuat siasatan di tempat insiden.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd. Rosdi Daud mengesahkan insiden terbabit dan bakal memberi kenyataan dalam tempoh terdekat. 

Sumber berita: Kosmo Online & BH Online


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)