Secara realistiknya, kebanyakan daripada kita pada hari ini tak perlu apa hendak ditakutkan dengan harimau, namun pada awal abad ke-20, kematian yang disebabkan oleh harimau adalah sangat membimbangkan dan menakutkan.
Haiwan ini membunuh kira-kira 1,000 nyawa setiap tahun pada separuh daripada abad ke-20 yang lalu. Pada tahun 1930an, terdapat tempoh 5 tahun yang mana harimau telah menyebabkan terbunuhnya 7,000 nyawa.
BESARKAN TEKS A- A+
Sebaliknya, ikan jerung hanya membunuh kira-kira 5 nyawa setahun.
Dan walaupun makhluk yang sangat cantik ini secara amnya dianggap sebagai makhluk yang digeruni di dunia, namun terdapat satu pemangsa lagenda yang sangat ditakuti melebihi daripada yang lain, iaitu Harimau Champawat.
Pemangsa manusia yang tak pernah puas
Harimau Champawat yang terkenal ini adalah seekor harimau betina, yang memulakan keganasannya di sebuah kampung yang dikenali sebagai Rupal, di barat Nepal sekitar tahun 1903.
Ketika itu ia telah membunuh 200 orang dan para pemburu telah diarahkan untuk membunuh harimau dari spesis Bengal ini. Namun, operasi tersebut tidak berhasil kerana Champawat berjaya meloloskan diri.
Akhirnya, Tentera Nepal diberikan untuk menggalas tugas berat ini.
Meskipun tidak berjaya menangkap atau membunuh harimau ini, pasukan tentera melakukan operasi besar-besaran dan berjaya memaksa Champawat untuk meninggalkan kawasannya dan menghalaunya ke India merentasi sempadan Sungai Sarda.
Setelah berpindah ke India, harimau ini meneruskan aktiviti pembunuhannya di Wilayah Kumaon. Ia mengganas di kampung-kampunng dan kesemua serangan yang dilakukannya adalah pada waktu siang yang melihatkan seramai 234 orang terbunuh.
Kehidupan di seluruh wilayah tersebut lumpuh, dengan orang lelaki tidak mahu meninggalkan pondok untuk pergi bekerja selepas terdengar ngauman harimau ini dari dalam hutan.
Harimau tidak lagi takutkan manusia
Pada satu ketika dahulu di mana harimau masih takutkan para pemburu, para pemburu harimau dengan mudah mampu menewakan haiwan ini dan menyelamatkan banyak nyawa.
Namun apabila spesis haiwan ini tidak lagi takutkan manusia, hanya ada seorang sahaja pihak berkuasa yang boleh menewaskan harimau pembunuh ini, iaitu Kolonel James Corbett yang beroperasi di tanah jajahan India.
Beliau menempa nama sebagai pemburu binatang pemangsa manusia. Apabila pihak kerajaan mengarahkan Kolonel James untuk menjejaki Harimau Champawat, beliau bersetuju dengan dua syarat:
"Yang pertama adalah ganjaran daripada kerajaan dibatalkan dan satu lagi, semua pemburu shikari khas dan yang biasa daripada Almora, diundurkan serta merta. Sebab saya meletakkan syarat-syarat ini tak perlukan penjelasan kerana saya pasti semua pemburu berkongsi kekecewaan kerana digolongkan sebagai pemburu ganjaran dan mengelakkan risiko ditembak secara tidak sengaja,".
Pihak berkuasa dengan serta merta bersetuju dengan syarat-syarat tersebut dan pemburuan Harimau Champawat bermula pada tahun 1907.
Harimau Bengal betina lebih berbahaya
Harimau Bengal betina biasanya secara purata mempunyai ukuran 2.4 meter dari kepala ke ekor dan berat melebihi 130 kilogram.
Harimau ini bukanlah pemangsa manusia secara semula jadi, namun terdapat beberapa teori menerangkan mengapa sesetengah daripadanya menjadikan manusia sebagai mangsa.
Menurut Kolonel James, beliau sendiri percaya bahawa "tekanan keadaan di luar kawalannya memaksa harimau ini untuk mengamalkan diet yang asing kepadanya.
Tekanan keadaan tersebut adalah, dalam 9 daripada 10 kes, disebabkan oleh luka, dan 1 kes lagi disebabkan oleh umur yang tua"
Mereka kemudiannya mendapati bahawa Harimau Champawat itu mempunyai gigi yang patah, membuatkannya tidak dapat memburu seperti biasa yang mana membuktikan teori Kolonel James adalah benar.
Terdapat perbalahan mengenai jumlah angka yang tinggi berkenaan dengan kematian disebabkan oleh harimau di India pada awal tahun 1900an.
Harimau Bengal memburu paa waktu siang dan malam
Bertentangan dengan kepercayaan popular, harimau bukan sahaja memburu pada waktu malam, malah ia merupakan pemburu yang sentiasa mencari peluang walaupun matahari tegak di atas kepala.
Sesentengah bukti menunjukkan bahawa harimau biasanya menunggu untuk menyerang mereka yang tunduk seperti bercucuk tanam, mengambil sesuatu yang terjatuh mahupun membuang air besar, yang mana ketika ini manusia sangat terdedah kepada bahaya.
Kolonel James menjejaki harimau betina ini sehingga berhampiran kampung Champawat. Dan ketika beliau sampai, beliau melihat semua penduduk berlonggokan di dalam rumah dan tiada siapa yang berani keluar untuk tempoh 5 hari.
Ketika kehadiran Kolonel James di kampung ini, harimau ini menyerang lagi dan kali ini ia membunuh nyawa seorang gadis berusia 16 tahun.
Kolonel James Corbett sebagai wira
Jejak harimau ini sangat jelas kelihatan, pada satu bahagian adalah percikan darah di mana kepala gadis ini tergantung dan satu bahagian lagi adalah tapak kakinya.
Tapak kaki dan darah itu membawa Kolonel James terus ke harimau yang ganas itu, yang mana akhirnya dibunuhnya menggunakan senapang patahnya.
Menjelang pembunuhan Harimau Champawat oleh Kolonel James, ia telah membunuh kira-kira 436 nyawa dalam jangka masa 4 tahun sahaja.
Walaupun Harimau Champawat muncul dalam Guinness Book of World Recods sebagai pembunuh tertinggi yang disahkan bagi spesisnya, namun rekod India menunjukkan terdapat seekor lagi harimau betina yang telah membunuh kira-kira 700 nyawa di wilayah tengah pada awal abad ke-20.
Kedua-duanya jauh mengatasi jumlah yang dibunuh oleh mana-mana binatang yang dalam kategori boleh membawa maut.