lombong emas paling besar di dunia dari segi jumlah emas

Negara yang mempunyai sumber alam yang boleh dijadikan sebagai sumber kewangan amatlah beruntung. Dan negara kita Malaysia dianugerahkan pelbagai sumber alam yang menjadikan negara kita kaya dan mampu membangun berbanding negara-negara lain.

Antara sumber alam yang sangat bernilai termasuklah emas. Antara negeri-negeri yang mempunyai lombong emas di Malaysia termasuklah Pahang, Sarawak dan Perak. Namun ia tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan lombong-lombong dalam senarai ini.

iluminasi.com ingin kongsikan dengan pembaca 7 lombong yang mempunyai deposit emas paling tinggi di dunia.

7. Lombong Pueblo Viejo - Republik Dominika

pueblo viejo lombong emas paling besar di dunia dari segi jumlah emas

Nilai: RM188.5 bilion

Terletak 100 kilometer dari ibu negara Republik Dominika, lombong ini mengandungi kira-kira 1.134 juta kilogram emas. Operasi perlombongan Pueblo Viejo ini bermula pada tahun 2012, dan hanya dalam masa 2 tahun lombong ini mencapai tahap pengeluaran penuh menjelang tahun 2014.

Lombong ini milik Barrick Gold Corporation (60%) dan juga Goldcorp Inc (40%). Pengeluaran Pueblo Viejo sangat menakjubkan iaitu 27,017 kilogram emas pada tahun 2016 yang bernilai RM4.49 bilion. Pada tahun yang sama, ia juga mencapai kedudukan pengeluar emas kedua terbesar di dunia dan mengalami hampir 23% pertumbuhan tahunan.

6. Lombong Oyu Tolgoi - Mongolia

oyu tolgoi lombong emas paling besar di dunia dari segi jumlah emas

Nilai: RM217.7 bilion

Dimiliki oleh kerajaaan Mongolia dan Turquoise Hill, Oyu Tolgoi dianggarkan mengandungi sebanyak 1.31 juta kilogram emas iaitu yang ke-6 terbesar di dunia. Oyu Tolgoi adalah lombong yang paling terbaru dibangunkan dalam senarai ini. Deposit emas ini ditemui pada tahun 2001 dan pembinaan di lombong ini bermula pada tahun 2010.

Penghantaran pertama hasil perlombongan emas bermula pada tahun 2010. Walaupun deposit emas di lombong ini sangat mengagumkan, namun deposit tembaga di sini lebih besar yang bernilai RM54.5 bilion. 

Pada tahun 2016 sahaja, sebanyak 8,503 kilogram dikeluarkan dan Turquoise Hill menjangkakan pengeluaran emas yang lebih rendah pada tahun 2017 iaitu di antara 2,834 hingga 3,958 kilogram.

5. Lombong Olimpiada - Rusia

olimpiada lombong emas paling besar di dunia dari segi jumlah emas

Nilai: RM224.4 bilion

Terletak di rantau perlombongan emas yang paling produkti di Rusia, lombong Olimpiada dianggarkan mempunyai 1.35 juta kilogram emas. Emas di sini pertama kali ditemui pada tahun 1970, namun perlombongan emas terbuka bermula selepas 26 tahun kemudian.

Olimpiada membentuk operasi terbesar bagi syarikat Polyus iaitu pengeluar emas terbesar di Rusia. Pada tahun 2016, lombong ini mengeluarkan sebanyak 26,733 kilogram emas iaitu 18% lebih banyak daripada tahun 2015.

4. Lombong Muruntau - Uzbekistan

muruntau lombong emas paling besar di dunia dari segi jumlah emas

Nilai: RM236 bilion 

Lombong emas ke-4 terbesar di dunia dari segi jumlah deposit iaitu kira-kira 1.42 juta kilogram emas, lombong Muruntau di Uzbekistan ini merupakan lombong emas terbuka yang paling besar di dunia. Lombong ini adalah 100% milik kerajaan Uzbekistan.

Selepas deposit emas di sini ditemui pada tahun 1958, perlombongan secara sistematik dimulakan pada tahun 1967 dan telah berterusan sahingga kini.

Sebanyak 62,369 kilogram emas dikeluarkan pada tahun 2016 yang menjadikan Muruntau sebagai lombong pengeluar emas paling besar di dunia.

3. Lombong Lihir - Papua New Guinea

lihir lombong emas paling besar di dunia dari segi jumlah emas

Nilai: RM302.5 bilion

Terletak di dalam kawah gunung berapi yang telah mati, Lihir di Pulau Niolam  dianggarkan mempunyai 1.82 juta kilogram emas secara keseluruhaan. Ia mula dilombong pada tahun 1997 dan dimiliki oleh syarikat Australia, Newcrest, yang membeli lombong ini pada tahun 2010 dengan harga RM85.14 bilion.

Pengeluaran emas di lombong Lihir pada tahun 2016 adalah sebanyak 25,514 kilogram emas yang merupakan pengeluaran emas ke-6 terbesar di dunia. Sejak dilombong 20 tahun lalu, sebanyak 283,495 kilogram emas telah dihasilkan.

2. Lombong South Deep - Afrika Selatan

south deep lombong emas paling besar di dunia dari segi jumlah emas

Nilai: RM395.5 bilion

Dengan deposit emas sebanyak 2.38 juta kilogram emas, lombong South Deep yang terletak di Afrika Selatan merupakan lombong terbesar di dunia. Perlombongan di sini bermula pada tahun 1961 dan diperoleh oleh syarikat Fold Fields Limited pada tahun 2006.

Berada 3,000 meter di bawah permukaan bumi, South Deep juga merupakan lombong emas ke-7 paling dalam di dunia. Sebanyak 8,221 kilogram emas dihasilkan pada tahun 2016 iaitu 47% peningkatan daripada tahun 2015. 

Gold Field Limited menganggarkan peningkatan pengeluaran emas kepada 14,174 kilogram setiap tahun menjelang tahun 2023.

1. Lombong Grasberg - Indonesia

grasberg lombong emas paling besar di dunia dari segi jumlah emas

Nilai : RM500.2 bilion

Dimiliki oleh Freeport McMoran bersama-sama Rio Tinto, lombong emas ini mempunyai deposit emas melebihi 3.01 juta kilogram emas, iaitu yang paling tinggi di dunia. 

Pada tahun 2016, lombong ini menghasilkan lebih daripada 28,350 kilogram emas menjadikannya pengeluar emas ke-4 terbesar di dunia. Deposit emas di Gunung Carstensz pertama kali ditemui oleh ahli geologi Belanda pada tahun 1936 berikutan berikutan pelaksanaan undang-undang pelaburan asing pada tahun 1967.

Lombong ini dibuka secara rasminya pada tahun 1973. Namun, pada Februari 2017, Freeport McMoran mengumumkan penghentian operasi perlombongan di lombong ini buat sementara waktu akibat kegagalan mencapai persetujuan dengan kerajaan Indonesia mengenai pelan pelaburan jangka masa panjang.


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)