Oleh pada 23 May 2019 kategori

huawei dan apple

Sebagaimana yang kita semua tahu, Amerika Syarikat telah membuat satu langkah berani apabila Google memutuskan hubungan perdagangannya dengan Huawei.

Malah, bukan Google sahaja yang berbuat demikian tetapi juga beberapa syarikat besar lain termasuklah Intel, Qualcomm, Broadcom dan Infineon.

Namun, perkara ini seolah-olah bukan sesuatu yang mampu membunuh Huawei dan sebenarnya tidak ditakuti oleh mereka.

Pengasas dan ketua eksekutif Huawei Technologies Co., Ren Zhengfei berkata bahawa kerajaan Amerika Syarikat memandang rendah kepada syarikat gergasi teknologi Cina itu dan dalam masa beberapa tahun, tidak ada sesiapa yang dapat mengejar teknologi 5G mereka.

ren zhengfei pengasas dan ceo huawei

(Ren Zhengfei, pengasas dan CEO Huawei)

Ren Zhengfei juga menyatakan bahawa langkah drastik oleh pentadbiran Donald Trump untuk menyekat eksport terhadap Huawei tidak memberi apa-apa makna kerana syarikat itu telah membuat persediaan terhadap kemungkinan sebegini, termasuk menyimpan stok cip.

Beliau juga berkata Huawei boleh membuat cip sendiri, walaupun itu tidak bermakna ia berhasrat untuk berhenti membeli cip A.S..

Huawei juga mampu menghasilkan cip sendiri namun itu tak bermakna mereka mempunyai niat untuk berhenti membeli cip daripada A.S..

huawei dan apple 14

Ren Zhengfei menegaskan bahawa teknologi 5G Huawei tidak akan terjejas oleh pengharaman eksport A.S., dan dalam masa dua hingga tiga tahun, tidak ada syarikat yang dapat menandingi teknologi 5Gnya.

Sudah tentu, tindak balas daripada A.S ini tidak dapat dielakkan.

"Kami mengorbankan (kepentingan individu) dan keluarga untuk tujuan yang ideal, untuk berdiri di puncak dunia. Untuk idea ini terlaksana,  sudah dijangka akan berlaku konflik dengan Amerika Syarikat sama ada cepat atau lambat," kata Ren Zhengfei.

meng wanzhou ditahan amerika syarikat

(CFO Huawei, Meng Wanzhou ditahan oleh Amerika Syarikat)

Ren Zhengfei yang kini berusia 74 tahun adalah seorang yang sangat tidak sukakan perhatian dan hampir tidak pernah memberikan temuduga.

Namun dalam isu ini, beliau tetapi dia mendapati dirinya lebih mendapat perhatian media disebabkan peningkatan ketegangan antara syarikatnya dan Amerika Syarikat.

Ia juga disebabkan oleh arahan penahanan AS terhadap anaknya, Meng Wanzhou yang juga merupakan Ketua Pegawai Kewangan Huawei.

Malah, tempoh ketika mana Ren Zhengfei berkhidmat sebagai jurutera untuk Tentera Pembebasan Rakyat China sebelum menubuhkan Huawei juga menyumbang kepada kecurigaan terhadap syarikat itu.

rakyat china menyokong huawei

Wall Street Journal melaporkan bahawa pegawai AS akan mengumumkan pada hujung minggu ini bahawa sesetengah syarikat akan diberikan pengecualian 90 hari ke atas pengharaman eksport AS terhadap Huawei, satu langkah yang dapat memberi Huawei dan syarikat AS lebih banyak masa untuk mencari penyelesaian sandaran.

Ia juga bertindak sebagai cip tawar-menawar untuk perbincangan perdagangan baru yang berpotensi dengan China.

Berikutan isu ini, para pengguna iPhone di China melakukan satu protes di mana mereka merosakkan dan menghancurkan telefon pintar Apple itu sebagai tanda sokongan kepada syarikat gergasi mereka.

Malah, syarikat-syarikat tempatan China juga memberikan subsidi sehingga 20% bagi rakyat China yang bakal membeli produk Huawei dan tidak akan memberikan bonus tahunan kepada mereka yang membeli iPhone.

kenyataan media oleh huawei

(Kenyataan media oleh Huawei)

Dalam satu e-mel kenyataan media yang dihantar oleh pihak Huawei kepada iluminasi.com, mereka memberitahu bahawa akan memastikan para pengguna Huawei dan Honor mendapat hak termasuklah pengemaskinian ciri-ciri keselamatan telefon pintar.

Ini memperlihatkan kematangan dari pihak Huawei dalam berhadapan dengan situasi getir dan cuba untuk menanganginya dengan cara terbaik.

Jadi, dengan tercetusnya isu ini, adakah anda para pengguna Huawei dan Honor akan terus menggunakan telefon pintar mereka atau akan beralih kepada yang lain?

Rujukan:

1. Marketwatch

2. Verge

3. BBC


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)