Kami tahu anda ada banyak soalan tentang penyakit Covid-19 yang disebabkan oleh penyebaran virus Sars-CoV-2. Apa yang kami buat, kami telah kompilasikan beberapa persoalan yang kerap kami nampak di media sosial dan cuba menjawab persoalan ini, dengan berkongsikan laporan serta penerbitan yang ada.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan yang anda rasakan mengelirukan anda, cuba kongsikan dengan kami agar kami dapat membantu memperjelaskan kepada anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Bolehkah virus penyebab Covid 19 berada di permukaan kulit kita?

tangan kering bila pakai sanitizer alkohol

Belum ada kajian menjelaskan tempoh waktu atau durasi virus penyebab wabak Covid-19 iaitu virus SARS-CoV-2, mampu bertahan atas permukaan kulit manusia.

Apa yang kita tahu, beberapa jenis lain seperti rhinovirus yang menyebabkan penyakit selesema, mampu hidup selama beberapa jam selepas terkena pada kulit. Bagi virus penyebab influenza pula, didapati hanya 15% tinggal pada kulit selepas tempoh 30 minit dalam ujian yang dijalankan.

Kajian juga membuktikan, walaupun ada kemungkinan virus menjangkiti kita - asalkan kita mengamalkan amalan membasuh tangan dengan betul dan tidak kerap menyentuh muka, sangat berkesan dalam menghalang virus menyusup masuk ke dalam badan.

2. Adakah telefon pintar mampu menjadi penyebar virus?

kuman melekat di tempat awam pemegang train telefon phone

Ya. Ini kerana titisan-titisan air yang dikeluarkan dari mulut mampu menyebarkan virus-virus, jadi janganlah pula anda gunakan telefon yang digunakan individu positif Covid-19 ketika ini pula ya! Oleh kerana telefon kita kini lebih banyak menggunakan bahan kaca, plastik dan aluminium - kesemua bahan ini didapati mampu menempatkan virus dalam jangka masa panjang.

Kaca skrin telefon anda sebagai contoh, mampu menempatkan virus selama 4 hari atau 96 jam, seandainya tidak dibersihkan. Jika badan telefon anda plastik, 72 jam. Jika telefon anda diperbuat daripada aluminium? Bergantung kepada jenis aluminiumnya mampu menjadi perumah virus selama 2 ke 8 jam.

Tak kiralah apa pun - bersihkan telefon anda selalu walaupun anda rasa sihat.

3. Berapa lama virus hidup pada fabrik topeng muka?

kuman melekat pada mask muka

Setakat kajian yang dijalankan pada tahun 2015, virus penyebab ebola (pautan PDF) didapati mempunyai sifat yang gemarkan bahan-bahan keras, tidak berapa gemar bahan seperti fabrik.

Dengan mengambil kira peralatan hospital seperti gaun plastik, gaun kapas, keluli tahan karat dan topeng muka - didapati virus mengalami tahap reput paling pantas pada bahan fabrik kapas hanya selama 1.25 jam , sementara paling lama bertahan di atas permukaan keluli tahan karat selama 365 jam atau lebih 15 hari.

Kajian yang dijalankan lama dahulu pada tahun 1966 melibatkan virus penyebab polio mendapati hasil serupa, walaupun durasinya agak berbeza. Dalam tahap kelembapan dan suhu yang terkawal, didapati virus tidak gemar akan fabrik kapas berbanding fabrik bulu (wool). Penyelidik itu juga mendapati dengan peningkatan kadar kelembapan, akan menyebabkan daya ketahanan virus meningkat.

Jelaskan apa yang perlu anda lakukan? Sekiranya anda masih mahu menggunakan topeng, pastikan pelupusannya dilakukan dengan betul.

4. Adakah haiwan peliharaan mampu berjangkit atau menyebabkan jangkitan?

bolehkah haiwan dijangkiti covid19 corona virus kucing anjing

Buat masa sekarang, apa yang kita tahu tentang virus Sars-Cov-2; tidak ada sebarang kes penyakit Covid-19 menyerang haiwan peliharaan, sama ada anjing, kucing, iguana atau sebagainya. Sama juga situasinya, kita juga tidak tahu boleh atau tidak haiwan peliharaan menjadi pembawa kepada virus ini - seterusnya menyebabkan jangkitan pada manusia.

Kajian memang sedang dilakukan ke atas isu ini kerana pendapat paling awal bagaimana bermulanya wabak Covid-19 ini, adalah disebabkan pemindahan virus tersebut dari haiwan kepada manusia. Bagaimanapun, pada peringkat sekarang - semua ini hanya andaian yang belum berjaya dibuktikan lagi.

5. Bolehkah virus tersebar melalui duit kertas?

duit sebagai ejen penyebaran wabak virus corona covid19

Secara rasmi, badan pertubuhan kesihatan sedunia WHO menyatakan wang kertas tidak berupaya menjadi ejen penyebar virus, besar kemungkinan kerana belum ada kajian mampu mengesahkan pandangan ini.

Bagaimanapun, ini tidak menghalang kebanyakan negara mengambil langkah berjaga-jaga menggalakkan penggunaan matawang digital dalam setiap transaksi. Kerajaan China pula dikatakan mengambil langkah membersih malahan menghapuskan wang kertas yang dipercayai membawa virus tersebut.

Dalam kajian tahun 2014 (pautan PDF), didapati virus penyebab influenze A mampu hidup selama 2 jam atas wang kertas dalam bentuk kering dan tahan selama 8 hari, sekiranya hidup dalam mukus. Kajian itu juga menunjukkan seandainya tiada pilihan - elakkan daripada menggunakan duit syiling kerana syiling mampu menyebabkan bahan-bahan asing ini tahan lebih lama.

6. Boleh ke saya dijangkiti dan tak sakit?

topeng muka wajib atau tidak

Ini soalan yang paling perlu dijawab kerana kami nampak banyak kekeliruan berlaku. Apa yang perlu kita tahu, bukan semua jangkitan virus Sars-Cov-2 akan menyebabkan penyakit pada seseorang individu. Ini kerana di kalangan individu yang dijangkiti virus ini, akan ada segelintir yang langsung tidak menampakkan sebarang tanda.

Walau demikian peratusannya berbeza-beza mengikut tempat. Dalam laporan bertarikh 19 Mac 2020, dilaporkan bahawa kajian yang dijalankan oleh Chinese Center for Disease Control and Prevention (China CDC) mendapati daripada 2,143 kes yang dijadikan sampel kajian terdiri daripada kanak-kanak - 94 kes atau 4.4% tidak menunjukkan sebarang tanda sakit. Kumpulan ini yang diistilahkan sebagai 'asymptomatic patient' atau tiada menunjukkan simptom.

Di Itali, lebih tepat di sebuah pekan bernama Vo yang menjadi lokasi pertama kemunculan virus ini di negara tersebut - penyelidik perubatan memilih untuk menjalankan saringan kepada lebih 3,000 orang penduduk pekan tersebut. Hasil daripada saringan besar-besaran itu, mereka menemui 66 orang pesakit yang telah dijangkiti tetapi langsung tidak menyedari mereka sebenarnya membawa virus itu.

Ini bermakna ada kemungkinan 2 ke 4% individu yang merasakan diri mereka sihat, sebenarnya menjangkitkan orang lain - sekiranya dia melanggar perintah kawalan pergerakan.

Jadi duduklah di rumah dan hanya keluar jika perlu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)