Oleh pada 28 Apr 2017 kategori

gambar kungkang ini sekadar hiasan

Kes 'bunuh diri' sudah tidak asing lagi bagi kita sekarang. Hal ini kerana sudah banyak kes ini dilaporkan di paparan muka surat khabar mahupun televisyen. Antara sebab berlakunya kes bunuh diri ini adalah kerana masalah kewangan, pekerjaan, pergaulan dan sebagainya. Namun begitu, tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa haiwan atau binatang juga mampu membunuh diri seperti manusia. Mereka tidak dikurniakan akal seperti manusia, sepertimana manusia yang ada akal dan nafsu. Mereka cuma ada nafsu atau keinginan sahaja. Persoalan mengapa haiwan juga mampu bertindak untuk bunuh diri masih dalam kajian.

Terdapat 5 kes haiwan mamalia yang menderita dalam diam :

#1 Lambakan paus yang tidak mahu pulang ke laut

Di New Zealand, sebanyak 61 ekor ikan paus telah membawa diri mereka ke pantai tetapi hanya terdapat 18 ekor sahaja yang masih hidup. Walaupun mereka masih hidup, namun keadaan mereka ketika waktu itu seperti sudah tiada semangat untuk hidup menyebabkan pihak doktor terpaksa memberi suntikan 'Euthanasia'. Kes ini berlaku pada tahun 2011 yang lalu. Punca mereka membuat demikian masih tidak diketahui tetapi berkemungkinan besar mereka berasa sudah tidak mampu untuk meneruskan hidup di lautan. 

ikan paus tidak mahu pulang ke laut

#2 Si lumba-lumba yang kemurungan

Kes ini berlaku pada 40 tahun yang lalu di mana Ric O'Barry pemilik salah seekor dari ikan lumba-lumba kesayangannya iaitu Kathy melihat sendiri bagaimana ia membunuh diri. Dia menjelaskan bahawa Kathy sangat murung mungkin disebabkan ia tidak dapat hidup bebas di lautan. Kita tahu bahawa ikan seperti paus dan lumba-lumba adalah sejenis mamalia yang mampu menahan nafas yang sangat panjang. Tetapi dalam kes ini, Kathy berenang ke arah tuannya untuk melihat tuannya buat kali terakhir dengan mengambil nafas satu kali lalu menghembuskan dan tenggelamkan dirinya. 

dolfin kemurungan bunuh diri

#3 Anjing Newfoundland yang bersikap aneh

Pada tahun 1845 yang lalu, Illustrated London News telah melaporkan tentang seekor anjing hitam baka Newfoundland yang ditemui mati di dalam kolam. Pemiliknya menjelaskan bahawa sudah banyak kali dia menolong untuk mengangkat anjing kesayangannya tetapi pada masa yang sama ia tetap hendak terjun kembali dan tenggelamkan dirinya lagi. Sampai akhirnya pemiliknya mengangkat dan ia sudah tidak bernyawa lagi.

anjing stres dan kemurungan

#4 Si beruang yang protes tidak mahu makan

Kes ini berlaku pada tahun 2012 yang mana beruang tersebut sengaja tidak mahu makan selama 10 hari dan akhirnya mati. Banyak kejadian seperti ini berlaku di negara China. Hal ini disebabkan tempat kurungan beruang itu sangat kecil bagi mereka yang sudah tentu besar badannya. Mereka dikurung kerana ramai masyarakat di sana masih menggunakan cara tradisi untuk menggunakan hempedu beruang sebagai penawar sakit dan ubatnya dijual dengan harga yang sangat tinggi.

beruang mogok lapar sebab kena dera

5# Sekawan lembu terjun bebas 

Ini sangat pelik kerana ia berlaku selama tiga hari berturut-turut dan sebanyak 28 ekor lembu ditemui mati kerana terjun bebas dari tebing pada tahun 2009 yang lalu di kawasan pergunungan Alpen, Swiss. Penduduk di situ beranggapan bahawa hal ini mungkin terjadi kerana lembu-lembu ini takut akan bunyi petir yang kuat

lembu bunuh diri terjun gunung

Rupanya, baru kita tahu bahawa selama ini banyak haiwan yang sering juga mengalami tekanan hidup dan kemurungan seperti manusia. Oleh itu, jika ada antara kita yang mempunyai haiwan peliharaan, sayangilah mereka dan jangan berlaku kejam terhadap mereka. Mereka cuma perlukan perhatian dari kita. Kalau rasa anda sudah tidak boleh menjaga mereka dengan baik, tolong jangan menyeksa mereka. Tak kira di mana anda terserempak dengan mereka, kasihanilah mereka. 


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)