kerjasama uber dan air asia sedia tawaran hebat default 684

Sumber foto: mStar Online

Uber dan AirAsia telah mengumumkan kerjasama yang akan menyaksikan kedua-dua syarikat gergasi itu mengintegrasikan sistem tempahan mereka bagi menawarkan perkhidmatan yang mudah, selesa dan lancar khas buat penggemar aktiviti melancong.

Kedua-dua pihak menjalin kerjasama melibatkan 52 bandar untuk 16 pasaran merentasi Asia Pasifik dan Amerika Syarikat di mana AirAsia dan aplikasi Uber beroperasi.

Sebagai sebahagian daripada skim ini, AirAsia akan menyediakan ciri deeplink supaya pelanggan boleh menempah perkhidmatan Uber sebaik daftar masuk penerbangan mereka telah disahkan.

Menerusi usahasama pemasaran ini, pelanggan dapat menempah servis Uber ke lapangan terbang, mendapatkan penerbangan dan Uber yang lain sebaik pesawat mendarat di destinasi yang ditujui.

Malah, pelanggan baru Uber berpeluang menggunakan kod promosi "AIRASIA" untuk menerima perjalanan percuma atau diskaun ke lapangan terbang.

Selain itu, deeplink tersebut membolehkan pengguna menjadualkan perjalanan mereka sehingga 30 hari sebelum penerbangan.

Sumber berita:

1.    Lowyat.net

2.    Harian Metro

3.    mStar Online


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)