Oleh pada 04 Feb 2018 kategori

Sumber foto: AFP

Seorang cendekiawan Islam, Tariq Ramadan ber­hadapan tuduhan perkosaan setelah dua wanita mendakwa diserang oleh profesor dari Universiti Oxford itu di sebuah bilik hotel pada tahun 2009 dan 2012.

Tariq, diberkas pihak polis pada Rabu lepas dan didakwa menerusi dua pertuduhan, iaitu memperkosa dan memperkosa orang yang lemah.

Pengadu merupakan seorang rakyat Switzerland dan cucu kepada pelopor Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Kes melibatkan cendekiawan terkemuka itu mengakibatkan penduduk Islam di Eropah mula mengikut haluan masing-masing. Sementara itu, para pengikut dan peguam pembela pula menyatakan ia merupakan usaha untuk menggulingkan Tariq.

Mengikut pengkritik, Tariq mempraktikkan pendekatan yang agak radikal dengan membicarakan hal tentang penduduk Islam di Asia Barat, biarpun selalu nampak sederhana dan lemah lembut semasa ditemu ramah menerusi rancangan televisyen.

Beliau merupakan orang paling berpengaruh yang diberkas di Perancis buat masa ini atas pertuduhan perkosaan dan serangan seksual.

Bapa kepada empat anak itu me­nyangkal semua tuduhan yang dikemukakan dua wanita terbabit. - AFP

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)