Adalah menjadi satu perkara yang sangat biasa jika anda ternampak sebuah stesen minyak terletak bersebelahan dengan stesen minyak lain.

Namun, pernahkah anda tertanya-tanya mengapa hal ini berlaku sedangkan masih terdapat banyak kawasan di sekitar?

Begitu juga dengan rangkaian makanan segera di mana KFC biasanya terletak bersebelahan dengan McDonald's?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan mengapa kedai runcit, bengkel kereta serta restoran sering kali wujud dalam kumpulan dan tidak berselerak di seluruh kawasan dalam sesebuah komuniti?

Model Persaingan Spasial Hotelling

Walaupun terdapat beberapa faktor yang diambil kira untuk menentukan di mana lokasi perniagaan anda, kelompok jenis syarikat yang serupa dapat dijelaskan oleh satu kisah yang sangat ringkas, dikenali sebagai Model Persaingan Spasial Hotelling.

Untuk menjelaskan model ini, cuba bayangkan situasi antara dua gerai ais krim di bawah ini.

sebab mengapa stesen minyak selalu terletak bersebelahan antara satu sama lain 2

2 buah gerai ais krim berniaga di sebuah pantai dan sudah tentunya setiap gerai ais krim mahu berada di lokasi terdekat dengan pelanggan.

Anggap bahawa dari hujung kiri pantai ke hujung kanan pantai sebagai satu garis lurus.

Jika gerai berwarna biru dan hijau diletakkan secara sama adil di sepanjang pantai, maka gerai biru akan mendapat semua pelanggan di sebelah kiri dan gerai hijau akan mendapat semua pelanggan di sebelah kanan. 

Lokasi kedua-dua gerai ini adalah bagus untuk semua orang yang terlibat kerana kedua-duanya berada di lokasi terdekat dengan pelanggan di kedua-dua belah pantai.

Walaubagaimanapun, setiap gerai ini mahu berada lebih dekat dengan lebih ramai pelanggan, maka gerai hijau fikir apa yang akan berlaku jika ia bergerak mendekati gerai biru.

sebab mengapa stesen minyak selalu terletak bersebelahan antara satu sama lain 3 192

(Gerai hijau cuba menghampiri gerai biru untuk dapatkan lebih ramai pelanggan)

Apabila gerai hijau bergerak menghampiri gerai biru, ia sebenarnya membolot sebahagian daripada pelanggan yang datang ke gerai biru.

Kini, gerai hijau mendapat lebih daripada separuh pelanggan yang mengunjungi pantai tersebut.

Gerai biru kemudian berfikiran yang sama dengan gerai hijau dan memutuskan bahawa ia akan mendapat kembali pelanggannya dengan juga bergerak lebih dekat dengan garisan tengah pantai.

Perpindahan gerai biru ke tengah pantai membuatkan ia mendapat semula pelanggannya yang dirampas oleh gerai hijau.

gerai biru menghampiri ke tengah pantai untuk mendapatkan kembali pelanggan yang hilang

(Gerai biru menghampiri ke tengah pantai untuk mendapatkan kembali pelanggan yang hilang)

Seperti yang anda lihat, gerai biru dan hijau ingin berpindah lebih dekat dengan tengah pantai supaya mereka dapat lebih ramai pelanggan.

Akhirnya, kedua-dua gerai itu berakhir di tengah-tengah pantai dan kini, mereka sama hampir dengan semua pelanggan yang berada di sepanjang garis pantai.

Apa yang menarik dalam situasi ini adalah tiada di antara mereka yang ingin berpindah lagi. Jika mana-mana gerai bergerak ke kanan atau ke kiri, maka gerai itu akan mendapat kurang daripada separuh pelanggan yang datang ke pantai.

Pada ketika ini, gerai biru dan hijau telah mencapai apa yang ahli teori menggelarkannya sebagai "Keseimbangan Nash", titik di mana kedua-duanya tidak dapat memperbaiki kedudukan lagi dengan menyimpang dari strategi semasa.

keseimbangan nash

Strategi asal mereka di mana mereka berada di kedudukan awal tidak bertahan kerana ia tidak mencapai Keseimbangan Nash.

Dengan kedua-dua gerai kini berada di tengah-tengah pantai, mereka tidak boleh lagi boleh berpindah untuk menghampiri pelanggan yang berada jauh, tanpa memberikan kesan kepada pelanggan sedia ada. 

Walau bagaimanapun, mereka tidak lagi mempunyai penyelesaian sosial yang optimum, kerana pelanggan di kedua-dua hujung pantai perlu berjalan lebih jauh daripada yang diperlukan untuk membeli ais krim.

Jadi, ini adalah penyelesaian kepada persaingan ini dan sebab mengapa perniagaan-perniagaan sering terletak bersebelahan dengan pesaing mereka.

Apabila bersaing berkenaan dengan lokasi, semua orang mahu lokasi di tengah-tengah untuk berada sehampir yang boleh dengan seramai pelanggan yang boleh.

kenapa mcd dan kfc sering berada bersebelahan antara satu sama lain

Pelanggan mungkin akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang lebih baik dengan gerai-gerai ini diletakkan di seluruh kawasan komuniti, tetapi ini akan membuatkan perniagaan tersebut terdedah kepada persaingan yang agresif.

Dalam dunia sebenar, para pelanggan datang dari lebih dari satu arah dan perniagaan-perniagaan bebas bersaing dengan strategi pemasaran masing dengan membezakan kepelbagaian produk mereka serta dengan pemotongan harga.

Tetapi di apa yang paling penting bagi strategi mereka adalah, syarikat-syarikat suka berada sehampir yang boleh dengan pesaing mereka. 

Rujukan:

1. Forbes

2. Kenapa Stesen Minyak Terletak Bersebelahan Antara Satu Sama Lain?

3. Business Achievers




Hakcipta iluminasi.com (2017)