Oleh pada 15 Feb 2017 kategori

Selalu kita dengar cerita orang tentang trafik di Indonesia yang amat mengerikan ataupun betapa dahsyat pemanduan warga Ho Chi Minh.

Kita juga suka merantau ke Jepun atau negara-negara di benua Eropah yang dikatakan paling bertamadun. Kita seringkali rasa kagum dan terpegun dengan budaya mereka. Sikap dan tingkah laku mereka selalu kita julang, kita puji, kita angkat, tetapi adakah kita bawa pulang ke tanah air dan amalkan apa yang mereka buat?

Dan apa pula kata orang luar tentang trafik dan pemanduan di Malaysia? Adakah kita sudah cukup berhemah? Mari kita tinjau:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Motosikal

It may seem some of the motorcyclists here feel like they own the road, or even behave like a bicyclist as they will drive on the sidewalks or drive the wrong way down one-way streets. Being the first one at the front of the traffic lights doesn’t mean you’ll be the first one to pass through the light, either, as motorcyclists squeeze through the tiny gaps between the multiple lanes of cars waiting behind you until find yourself settled behind an army of motorcycles. Changing lanes is oftentimes thwarted by an ill-timed motorcycle zipping by just as you see your chance open up. 

Penunggang motosikal di sini merasa seperti mereka memiliki jalan raya dan berkelakuan seperti penunggang basikal kerana mereka akan memandu di kaki lima atau memandu dari arah yang bertentangan di jalan sehala.

Sekiranya kenderaan anda berada paling hadapan di lampu isyarat, tidak bermakna anda akan menjadi yang pertama untuk bergerak apabila lampu bertukar hijau. Penunggang-penunggang motosikal ini akan datang berhimpit-himpit antara celahan kereta, sedar tak sedar anda telahpun berada di belakang sekumpulan penunggang motosikal.

Apabila hendak menukar lorong, penunggang motosikal seringkali berdesup laju secara tiba-tiba dan menghalang anda daripada mencelah.

Sumber : ExpatGo

kemalangan memandu laju

Kredit foto : GiphyGIF

2. Papan Tanda & Lampu Isyarat

Car drivers rarely respect signs. This means that in Malaysia the red light sign (where cars should stop) is just another shade of green! Usually you will have one or two cars not stopping at the red light, so you have to be careful.

Pemandu kereta jarang sekali mematuhi papan tanda. Di Malaysia, lampu merah (di mana kereta perlu berhenti) sebenarnya bermaksud satu lagi warna hijau! Biasanya mesti akan ada satu atau dua buah kereta yang tidak berhenti di lampu merah, jadi anda perlu berhati-hati.Sumber : 2DigitalNomads

Posted speed limit on highways is 110 kmh (about 68 mph), but most people in the passing lane drive at about 120 kmh or higher. Unless you're passing, stick to the left lane; if not, you’ll find drivers tailgating you, eager to pass. Drivers aren’t overly aggressive, but they don’t like to be held up when they're tearing down the highway at 160 kmh.

Had laju yang dibenarkan di lebuh raya adalah 110 km/j (kira-kira 68 mph), tetapi kebanyakan pemandu di lorong kanan memandu pada kelajuan 120 km/j dan ke atas. Jika anda tidak ingin memotong, sentiasa duduk di lorong kiri. Jika tidak, anda akan dapati pemandu di belakang mula memandu terlalu rapat dan tidak sabar-sabar untuk memotong. Pemandu di Malaysia tidaklah terlalu agresif tetapi mereka tidak suka dihalang apabila mereka memecut laju pada 160 km/j.

Sumber : CNN Travel

Traffic lights here in Malaysia don’t quite have the same meaning as those in other countries. Green of course is the same – “go” – but amber and red are different. Amber seems to mean “don’t slow down, but go faster instead,” and red periodically is taken as only a suggestion, appearing to mean “stop if there is traffic coming or if there’s a policeman on the corner.” 

Lampu isyarat di Malaysia tidak mempunyai erti yang sama seperti di negara lain. Hijau sudah tentu mempunyai makna yang sama - "teruskan" - tetapi lampu kuning dan merah membawa makna yang berbeza. Kuning seolah-olah bermaksud "jangan perlahankan kenderaan tetapi sila pecut dengan laju," dan merah kadangkala bermaksud "sila berhenti jika terdapat kenderaan yang datang atau jika ada seorang polis menunggu di simpang."

Sumber : ExpatGo 

Congestions can be quite bad at times, and Malaysian drivers aren't known for sticking to the speed limit or obeying the road rules.

Kadang-kadang kesesakan trafik agak sesak dan pemandu Malaysia bukanlah dikenali sebagai pemandu yang mematuhi had laju atau mematuhi peraturan jalan raya.

Sumber : Choice

road rage pembuli jalan raya

Kredit foto : TimothyDimoff

3. Keselamatan

Always watch out for your safety. If you're driving into Malaysia, then you might not want to wind down your windows on the highway because this might invite motorcyclist robbers. Also, do take note of your personal belongings at all times, theft and robbery incidences are still quite high.

Sentiasa berhati-hati dengan keselamatan diri anda. Jika anda memandu ke Malaysia, jangan turunkan tingkap di jalan raya kerana ini boleh mengundang perompak yang menunggang motosikal. Selain itu, sila jaga barang-barang peribadi anda pada setiap masa. Kejadian kecurian dan rompakan agak kerap berlaku.

Sumber : Quora

It is said that the driving style is rather frantic, leading many drivers to succumb to road rage. It is best to avoid partaking in this: If you are involved in an accident, you as the foreigner will probably end up with the higher fine. 

Dikatakan bahawa gaya pemanduan di Malaysia adalah tergopoh-gapah, menyebabkan ramai yang akhirnya menjadi pembuli di jalan raya. Dinasihatkan untuk mengelakkan diri sedaya-upaya daripada terlibat dengan kemalangan. Jika terlibat dalam kemalangan, anda sebagai orang asing mungkin akan dikenakan denda yang lebih tinggi.

Sumber : InterNations

trafik sesak kuala lumpur

4. Kesesakan Trafik

In any jam, unfortunately, the very worst nature of drivers comes out. Jumping the queue, ignoring lane markings altogether, driving on the shoulder, and doing anything and everything to get in front of the next car are all tactics featured prominently.
Local drivers are incredibly opportunistic and will seize even the tiniest chance to overtake or cut in front of you. If you stop and let one person go in front of you, be prepared for the person behind them to try to take advantage of your kindness, too. And the one behind them, as well.

Dalam mana-mana kesesakan lalu lintas sekalipun, sikap buruk pemandu akan dapat dilihat. Memotong barisan, mengabaikan tanda lorong, memandu di bahu jalan dan melakukan segala-galanya untuk memotong supaya dapat mendahului kereta di hadapan adalah antara taktik yang paling selalu digunakan.

Pemandu tempatan sangat bijak mencari peluang walau setipis mana sekalipun untuk menghimpit dan memotong barisan anda. Jika anda biarkan satu pemandu mencelah, bersedialah untuk orang yang di belakang mereka pula mengambil kesempatan ke atas kebaikan anda. Dan sama juga dengan orang yang di belakang seterusnya.

Sumber : ExpatGo

jangan memandu secara berbahaya

Kredit foto : Twitter PlusTrafik

Mungkin kita boleh mengambil iktibar daripada komen dan kupasan seperti ini. Kadang-kadang kita terlalu sibuk memandang serong ke arah negara lain walhal di negara sendiri juga tidak kurang bezanya.

Kita juga asyik terpesona dengan nilai murni masyarakat negara Jepun dan benua Eropah tetapi tidak pernah betul-betul mencuba untuk berubah menjadi seperti mereka.

Sesungguhnya kita memang tidak akan dapat mengubah perangai dan tabiat pemanduan orang lain, tapi setiap perubahan bermula daripada diri kita sendiri. Ayuh kita mulakan tabiat pemanduan secara berhemah. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat bantu mengurangkan statistik kemalangan dalam negara.

Akhir kata, pandulah secara berhemah. Ingatlah orang yang tersayang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)