Oleh pada 12 Apr 2017 kategori

iluminasi pemandu malaysia lesen jpj2 886

Dulu waktu kecik-kecik, kita punyalah tak sabar nak memandu. Bila dapat lesen, kita punya bersemangat nak memandu tu, hari-hari ada. Nak bawak berapa ratus kilometer pun sanggup, asalkan kita yang memandu. Lama kelamaan, bila dah semakin lama memandu, kena layan kerenah orang, layan jalan yang kondisinya teruk dan rasakan sendiri betapa letih sebenarnya memandu ni, kalau boleh kita dah malas nak memandu.

Apatah lagi kalau atas jalan penuh dengan manusia-manusia seperti berikut;

1. "Aku boleh memandu perlahan di lorong yang aku suka. Kau apa sibuk?"

iluminasi pemandu malaysia lesen jpj

Oh! Ini adalah satu golongan yang sangat annoying. Kau nak berbulan madu dengan awek kau gi la berbulan madu, tapi janganlah honeymoon dekat lane kanan pada kelajuan 50km/j, sedangkan had laju pada ketika itu 90km/j atau lebih. Yang membuat kita menyirap ni kalau kita dah ikut dia dengan sabar, kemudian kita terpaksa potong guna lorong kiri. Sampai tepi dia, kita buat tanda "tak nampak ke?" pakai tangan, dia buat muka tak puas hati nak ajak bertumbuk pulak dengan kita. Awek ada sebelah berani la. Ajak berhenti betul-betul tau pulak pecut.

2. "Aku suka duduk kat blindspot kau. Kau langgar aku, kau celaka!"

iluminasi pemandu malaysia lesen jpj24

Kepada abang-abang motor, ketahuilah yang memandu dekat titik buta atau blindspot adalah seperti cubaan membunuh diri cara halus. Mungkin juga anda benar nak membunuh diri, tapi tak ada siapa tahulah. Bagaimana pemandu kereta nak tau anda ada di tepi kalau anda memang suka betul maintain dekat titik buta pemandu? Menungganglah di belakang kereta yang membolehkan anda dilihat. Lagi satu golongan ni, kereta yang suka juga duduk dekat blindspot dan kelajuan kita dengan dia konsisten, padahal dia berada di lorong yang lain, yang sepatutnya sama ada dia lagi laju atau perlahan dari kita. Apa yang kau suka sangat duduk dekat blindspot orang ni pemandu Malaysia?

3. "Kau nak potong ye? Kau bagi signal ye? Tengok aku speed sikit."

iluminasi pemandu malaysia lesen jpj23

Entah mengapa pemandu di Malaysia seolah-olah anti benar dengan orang yang bagi signal nak memotong. Kita bagi signal nak memotong, dia yang dari tadi jaraknya jauh tiba-tiba menambahkan kelajuan lalu merapatkan jarak. Apa ke halnya ni? Kalau dah nampak orang tu nak memotong, kau maintain la kelajuan kau tu.Yang kau pergi pijak minyak lagi kenapa? Kenapa? Adakah lampu signal membuatkan pemandu jadi agresif? Kalau ye, baik kita tukar lampu signal kepada warna hijau. Kau bayangkanlah betapa buruknya kereta kalau semua kereta signalnya berwarna hijau.

4. "Aku tak pasti berapa kelajuan yang sesuai, jadi aku ikut kau."

iluminasi pemandu malaysia lesen jpj6

Ini adalah antara pemandu paling menjengkelkan atas jalan raya. Anda dah potong dia. Kemudian tiba-tiba dari jauh anda nampak dia makin laju. Lalu dia memotong anda lalu, kemudian bergerak ke depan terus bagi signal nak masuk ke kiri semula lalu dia kembali berada di depan anda. Oleh kerana dia masuk kembali ke depan anda, anda kena brek. Kemudian anda potong dia semula. Dah memotong anda kekalkan kelajuan lalu kembali ke lorong kiri......dia datang lagi memotong anda."

5. "Aku hanya mampu tengok 10 kaki ke depan"

iluminasi pemandu malaysia lesen jpj7

Golongan ni, golongan yang elok tak diberikan lesen. Anda sedang memandu di belakang sebuah lori. Tak ada tempat untuk potong, laluan kanan pun perlahan jadi anda putuskan untuk ikut sahaja lori itu pada kelajuan yang selamat. Di belakang anda ada sebuah kereta yang memotong anda kerana kelajuan anda perlahan. Dia masuk lorong kanan kemudian seolah-olah baru tersedar lorong kanan pun tak lancar. Jadi dia buat keputusan paling pandai dia boleh buat, dia cepat-cepat menyusup masuk di antara lori itu dan anda. Anda pun terpaksa brek, kerana dia dah kacau ritma pemanduan anda.

6. "Golongan yang tak sedar lampu isyaratnya menyala"

iluminasi pemandu malaysia lesen jpj34

Aduhai. Indikator ada. Bunyi signal pun dah ada. Orang belakang berhati-hati dah takut anda tukar lorong tapi anda meneruskan perjalanan macam biasa. Beratur lah orang di belakang anda menantikan anda tukar lorong tapi perkara itu tak berlaku.Tik tik tik tik tik tik tik tik tik tik....macam mana anda boleh memandu dengan bunyi tu sepanjang perjalanan anda?


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)