Pernah tak anda cuba membaca dalam kereta atau bas yang sedang bergerak? Tiba-tiba rasa berpinau dan pening macam nak muntah, kan?

Saintis mendapati apabila manusia berjalan, tubuh bergerak mengikut arahan yang diberikan oleh otak. Menurut otak, ini merupakan satu-satunya cara sesuatu pergerakan tubuh boleh berlaku.

Vertigo

Walau bagaimanapun, apabila anda duduk di dalam kenderaan, tubuh badan tidak melakukan sebarang pergerakan seperti berjalan atau berlari. Anda 'bergerak', namun otot, saraf dan mata memberitahu otak bahawa anda masih berada dalam keadaan pegun di kedudukan yang sama. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada masa yang sama, cecair dalam telinga berkocak-kocak sambil menghantar isyarat ke otak bahawa anda sedang menuju ke suatu tempat. Di sinilah berlakunya konflik antara dua mesej berlawanan yang terjadi pada masa yang sama menyebabkan fenomena dipanggil vertigo.

membaca dalam kereta api pun kadang kadang menjadikan anda pening

Ada satu teori yang menyatakan otak primitif manusia menafsirkan kekeliruan saraf ini sebagai keadaan tubuh yang diracun. Sebab itulah anda tiba-tiba rasa nak muntah.

Jadi, kenapa buku dan bahan bacaan memburukkan lagi keadaan?

Kebiasaannya, apabila seseorang mabuk kenderaan, mereka perlu lihat ke luar tingkap dan pandang keadaan sekeliling. Ini disebabkan bukti secara visual ini akan menghantar isyarat ke otak bahawa anda sedang bergerak. Otak yang panik tadi serta-merta akan menjadi lebih tenang dan terkawal.

Jika anda buat sebaliknya, seperti membaca, mata anda akan fokus pada satu titik atau objek statik yang hanya akan menggandakan kecelaruan deria sehingga otak tidak mampu mengawalnya.

pening dalam kereta membaca

Jadi, kalau perlu membaca dalam kereta, pastikan anda kerap mengangkat kepala dan pandang ke luar sejenak sebelum meneruskan pembacaan. Namun, jika bacaan itu tidak begitu penting, mungkin lebih baik anda tunggu dulu hingga sampai ke destinasi.

Sumber Rujukan:

1. Huffington Post

2. Scientific America

3. New York Times




Hakcipta iluminasi.com (2017)