Sekali pandang sudah memukau mata si melihat. Itu lah kuasa yang ada pada emas, antara logam paling tinggi nilainya di dunia. Emas sentiasa mempunyai nilai yang tinggi sejak dari dulu lagi, membuatkan semua golongan manusia berpusu-pusu cuba untuk mendapatkan logam ini.

Dan dengan perubahan zaman telah membuatkan teknologi perlombongan emas semakin mudah dan cepat. iluminasi.com ingin berkongsi 5 syarikat yang melombong 90% daripada emas yang ada di atas muka bumi. Di antara senarai lombong emas yang disebutkan ini juga adalah lombong emas paling besar atau terbesar di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Lombong Carlin Trend - Amerika Syarikat

carlin trend syarikat utama dunia yang melombong 90 emas dunia

Milik syarikat : Newmont Mining Corporation

Terletak di Nevada, Amerika Syarikat, wilayah perlombongan emas ini dimiliki oleh Newmont Mining Corporation. Carlin Trend terdiri daripada perlombongan terbuka dan juga perlombongan bawah tanah.

Kuari emas ini menyumbang kepada sebahagian besar hasil perlombongan emas pada tahun 2014, iaitu sebanyak 25,713 kilogram emas. Namun, jumlah ini lebih rendah daripada jumlah pada tahun 2013 iaitu sebanyak 28,350 kilogram.

carlin trend syarikat utama dunia yang melombong 90 emas dunia 2

Emas di Carlin Trend mula dijumpai pada tahun 1870an dan disebabkan keadaan kawasan ini yang sangat teruk, hanya sedikit sahaja emas dilombong, sehinggalah pada tahun 1909. 

Malah, sehingga tahun 1964, hanya 624 kilogram emas sahaja berjaya dilombong. Dan bermula tahun 1964 hingga 2008, Carlin Trend menghasilkan 1.98 juta kilogram (2,000 tan) emas bernilai RM329 billion.

4. Lombong Yanacocha - Peru

yanacocha syarikat utama dunia yang melombong 90 emas dunia 2

Milik syarikat : Newmont Mining Corporation, Buenaventura, Kumpulan Bank Dunia

Terletak di rantau Cajamarca, Peru, lombong emas Yanacocha ini merupakan sebahagian daripada operasi perlombongan emas berskala besar. Yanacocha terletak 29 kilometer di utara bandar Cajamarca dan 772 kilometer daripada ibu negara Peru iaitu Lima.

Lombong emas terbuka ini diiktiraf sebagai lombong emas ke-4 terbesar di dunia walaupun pengeluaran emasnya semakin berkurang. Pada tahun 2014, Yanacocha menghasilkan sebanyak 27,500 kilogram emas.

yanacocha syarikat utama dunia yang melombong 90 emas dunia

Pemilik utama lombong ini sama seperti lombong Carlin Trend, iaitu Newmont Mining Corporation yang memegang 51%. Newmont Mining Corporation adalah syarikat perlombongan emas kedua terbesar di dunia. 

Buenaventura, syarikat daripada Peru pula memiliki 44% daripada lombong ini, manakala Perbadanan Kewangan Antarabangsa dari Kumpulan Bank Dunia memiliki baki 5% lombong ini.

3. Pueblo Viejo - Republik Dominika

pueblo viejo syarikat utama dunia yang melombong 90 emas dunia 2

Milik syarikat: Barrick Gold

Lombong emas Pueblo Viejo yang terletak di Republik Dominika ini hanya berada sedikit di belakang lombong Grasberg di tangga ke-2. Lombong ini menghasilkan sebanyak 31,411 kilogram emas pada tahun 2014 bernilai RM5.22 billion.

Lombong Pueblo Viejo adalah operasi perlombongan baru yang hanya dijumpai pada tahun 2012 melalui kerjasama antara syarikat Barrick Gold yang memiliki 60% dan Goldcorp sebanyak 40% daripada lombong ini. Ia dikatakan mempunyai rizab yang sangat banyak dan sepatutnya kekal menjadi sumber emas untuk jangka masa yang lama.

pueblo viejo syarikat utama dunia yang melombong 90 emas dunia

Pueblo Viejo adalah sebuah perkampungan kecil terletak di pantai selatan Republik Dominika. Syarikat milik kerajaan Republik Dominika iaitu Rosario Dominicana mula melombong emas di kawasan ini pada tahun 1975 menghasilkan 141,747 kilogram emas dan perak sepanjang 16 tahun. 

Dan apabila harga komoditi emas jatuh merudum pada tahun 1991, operasi ini diberhentikan. Pada tahun 2001, syarikat berpangkalan di Kanada iaitu Placer Dome memenangi kontrak 33 tahun untuk mengeksploitasi lombong ini. Pada tahun 2006, Placer Dome telah dibeli oleh Barrick Gold, syarikat perlombongan emas terbesar di dunia.

Barrick Gold kemudiannya menubuhkan sebuah syarikat untuk melombong emas di negara ini pada tahun 2009.

2. Grasberg - Indonesia

grasberg syarikat utama dunia yang melombong 90 emas dunia 626

Milik syarikat: Freeport-McMoran dan kerajaan Indonesia

Lombong emas Grasberg di Indonesia merupakan lombong emas utama dunia untuk jangka masa yang lama. Malah lombong ini masih dianggap sebagai lombong terbesar di dunia dan lombong tembaga ketiga terbesar di dunia.

Ketika ini, Grasberg adalah lombong terbuka dan sedang beralih kepada operasi gerbang blok bawah tanah bergred tinggi bermula hujung tahun 2017. Pada tahun 2014, Grasberg menghasilkan emas sebanyak 31,184 kilogram emas.

grasberg syarikat utama dunia yang melombong 90 emas dunia 2 902

Syarikat Amerika Syarikat iaitu Freeport-McMoran memiliki 90.64% daripada lombong ini dan mempunyai 19,500 kakitangan. Baki 9.36% dimiliki oleh kerajaan Indonesia.

Lombong ini terletak berdekatan Puncak Jaya di Indonesia New Guinea. Puncak Jaya adalah gunung tertinggi di Papua membuatkan proses pengekstrakan emas di sini menjadi sangat sukar.

Grasberg mula-mula dijumpai oleh ahli geologi Belanda, Jean Jacques Dozy pada tahun 1936. Tetapi pada tahun 1960, George Mealey (CEO Freeport-McMoran) dan Forbes Wilson melawati kawasan ini untuk membuktikan nilainya.

Selepas Indonesia merdeka pada tahun 1945, Grasberg merupakan lombong emas pertama dibuka oleh kerajaan Suharto.

1. Muruntau - Uzbekistan

muruntau syarikat utama dunia yang melombong 90 emas dunia 2

Milik syarikat: Navoi Mining dan Metellurgical Combinant

Pada tahun 2013 dan 2014, persaingan antara lombong Muruntau dan Grasberg tidak begitu ketara, namun hanya dalam beberapa tahun lalu sahaja lombong Muruntau yang terletak di Uzbekistan menewaskan Grasberg untuk berada di tangga pertama senarai ini.

Pada tahun 2013, sebanyak 71,440 kilogram emas dihasilkan dan 73,708 kilogram pada tahun 2014. Lombong emas terbuka ini dianggarkan masih mempunyai 4.82 juta kilogram emas untuk dilombong yang bernilai RM801 billion dan akan menjadi peneraju lombong emas untuk 60 tahun akan datang.

Lombong Muruntau dimiliki oleh Navoi Mining dan Metellurgical Combinant, syarikat milik kerajaan Uzbekistan. Pembahagian Navoi Mining yang mengendalikan deposit emas dari lombong ini adalaah Central Mining Administration yang ditubuhkan pada tahun 1964 sebagai sebahagian daripada operasi perlombongan emas Kesatuan Soviet.

Navoi Mining memberikan kepercayaan kepada loji terbesar dunia, iaitu BIOX untuk mengendalikan penapisaan rizab oksida lombong emas ini.

Rujukan:

1. Mining

2. Themos Mining

3. Mining Atlas

4. Mining Technology




Hakcipta iluminasi.com (2017)