Jika dibaca berkenaan sejarah negara kita, kita pasti akan terjumpa dengan satu gelaran bernama The Golden Chersonese atau Semenanjung Emas yang merujuk kepada negara kita.

Mari kita belajar serba sedikit tentang mengapa satu masa dahulu, Malaysia bergelar sedemikian dan apa kaitan emas dalam pembentukan sejarah negara kita.

Konsep 'Golden Chersonese'

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi malaysia semenanjung emas sejarah

Claudius Ptolemy, ahli geografi Greek menerusi bukunya "Geography" yang diterbitkan pada tahun 150 AD, menamakan Malaysia sebagai Golden Chersonese atau "Semenanjung Emas."

Walaupun begitu, frasa "Semenanjung Emas" itu sebenarnya diambil daripada kitab lama orang India. Dalam kitab Ramayana, ada dinyatakan terdapat satu tanah yang bergelar 'Suvarnabhumi' atau terjemahannya, Land of Gold.

Versi buku "Geography" yang seterusnya merujuk tentang "Golden Chersonese" ini sebagai sebuah negara yang mempunyai hasil emas di tanahnya.

Kedudukan Golden Chersonese

iluminasi malaysia semenanjung emas sejarah3

Kajian menerusi peta dunia yang dilukis oleh Ptolemy menunjukkan di Golden Chersonese, terdapat tiga sungai yang menjadi penghubung kepada penduduk di Semenanjung Emas iaitu Sungai Khrysoanas; sungai yang merentasi negara kita dari Thailand hingga ke Sungai Muar, Sungai Palandas iaitu Sungai Johor dan Sungai Attabas iaitu Sungai Pahang sekarang.

iluminasi malaysia semenanjung emas sejarah4

Dipercayai yang perlombongan emas di negara kita sebenarnya sudah bermula 2000 tahun dahulu dan Semenanjung Emas merupakan sumber emas dunia pada masa dulu. Perlombongan emas juga sangat rancak di negara kita sehingga abad ke 17. Godinho de Eredia dalam tulisannya ada menyebutkan lombong emas di Pahang dan Patani amat aktif pada era tersebut.

Beberapa kajian lain juga sudah menunjukkan kepentingan emas pada masyarakat zaman dahulu. Sejak abad pertama lagi kerajaan Hindu yang wujud di negara kita; dipercayai sebanyak lebih 30 kerajaan muncul dan hilang di sekitar kawasan pantai timur dan pantai barat negara kita. Kemasukan pedagang India melalui jalan laut memperkenalkan konsep agama, kerajaan yang bersepadu dan kesenian pada penduduk awal negara kita.

Emas sebagai simbol status

iluminasi malaysia semenanjung emas sejarah45

Kerajaan paling terkenal pada masa itu iaitu kerajaan Langkasuka yang dipercayai berpusat di sekitar Kedah atau Patani, pada tahun 2AD amat terkenal dengan perhiasan emas mereka. Dikhabarkan dalam kisah sejarah, Raja Langkasuka selalu menayangkan gajah peliharaan beliau yang dipakaikan emas dari kepala hingga ke kaki.

Di dalam teks-teks lama India, kawasan di mana kerajaan Langkasuka dinamakan sebagai Kataha. Kataha menjadi pusat penting kepada aktiviti perdagangan dan politik dunia pada masa itu. Dipercayai Kataha ini adalah nama gelaran kepada Kedah pada zaman tersebut.

Emas menjadi sumber utama perdagangan sehinggalah kedatangan pelayar-pelayar Kristian ke Asia Tenggara yang mula memperkenal sistem baru untuk menggantikan emas yang digunakan. Walaupun begitu, aktiviti perlombongan emas di negara kita masih berjalan sehingga sekarang.

Negeri-negeri kaya emas di Malaysia

iluminasi malaysia semenanjung emas sejarah5

Di negara kita sekarang, pengeluaran emas kebanyakannya datang dari 14 lombong di Pahang, Kelantan dan Terengganu. M

tidak ramai yang mengetahui yang di negara kita ketika ini, kita mempunyai satu jajaran panjang yang merentasi ketiga-tiga negeri tersebut yang dinamakan sebagai "Malaysia Gold Belt."

Pada tahun 2015, sebanyak 4.732 tan emas telah berjaya di lombong di ketiga-tiga negeri tersebut. Begitulah serba sedikit sejarah di antara kaitan emas dan negara kita yang membuktikan tanah yang kita duduk ketika ini, tanah bertuah.

Harap anda semua belajar serba sedikit mengenai sejarah negara kita yang sebenarnya sangat menarik untuk dibincangkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)