Kelawar adalah satu spesis haiwan yang misteri. Tak banyak yang kita tahu mengenainya, dan tak ramai yang menyukai haiwan ini kerana ia agak sukar dijumpai dan dikaitkan dengan perkara yang tak baik.

 iluminasi.com ingin kongsikan 5 fakta mengenai kelawar yang pasti ramai tak tahu.

1. Satu-satunya mamalia yang boleh terbang

fakta pelik dan menarik mengenai kelawar 3

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seperti mamalia yang lain, bayi kelawar diberikan nutrisi daripada susu oleh ibu kelawar. Kelawar biasanya mempunyai seekor anak dalam satu masa walaupun beberapa spesis mampu melahirkan 3 hingga 4 sekaligus.

Namun, tiada mamalia lain yang mampu terbang, selain kelawar. Terdapat beberapa spesis mamalia termasuklah tupai yang hampir mampu terbang, namun tidak, dan hanya mampu meluncur atas angin.

Untuk membolehkan kelawar terbang, haiwan ini menghadam makanan yang dimakan dengan sangat cepat, sehinggakan menyahtinja dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas makan. Ia membuatkan badan kelawar menjadi lebih ringan dan mampu terbang.

2. Tak semua kelawar buta

fakta pelik dan menarik mengenai kelawar 2

Hanya spesis kelawar yang kecil menggungkan kaedah ekolasi untuk mengorientasikan diri, atau untuk bergerak. Namun bagi kelawar yang lebih besar, penglihatan mereka lebih tajam daripada manusia.

Namun, penglihatan yang sangat tajam ini juga boleh membawa kemudaratan kepada kelawar ini. Sebagai contoh, kelawar mungkin akan terbang ke aras tingkap kerana ternampak cahaya di sebalik tingkap, walaupun ekolasinya memberitahu bahawa permukaan tingkap itu adalah legap.

3. Terdapat lebih daripada 1,200 spesis kelawar

fakta pelik dan menarik mengenai kelawar

Kelawar biasanya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Megachiroptera, iaitu kelawar buah "Old World" yang besar dan Microchiroptera iaitu kelawar yang lebih kecil yang dijumpai di seluruh dunia. 

Ia mempunyai pelbagai saiz iaitu yang paling besar iaitu spesis giant flying fox seberat 1.2 kilogram dan bukaan sayap sepanjang 1.7 meter, kepada kelawar bersaiz tersangat kecil dengan bukaan sayap 15 sentimeter. 

Juga terdapat 3 spesis kelawar yang menghisap darah seperti pontianak.

4. Tak semua kelawar bergantung secara terbalik 

fakta pelik dan menarik mengenai kelawar 5

Hampir semua spesis kelawar yang menggantungkan badan mereka secara terbalik, di mana kaki mereka berubah menjadi relaks dalam keadaan mencengkam yang mana sukar untuk kita bayangkan.

Dan apabila kelawar bersedia untuk terbang, ia akan melepaskan cengkaman kaki dan mendapatkan momentum terbang ketika jatuh kerana kaki dan sayapnya yang kecil tak mampu memberikan kebolehan terbang seperti burung.

Walaupun begitu, terdapat 6 spesis kelawar yang tidak menggantungkan diri secara terbalik, yang mana kebanyakan daripada spesis ini mempunyai lapisan penyedut di anggota badan yang membolehkannya untuk melekat pada daun atau pada permukaan-permukaan lain.

5. Najis kelawar boleh dijadikan bahan letupan

fakta pelik dan menarik mengenai kelawar 6

Najis kelawar yang juga dikenali sebagai guano, mempunyai kandungan kalium nitrat (saltpeter) yang tinggi dan biasanya digunakan sebagai baja. Namun, saltpeter juga boleh diekstrak dan digunakan untuk menghasilkan serbuk letupan dan bahan peledak.

Selain itu, najis kelawar juga merupakan sumber yang penting dalam tujuan ini ketika Perang Saudara Amerika. Ia juga digunakan untuk memelihara fosil.




Hakcipta iluminasi.com (2017)