Oleh pada 18 Sep 2017 kategori

pelajar sekolah menengah bawa motor tak pakai helmet

Adakah anda peduli tentang keselamatan?

Apabila ditanya soalan tersebut, pasti ramai yang kata ya! Tetapi kesedaran tentang keselamatan di negara kita sebenarnya masih dipandang ringan, kerana masyarakat kita tidak ada budaya keselamatan yang betul-betul tinggi lagi. Apa maksud saya? 

Berikut adalah 8 contoh tabiat yang orang kita selalu amalkan sebagai pemudah cara untuk menyenangkan hidup, yang sebenarnya memberi risiko besar pada kita.

1. Mengambil ringan latihan kebakaran

latihan kebakaran fire drill

Apabila berlaku latihan kebakaran, dapat dilihat perkara itu dianggap sebagai sesuatu yang membebankan. Ramai yang sambil lewa berjalan, malah ada yang langsung tak mengambil bahagian. Apabila selesai, ramai yang rasa latihan kebakaran merupakan sesuatu yang merugikan masa.

2. Ibu mendukung anak di dalam kereta

bayi tercampak dari kereta

Jika anda rajin perhati masyarakat kita, banyak keluarga membenarkan anak kecil mereka berdiri di dalam kereta. Bayi pula dipangku oleh ibu sepanjang perjalanan. Kesedaran untuk menggunakan kerusi bayi dan tali pinggang pada kanak-kanak masih pada tahap kurang memuaskan.

3. Tangga kecemasan adalah tempat merokok

laluan kecemasan jadi tempat buang sampah

Dek larangan-larangan merokok di tempat awam, kebanyakan pekerja pejabat pasti ramai yang menjadikan satu lokasi tersorok yang terletak di laluan tangga kecemasan sebagai 'port' merokok.

4. Penggunaan topi keledar kanak-kanak

khairy jamaluddin naik motor tak pakai helmet

Ramai penunggang motorsikal yang membawa anak tidak mengenakan pemakaian topi keledar pada anak walaupun si ayah atau ibu memakai. Jika ada pun topi, anak dipakaikan dengan topi keledar mainan yang tidak diiktiraf selamat.

5. Penggunaan suis dan penyambung yang keterlaluan

soket elektrik overload banyak plag

Banyak di rumah dan pejabat berlaku penyambungan beberapa plag peranti elektrik yang membebankan litar, kerana terlalu banyak disambung serentak menggunakan plag bersoket 3. Selain itu amalan menyambung extension dengan extension juga berlaku, kerana tidak semua orang mahu mengeluarkan belanja untuk menyediakan litar elektrik yang sempurna.

6. Pengunaan produk yang tidak diketahui siapa pengilangnya

produk kecantikan beracun

Produk kosmetik dan kecantikan banyak dijual di pasaran namun bukan semua yang disahkan selamat untuk digunakan. Namun orang kita tidak peduli kerana kita percaya testimonial kawan-kawan atau perkongsian testimonial di internet. Tidak tahu siapa pengilang produk tersebut dan bahan apa yang digunakan pun.orang kita beli sehingga melahirkan ramai jutawan kosmetik.


Budaya tidak peduli ini sebenarnya sudah berakar umbi pada masyarakat kita terlalu lama. Yang aneh, kita cukup gemar melatah apabila berlaku insiden yang tidak melibatkan kita, seolah semua orang nampak kesalahan yang dilakukan. Namun, bagaimana pula jika insiden itu berlaku sehingga mengakibatkan kematian atas kecuaian kita pula? 

Ini baru 5 contoh. Pasti ada banyak contoh lain yang kita boleh nampak hari-hari, yang membuktikan tahap kesedaran kita tentang keselamatan sebenarnya tidaklah setinggi mana.

Anda ada contoh lain yang anda nampak hari-hari? Berikan respon anda di bahagian komen untuk kita sama-sama memberi kesedaran kepada masyarakat kita supaya lebih peka tentang aspek keselamatan, dalam semua segi.


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)