Oleh pada 22 Feb 2017 kategori

Sistem pendidikan memandu kita memang agak caca merba. Kita belajar memandu dan kita hanya sekadar belajar memandu. Ambil ujian, uji mata, tengok penerangan sikit, sedar-sedar dah dibagi kenderaan suruh cuba. Penekanan kepada aspek keselamatan agak kurang.

Memandu di Malaysia pula, tidak menyeronokkan. Ini semua kerana untuk perkara seperti aspek keselamatan dan memudahkan orang lain, kita tak dididik. Kena pandai-pandai ada kesedaran sendiri. Sayangnya, ramai sebenarnya kena didik, tapi tak mengaku perlu dididik khasnya dalam bab jarak pemanduan selamat. Susah nak sedarkan orang kita ni yang cucuk angin tak cool. Cucuk angin ni, menyusahkan orang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pemandu kereta jenis cilok kiri kanan juga tak cool, kerana anda membuatkan orang lain terpaksa brek. Bila kita terpaksa brek, orang belakang kena brek dan seterusnya itulah yang akan berturutan, saling brek membrek yang menganggu trafik.

Masalah paling besar kenapa memandu di negara sendiri ni macam lahanat rasanya, adalah kerana kita tak faham anggarkan jarak antara kita dengan kereta depan. Bila kita tak pandai, kita akan dekat dengan kereta depan dan hasilnya, emosi orang depan terganggu.

Ada kalanya, bila memandu, ada segelintir pemandu yang cara dia memandu tu steady dan konsisten, cuba la ekor belakang dia. Kita boleh rasa ketenangan dia tu lain macam. Rilek, tak marah-marah, tak ada tekanan untuk ke tepi, tak ada malaun nak high beam suruh ke tepi.

Cubalah memandu dengan berjarak. Bukan untuk elak pelanggaran semata, itu manfaat besar dia lah. Cara kita memandu tu bagi kesan psikologi kita juga. Apabila kita sama-sama menjarakkan kenderaan kita, kita bantu kurangkan rasa stress memandu tu dan harapnya menenangkan kita semua.

Rujuklah gambarajah yang disediakan untuk kenalpasti jarak selamat yang diperlukan untuk memberhentikan kenderaan mengikut kelajuan kemudian mula amalkan, supaya tidak lagi kedengaran berita beberapa buah kenderaan terlibat dalam satu kemalangan.Mula jarakkan kenderaan kita hari ini ye!




Hakcipta iluminasi.com (2017)